Chalet berkonsepkan rumah kayu yang disinari dengan garden dan dikelilingi gunung ganang
Berkunjung ke Dangau Indah Chalet Ipoh ini amat seusai untuk percutian dengan rakan-rakan mahu pun mengadakan hari keluarga. Ini kerana di sekeliling resort ini, pengunjung dapat menikmati suasana kampung yang sangat nyaman malah dekorasi di resort ini turut menampilkan tradisional moden.
Bagi yang ada plan nak memilih lokasi ini, ianya 100 peratus milik orang Islam dan harga bilik yang ditawarkan bermula dari RM200-RM280 sebuah. Biliknya agak luas di mana boleh memuatkan lebih dari empat orang sebilik bagi katil berkembar. Lebih menarik, kolam renang persendirian berada di hadapan resort ini dan pengunjung boleh terus terjun ke dalam kolam sebaik membuka pintu bilik.
Di sekeliling kolam renang, telah tersedia perkakasan lengkap untuk mengadakan BBQ dan hanya perlu membawa makanan sahaja. Lebih seronok, dengan suasana kampung, percutian yang dirancang pastinya amat seronok. Lebih menarik halaman depannya yang luas boleh melakukan solat berjemaah bersama ahli keluarganya.
Bagi yang ada cadangan untuk bercuti ke sini, korang boleh datang ke lokasi Dangau Indah Chalet yang terletak di No 71 Jalan Hijrah 4, RPT Batu 10, Chepor Ipoh.
Apa lagi kome, moh cuti-cuti Malaysia.
Gambar : FB Dangau Indah Chalet, Ipoh
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ambil Peluang Camping Di Jepun, Enjoy Cuaca Sejuk Dengan View Gunung Fuji Yang Cantik, Epik!
Kesempatan ke Negara Jepun setiap bulan kerana urusan perniagaan membuatkan Tuan Muhammad Arif mahu mencuba sesuatu yang berlainan iaitu camping di salah satu campsite yang berlatar belakangkan gunung tertinggi di Jepun iaitu Gunung Fuji.
Membawa keluarga bersama, perancangan yang dibuat hanya dua minggu sebelum berangkat ke negara matahari tersebut. Segala perancangan tempahan dan sebagainya juga dibuat dalam waktu yang sama.
Trip kali ini ke Jepun agak panjang memberikan banyak masa untuk merancang dan membeli beberapa peralatan yang tidak dibawa dari Malaysia.
Memilih Fumotoppara di Fujinomiya sebagai tapak untuk camping mereka sekeluarga, memang teruja melihat perkongsiaan gambar yang cantik dan indah.
Ikuti perkongsiannya:
Camping Dengan View Fuji San, Sejuk Tapi Best!
Alhamdulillah cuaca baik hari ni, fuji san terang…
siang ok 12’c-14’c , malam je turun 7’c – 9’c
dalam khemah pun mulut berasap pakai heatech/baju thermal
barang yang baru beli cuma khemah, meja, kerusi & sleeping bag hijau tu… asas je la sebab bermusafir tempat orang… dapur, lampu kecik & set kopi tu bawak dari malaysia…
untuk semalam di sini 4500¥, 2 dewasa 2 budak… anak bawah 2 tahun tu percuma… kena booking dekat website dia… hujung minggu memang penuh… ini pun ramai orang…
tandas ok… sink pun ada di setiap bahagian tapak…
tempat cuci barang memasak pun ada… tak habis pusing sebab luas…
seronok tengok setup jiran – jiran lain, semua cukup lengkap… alhamdulillah untuk pengalaman ini… nanti balik sambung camping kat ganu…
lokasi – Fumotoppara, Fujinomiya
Kredit: Tuan Muhammad Arif
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
9 Port Nature Anda Boleh Lepak Di Selangor. Aktiviti Kat Situ Pun Best!
Selangor mempunyai pelbagai destinasi pelancongan eko yang menarik bagi penggemar aktiviti sukan lasak dan penggemar alam semula jadi.
Apa kata, luangkan masa senggang anda dengan menikmati dan menjalani aktiviti luar dilokasi seperti berikut:
- FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi.
Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dan tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar. Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).
- TAMAN EKO RIMBA KANCHING
Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat aktiviti pelancongan eko yang wajib dilawati di Negeri Selagor. Tempat ini mempunyai suasana air terjun yang cantik untuk bergambar dengan laluan pendakian yang mencabar. Ini kerana Sungai Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208-meter yang mana semakin tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk adalah RM1 (dengan MyCard) pada hari biasa, RM2 (dengan MyCard) pada hari minggu dan RM5 jika tanpa MyCard.
- SKYTREX SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT
Dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”, tempat ini mempunyai elemen flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain di Langkawi dan Melaka. Di samping itu, Skytrex Sungai Chongkak juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta aliran sungai di bawah laluan rintangan.
Terdapat 3 pakej yang disediakan untuk pengunjung di mana setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan mengambil masa sejam untuk dilengkapkan. Bayaran masuk ke Skytrex Sungai Chongkak adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih. Untuk maklumat lanjut, layari www.skytrex-adventure.org atau hubungi +6013 276 9841.
- BUKIT BROGA, HULU LANGAT
Bukit Broga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Bukit yang hanya berketinggian 400-meter dari paras laut ini mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Apa yang menarik, di puncak bukit ini dipenuhi dengan kehijauan lalang. Dengan gabungan rumput lalang dan pemandangan yang cantik, bergambar di puncak Bukit Broga amat sesuai untuk dijadikan kenangan.
Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual air kelapa di puncak bukit untuk pendaki menikmati pemandangan sambal melepaskan dahaga. Bayaran serendah RM1 dikenakan untuk mendaki bukit ini. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my atau hubungi 03-87377899 / 03-87371789.
- WHITE WATER RAFTING, HULU SELANGOR
Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan bagi yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang 8km. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di Sungai Selangor. Aktiviti berakit ini sangat sesuai dilakukan secara berseorangan, serta bersama pasangan, keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur dari 8 hingga 88 tahun, menjadikan aktiviti ini ideal di Malaysia. Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang. Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysia-whitewater-rafting.com atau hubungi +6012- 4653307.
- WATER TUBING, HULU SELANGOR
Water Tubing adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di pekan Kuala Kubu Bharu selain white water rafting. Aktiviti tubing ini menyeronokkan lebih-lebih lagi dilakukan bersama rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan dayung, dan hanya perlu mengikuti arus sungai. Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub akan bertambah laju.
Jika sebaliknya, peserta perlu menolak air sungai dengan menggunakan tangan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Anggaran harga untuk melakukan aktiviti tubing adalah RM30. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke rentasadventures@gmail.com atau hubungi 011-11414674.
- TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
Taman Alam Kuala Selangor merupakan sebuah taman semula jadi yang dikelilingi dengan hutan paya bakau yang menarik. Ia juga mempunyai laluan hampir 4-kilometer untuk pengunjung selusuri dan menikmati persekitaran alam. Bagi penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar lebih kurang 150 jenis spesis burung dari serata dunia termasuk burung migrasi dari negara Siberia dan Rusia.
Pengunjung juga boleh bergambar di kawasan paya bakau kerana susunan pokok-pokok yang cantik di sana. Selain itu, bayaran sebanyak RM4 akan dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk pengunjung di bawah 16 tahun. Untuk maklumat lanjut, layari www.kuala-selangor.com atau hubungi 03-32892294.
- 4X4 ADVENTURE TERATAK RIVERVIEW, HULU SELANGOR
Apa kata anda meredahi hutan dengan menaiki kenderaan jenis 4×4 yang menyeronokkan dan mencabar daripada lawatan biasa di bandar. Kenderaan jenis 4×4 yang disediakan akan menjelajah melalui jalan hutan yang kehijauan terus ke kawasan kampung-kampung tradisional, ladang buah-buahan, seberang sungai, kawasan paya dan batu-bata serta air terjun.
Selain itu, pengunjung boleh berkelah dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lingkungan harga untuk merasai pengalaman pengembaraan dengan kenderaan jenis 4×4 ini adalah mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung dengan mininum 6 orang peserta. Untuk maklumat lanjut, layari www.teratakriverview.blogspot.com atau hungi +6012-5653397.
- PARAGLIDING (BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT & BUKIT BATU PAHAT, HULU SELANGOR)
Anda boleh terokai bandar Jugra dan Batu Pahat dan menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dari puncak bukit dengan melakukan aktiviti paragliding yang disediakan di Bukit Jugra, Kuala Langat dan juga Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor. Dengan ketinggian 400 kaki dari paras laut, dua tempat popular ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti mencabar dan ingin mencuba pengalaman terbang di udara.
Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti paragliding ini adalah pada bulan Mac hingga September dan bayaran dikenakan untuk melakukan aktiviti ini dianggarkan berjumlah RM320 seorang. Untuk maklumat lanjut, layari www.mdkl.gov.my atau hubungi 03-31803694 / www.mdhs.gov.com atau hubungi 03-60641235.
Jom cuti-cuti di Selangor~
Foto & Sumber: Tourism Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Day Trip Pulau Songsong, Pulau Bersejarah Di Yan Kedah. Ini Apa Yang Korang Boleh Buat Kat Sini!
Pulau Songsong terletak di Yan, Kedah dan pulau ini sebenarnya memiliki cerita dan warisan sejarahnya yang tersendiri apabila dikatakan pernah menjadi lokasi pahlawan nusantara berkumpul untuk merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam.
Pulau ini dikatakan pernah menjadi lokasi pahlawan nusantara berkumpul bersama Tunku Muhammad Saad Tunku Daud (anak saudara kepada Sultan Kedah Ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II) bagi merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam pada Ogos 1838. Pahlawan nusantara antaranya dari Rembau, Acheh, Pattani dan juga Perak melabuhkan kapal mereka berkumpul beramai-ramai untuk bergerak bersama Tunku Muhammad Saad untuk menyerang Siam. Dalam pertempuran yang diketuai Tunku Muhammad Saad itu, Kedah berjaya merampas Kota Kuala Kedah dan Alor Ganu, daripada Siam dan kemudian meneruskan pelayaran sehingga ke Singgora (Songkla) untuk menghalang kemaraan tentera Siam memasuki negeri ini semula.
Tiada seorang pun penduduk yang mendiami Pulau Songsong dan ia juga tidak mempunyai sebarang resort untuk pelancong bercuti ke sana. Namun, persekitaran pulau ini sangat cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Ini cara jika anda ingin ke Pulau Songsong perkongsian sumber dari Eyna Rosli
Salah satu pulau yang masih cantik, air jernih dan indah di negeri Kedah yang masih ramai tak tahu. Dekat sini tak ada homestay atau chalet. Kalau nak bermalam kena berkhemah sahaja. Nak ke pulau ni tak ada jambatan & feri ya. Kena sewa bot dari Pantak Merdeka atau boleh sewa di jeti kmpung sg Udang yan.
Pulau Songsong, destinasi pelancongan di Daerah Yan yang semakin menarik pengunjung ke sini. Pulau yang berkeluasan 62 ekar dengan ketinggian 118 meter mempunyai pantai berpasir dan air yang jernis. Sebahagian pantainya terdiri dari batu merah (batu lumpur). Perjalanan dengan bot mengambil masa 15 – 20 minit sahaja dari pengkalan Sungai Udang, Yan.
Pulau ini terbentuk oleh batuan Formasi Mahang yang berusia sekitar 450 juta tahun. Ia mempunyai nilai saintifik yang tinggi kerana ia adalah tinggalan proses geologi marin yang berkaitan dengan paras laut Holosen. Mempunyai nilai estitik dan rekreasi yang tinggi oleh keindahan landskap kepulauan dan air yang jernih.Kemudahan disediakan ialah tandas, dewan terbuka, perigi, bilik persalinan, surau dan lampu solar.
PERINGATAN kepada pengunjung, jaga kebersihan pulau kita tolonglah, JANGAN MEMBUANG SAMPAH di Pulau ini. Terima kasih.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI