Bercuti sering menjadi pilihan untuk merehatkan minda. Lebih best kalau pergi travel dengan kawan-kawan yang sekepala kerana ada banyak aktiviti boleh dilakukan. Pada yang ada cadangan nak pusing-pusing Perak, ada banyak lokasi menarik boleh teroka di negeri ini.
Baca perkongsian dari Gideon Lee yang berkongsi pengalaman pusing Perak pada kos RM300 seorang (pergi empat orang). Banyak tempat boleh singgah dan pastinya ia memori sangat manis untuk dikenang.
Jom tengok tempat menarik di Perak dalam percutian 3 hari dua malam. Moh ke Perak.
Bila dah sampai Kuala Kangsar baru tahu kenapa Masjid Ubudiah disenaraikan masjid yang tercantik di Malaysia. Bagi mereka yang gemar bergambar boleh je pergi Victoria Bridge dan Taman Tasik Taiping, view memang awesome giler.
Apabila cerita pasal menara condong pasti ramai akan teringat yang kat Italy tu, tapi ramai yang tidak tahu di Malaysia juga ada menara condongnya tersendiri.
Petrol RM 180
Tol RM53
Hotel RM 320
Entrance Fees RM 47
Makan RM 600
Total RM 1200 / 4 orang
Seorang cuma RM300 je
Itinerary :-
Ads
Kuala Kangsar
– Masjid Ubudiah
– Baitol Anor
– Royal Museum
– Pavilion Tower
– Perak Royal Museum
– Malaysia Oldest Rubber Tree
– Museum Labu Sayong
– Victoria Bridge
Taiping
– Taman Tasik Taiping
– Taiping Town
Kuala Sepetang
– Kilang Arang Kuala Sepetang
– Kuala Sepetang Town
Ipoh
– Ipoh Town
– Kellie's Castle
Ads
Tanjung Tualang
– Kapal Korek Bijih Timah
Teluk Intan
Ads
– Menara Condong
Day 1
– 9.00AM depart from Subang Jaya
– 11.30AM Masjid Ubudiah, Baitol Anor, Royal Museum
– 12.45PM Mokti's Ice Cream
– 1.15PM Pavilion Kuala Kangsar, Malaysia oldest rubber tree
– 2.00PM Laksa Pak Ngah
– 3.00PM Museum Labu Sayong RM9
– 4.45PM Victoria Bridge
– 5.30PM Avocado Shake @ Dapur Abe Mat
– 8.00PM Check in hotel in Taiping
– 10.00PM Dinner at Siang Malam Food court, lepas tu lepak je kat hotel
Day 2
– 8.30AM Taiping Lake Garden
– 12.00PM Check out Hotel
– 1.00PM Visit Charcoal Factory
– 3.30PM Visit Kuala Sepetang
– 6.00PM Check In Homestay (tema Avengers)
– 8.00PM Jalan2 kat Ipoh Town
Day 3
* 8.30AM Dim Sum dan minum ipoh white coffee kat ipoh old town
* 12.00PM Check out homestay
* 1.30PM Kellie's Castle
* 3.00PM Tualang Kapal Korek RM5
* 4.30PM Menara Condong Teluk Intan
– 6.00PM Makan sate dengan chicken chop sebelum bergerak balik ke Melaka — with Nur Amirah Mira.
Kredit :- Gideon Lee dalam page fb Backpackers Buddies Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak merasa duduk resort dalam hutan, boleh ke Sementra Nature Resort, Gopeng. Bukan sahaja dikelilingi suasana pokok hijau tetapi ada sungai kecil berdekatan resort.
Risau jauh? Jangan risau, perjalanan dalam dua jam setengah sahaja jika anda dari Shah Alam.
Sementra Nature Resort
Masuk ke dalam area resort dari simpang utama lebih kurang 10km, anda akan jumpa banyak campsite dan resort/chalet lain sebelum sampai sini.
Anda yang suka berdamai dengan alam semula jadi, ini adalah pilihan staycation menarik untuk anda lepak dengan keluarga tersayang atau rakan-rakan sejiwa.
Suasana bilik memang terbaik, ada balkoni menghadap forest dan menghadap tasik. Tetapi televisyen dan internet ikut nasib. Kejap ada dan tak ada.
Minimalist, sesuai untuk anda yang suka dengan suasana lapang tidak serabut.
Jangan risau, tetap ada pool untuk anak-anak layan main air dan sungai pun ada. Lepas lah untuk celup kaki.
