Bangun Pagi Sarapan Tepi Sungai, Feeling Dia Paling Best. Camping Di Pos Kuala Mu, Perak Memang Awesome!

Share

Makin banyak tempat perkhemahan yang menarik sering dikongsi oleh pengembara, rupanya banyak tempat menarik yang ada di Malaysia. Salah satunya adalah di Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

Kesempatan camping dengan keluarga dan rakan-rakan di Pos Kuala Mu, Sungai Siput Perak sebelum berpuasa menjadi kenangan indah buat Suhaimee Kumusan. Berkongsi review tentang tempat yang boleh dikatakan ‘hidden gems’ ini, banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga jika ke sini.

Selain itu, dapat juga mengenali budaya dan cara hidup orang asli yang tinggal di beberapa perkampungan yang berada di sekitar campsite tersebut.

Ikuti perkongsian yang dibuat oleh Suhaimee Kumusan di Facebook Family Camping Malaysia.

Review Kuala Mu: 18 – Mac 2022

Bulan Ramadhan ni pause camping, so kita baling-belakang je lah outdoor yg lalu~

*Review berdasarkn pengalaman penulis*

  1. Name of place :- Chalet Kg. Bersah, Kuala Mu
  2. Cost of site :- pondok buluh: RM60/day, campsite RM50/day
  3. Tent type :- wak ambik pondok buluh, tapi kawan pacak Coleman 8P Gold instant buat surau & tdo. Best wooo tent dia, rachuuunnn
  4. Campsite contact :- 0175402382. Dekat Kuala Mu ada 4 chalet, nak contact no. Chalet Kg. Gapeh Hulu & Chalet Kg. Dusun boleh tengok kat gambor-gambar wak. Lagi 1 chalet wak tak ambik gambor contact. Kg. Gapeh Hulu adalah pertemuan sungai dari Cameron Highlands & Gua Musang, so boleh rasa perbezaan air dia (air dari Cameron lebih jernih & sejukkk). Pendapat sendiri, Chalet Kg. Bersah paling cantik antara chalet-chalet lain kat Kuala Mu

5. Website/FB if got :- tiada

6. Waze :- taip saja Chalet Kg Bersah

Review:

  1. Toilet 3/5 star. Toilet ada 2 untuk laki, 2 untuk wanita. Boleh laa kata bersih (diorg bersihkn beberapa kali sehari), tapi flush rosak, pintu ada yang takde lock dan ada yang takde shower. Tapi air paip (air sungai) kuat gila, puas ati
  2. Plugpoint Cuma ada di surau. Malam baru dia buka lampu kat toilet & pondok
  3. Kitchen and sink Boleh basuh pinggan kat tepi longkang
  4. Fire pit Boleh buat, tapi jangan direct atas tanah
  5. Stream, pool or beach Sungai dia best, tapi arus agak kuat. Ada tempat cetek untuk anak-anak, tapi masih perlu adult supervision. Dia ada sediakan life vest, so boleh hanyutkan badan~
  6. Parking distance to campsite? Dekat, kalau ada ruang boleh park sebelah pondok
  7. Entrance for Normal Car, highrise car or 4X4? Ahaa, ni tricky. Kereta biasa boleh je masuk, cuma masa panjat bukit tu disarankan tutup aircond kasi pikap sket. Jalan semua ber tar, jangan risau
  8. Compatible with campervan? Ada ruang untuk campervan
  9. Phone Coverage? Line agak slow, nak wassap sikit-sikit boleh aa.
  10. Security/safety? InshaaAllah selamat. Kuala Mu baru nak naik, so dengar-dengar tok batin dah bagi peringatan kat anak-anak buah jaga tingkah laku dan keselamatan. & Kampung Kuala Bersah paling ramai penduduk Islam
  11. Activities: Macam biasa, mandi sungai, bbq, lepak-lepak. Then boleh jalan-jalan ke kampung-kampung lain. Kami upah guide untuk hiking ke air terjun. Trail agak mencabar, kalo bawak budak sila bersabar. Kalo orang tua maybe tak sesuai. Adult RM10, kanak2 atas 12 RM5

Sekian & selamat berbuka & beribadat di bulan Ramadhan

Oleh
SAHR