A

Hujan tanpa henti yang telah menimpa di beberapa buah negeri seperto Selangor, Melaka dan Pahang telah menyaksikan kejadian banjir yang cukup luar biasa berlaku.

Di Lembah Klang, beberapa kawasan seperti Shah Alam, Klang dan Hulu Langat di antara yang paling teruk terkesan. Begitu juga dengan beberapa lokasi di Pahang seperti di Karak dan Bentong. Kejadian banjir lumpur juga turut dilaporan berlaku dan menyaksikan kemusnahan yang agak ketara.

Salah satu lokasi peranginan yang terjejas ialah Chalet Booby Eco Camp di Bentong, Pahang. Memetik laporan Astro Awani, kejadian banjir lumpur tersebut turut menyebabkan seramai 35 orang telah terkandas.

Banjir Lumpur Di Bentong Turut Jejaskan Lokasi Percutian Dengan Cukup Teruk
Foto JBPM Pahang

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, menerima laporan kejadian tersebut pada Sabtu jam 10.40 malam dan mengarahkan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dan Gombak ke lokasi kejadian dengan bantuan dari Pasukan STORM Negeri Pahang.

Ads

Pada jam 4.09 pagi Ahad, pihak bomba telah menemui 32 orang termasuk lapan kanak-kanak berada dalam keadaan kesejukkan dan tidak berani untuk berada di dalam chalet kerana bimbang akan ancaman arus sungai yang deras.

Kerja-kerja menyelamat telah dijalankan dan tamat pada pukul 8:30 pagi namun setelah dilakukan ‘head count’ (kiraan) pihak bomba mendapati tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak telah hilang.

Ads

Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa diteruskan dengan bantuan tiga ekor anjing pengesan dan tujuh anggota Unit Pengesan dalam jarak 300 meter radius dari kawasan kejadian.

Seramai 22 anggota terlibat dalam kerja menyelamat yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Genting Highlands, Penolong Kanan Penguasa Bomba Yusri Abdullah Sani.

Ads

Operasi menyelamat di sambung semula pada hari ini.

Semoga mereka semua selamatlah hendaknya.

Kredit: Astro Awani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI