Baru Diiktraf Sebagai Lelaki Tertua Dunia, Bob Weighton Berusia 112 Tahun Meninggal

Share

Lelaki tertua dunia, Bob Weighton meninggal dunia akibat kanser ketika usianya 112 tahun, pada 28 Mei 2020.




Dia diakui lelaki tertua dunia oleh Guinness World Records pada Februari lalu selepas kematian penyandang, Chitetsu Watanabe dari Jepun yang juga meninggal dunia pada usia 112 tahun pada 23 Februari 2020 lalu.

Baca: https://www.libur.com.my/chitetsu-watanabe-lelaki-tertua-meninggal-dunia-pada-usia-112-tahun/

Kematian warga emas dari Hampshire, England itu disahkan ahli keluarga yang menurut mereka, Bob Weighton pergi dengan tenang ketika tidur.

"Dengan penuh dukacitanya, keluarga Weighton mengumumkan kematian kesayangan kami, Bob Weighton. Dia adalah contoh terbaik buat kami, dia menjalani kehidupannya dengan sentiasa berhubungan baik dengan semua orang di seluruh dunia. Bob juga mempunyai ramai sahabat selain suka membaca dan mengambil tahu isu politik, berbual mengenai teologi dan ekologi selain mementingkan penjagaan alam sekitar sehingga akhir hayatnya," kata keluarga itu dalam kenyataan dikeluarkan.

Bob Weighton lahir pada 29 Mac 1908 di Yorkshire, utara England meninggalkan tiga anak, 10 cucu dan 25 cicit. Laporan menyebut, Weighton seorang pesara guru dan jurutera, ketika hayatnya merasai zaman perang dunia dan wabak selsema Sepanyol selain kebangkitan dan kejatuhan Soviet Union.






Dalam pada itu, rakyat Afrika Selatan, Fredie Blom mendakwa menyambut hari kelahiran ke-116 tahun bulan ini tetapi umurnya masih belum disahkan badan pencatat rekod itu.


Sumber: Dailymail | HMOnline

Oleh
Husna