Makanan anda tak perlu risau, sarapan pun disediakan. Maklum lah, tempatnya agak ke dalam, jadi mungkin ada yang risau nak beli makanan susah. Tetapi jika nak bawa kudap-kudap lebih, pun bagus. Nak-nak anda yang ada anak kecil.
Layan rama-rama cantik sejenak, memang boleh layan mood bercuti dari kesibukan kota. Bersambung menjamu mata dengan suasana persekitaran bersih, bangun pagi boleh hirup udara segar.
Owh ya, tempat ini sesuai untuk anda bawa anak-anak merasa dunia camping. Nanti kalau balik Perak, singgah lah ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak sangka ada ikan lumba-lumba ‘singgah’ di sebuah pantai di Pekan, Pahang. Namun sayangnya, hanya bangkai yang kelihatan.
Seekor ikan lumba-lumba telah ditemui mati terdampar di Pantai Serandu pada petang 21 April 2020. Pantai Serandu, sebelum ini merupakan pantai tumpuan popular penduduk tempatan untuk beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga.
Menerusi perkongsian di facebook rasmi Jabatan Perikanan Negeri Pahang, pihaknya bersama Pejabat Perikanan Daerah Pekan segera ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan penemuan ikan lumba- lumba terdampar di pantai berkenaan.
Ikan lumba-lumba daripada spesis Indo-Pacific humpbacked dolphin (Sousa chinensis) itu sepanjang 244cm dan berat anggaran 170 hingga 200kg. Bagaimanapun, jantinanya dan punca kematian tidak dapat dikenal pasti.
Berdasarkan siasatan awal badan ikan itu mulai mereput dan dijangka mati kurang tempoh seminggu dan bangkai ditanam berhampiran pantai berkenaan. Ikan ini adalah spesis dilindungi di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) (Pindaan) 2008.
Pelancongan agro adalah aktiviti melancong ke kawasan pertanian atau penternakan yang memberi peluang kepada pelancong untuk turut serta dalam aktiviti yang dilakukan pengusaha. Selain berlibur, lokasi ini juga dapat mendidik pengunjung dengan ilmu agro yang pelbagai.
Negeri Selangor mempunyai banyak destinasi pelancongan agro yang menarik untuk dikunjungi. Bukan setakat untuk lawatan, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini 5 destinasi pelancongan agro terbaik yang boleh dilawati di Negeri Selangor selepas PKPB berakhir:
MAEPS AGRO TOURISM PARK, SERDANG
MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi. MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah “House of Kambing” yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar. Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub. Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan. Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021. Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi. Bayaran: RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas), OKU percuma Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang)
SELANGOR FRUIT VALLEY, KUALA SELANGOR
Jika anda merancang untuk bercuti di taman buah-buahan, Selangor Fruit Valley merupakan destinasi yang tepat untuk anda kerana taman ini mempunyai pelbagai jenis ladang buah-buahan tempatan serta anda juga menikmati buah-buahan dengan percuma. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, aktiviti berkayak, ladang rusa, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan banyak lagi. Malah, terdapat juga tanaman buah belimbing, jambu, betik, rambutan dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan trem yang boleh dinaiki dan anda akan dibawa ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai menjual air kelapa untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar. Bayaran: RM8 (dewasa), RM4 (60 tahun keatas), Rm4 (Oku) dan kanak-kanak (5-12 tahun), percuma (5 tahun ke bawah) Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang)
FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA, KEPONG (FRIM)
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Terdapat juga tanaman seperti Rubiaceae (famili kopi), Fabaceace (famili kacang), Euphorbiaceae (famil getah), pokok Keladan yang berumur 116 tahun, pokok Melaka dan banyak lagi. Tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar.
Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Bayaran masuk: Tanpa Mykad (RM5, dewasa), (RM1, kanak-kanak tanpa seragam), (Percuma, OKU dan kanak-kanak berseragam)Mykad (RM1, dewasa), (RM1, 13 tahun keatas), (Percuma, OKU dan kanak kanak pakaian berseragam) Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
KUAN WELLNESS ECO PARK, KUALA LANGAT
Taman Eko Kuan Wellness merupakan salah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Pengunjung akan menikmati persekitaran taman yang segar dengan tema pelancongan ekologi semula jadi disertakan dengan aktiviti yang ada di taman ini. Jika melawat ke sini, aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberi makanan kepada haiwan di mini zoo seperti arnab, itik dan burung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke ladang buah tropika, menyaksikan aktiviti pemprosesan sarang burung untuk dijadikan produk kesihatan dan landskap yang cantik untuk bergambar. Bayaran masuk: RM3 untuk ruang pameran sarang burung, RM5 untuk mini zoo Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari)
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...