Bangkok merupakan kota pilihan kebanyakan pelancong serata dunia untuk menghabiskan masa cuti dan berbelanja. Maka tidak mustahil Bangkok muncul bandar raya yang dikunjungi paling ramai pelancong luar untuk tahun keempat berturut-turut pada tahun 2018. Ia adalah hasil tinjauan MasterCard Inc yang dikeluarkan.
Menurut Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn, negara itu dijangka menerima dua juta pelancong India pada 2019. Ogos lalu, kerajaan Thailand menyambung kemudahan visa percuma bernilai 2,000 baht (RM273) untuk visa ketibaan bagi pelancong dari 18 negara, termasuk China dan India. Pemerhati berpendapat pertambahan golongan pertengahan serta semakin banyak penerbangan tambang murah menyumbang kepada pertambahan pelancong.
Ads
Merekodkan hampir 23 juta pelawat antarabangsa tahun lalu, ibu kota Thailand itu mengatasi kota Paris dan London yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan kunjungan lebih 19 juta pelancong. Bandar lain yang berada di kedudukan teratas ialah Dubai (15.93 juta pelancong asing), Singapura (14.67 juta), Kuala Lumpur (13.79 juta) dan New York (13.60 juta).
Laporan Mastercard menyatakan, bilangan pelancong antarabangsa mencatatkan pertambahan besar, meningkat 76 peratus sejak tahun 2009.
Ads
Sembilan daripada 10 bandar raya di tangga teratas pada 2018 itu menyaksikan pertambahan bilangan pelawat berbanding tahun sebelumnya kecuali London. Ibu kota Britain tersebut merekodkan penurunan empat peratus bilangan pelancong asing tahun lalu.
Dubai mengungguli senarai itu dari sudut perbelanjaan dengan pelancong luar berbelanja purata AS$553 (RM2,236) sehari, manakala perbelanjaan keseluruhan pelawat pada tahun 2018 pula menghampiri AS$31 bilion (RM130 bilion).
Ads
Kota suci Mekah dan Bangkok menduduki tempat kedua serta ketiga dalam aspek perbelanjaan pelancong.
Diwujudkan pada tahun 2011, laporan Bandar Destinasi Global itu menyenaraikan 200 buah bandar di seluruh dunia berdasarkan ketibaan pelancong dan perbelanjaan rentas sempadan.
Kerajaan Malaysia mendedahkan sektor pelancongan merupakan antara yang paling terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
Dalam Laporan LAKSANA Ketujuh Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, statistik menunjukkan setiap empat dari sepuluh pekerjaan dalam sektor pelancongan terkesan akibat pandemik itu.
Selain itu, beliau berkata, data terkini Jabatan Perangkaan bertarikh 29 Mei 2020, merekodkan kadar pengangguran negara pada suku pertama 2020 pada tahap 3.9%.
"Memandangkan betapa seriusnya cabaran COVID-19 kepada ekonomi kebanyakan negara, ini merupakan peningkatan yang masih di dalam kawalan berbanding 3.3% pada suku sebelumnya. Sebagai perbandingan, kadar pengangguran Suku Pertama di negara Filipina adalah 5.3% (peningkatan daripada 4.5% pada suku sebelumnya), Sepanyol 14.41% (peningkatan daripada 13.78% pada suku sebelumnya), dan New Zealand 4.2% (daripada 4.0% pada suku sebelumnya)," katanya.
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan telah mengambil langkah drastik dalam usaha sistematik untuk mengawal kadar pengangguran dari terus menjunam. Antara usaha yang dijalankan termasuklah membuka beberapa sektor ekonomi yang kritikal untuk negara secara berperingkat, serta pengenalan program Subdisi UPAH dan Program Pengekalan Pekerjaan di bawah Pakej Prihatin. Tanpa program-program ini, besar kemungkinan kadar pengangguran adalah lebih tinggi.
Berita yang gembira untuk semua penumpang kapal terbang yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) apabila satu ruang solat di bahagian rooftopnya telah diubahsuai dan akan digunakan untuk kegunaan solat jumaat.
Selepas ini, penumpang yang sedang menunggu waktu penerbangan atau kakitangan yang berkerja di sana boleh menggunakan ruang solat itu bagi tujuan tersebut dan difahamkan inisiatif kemudahan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya pada akhir bulan Mei.
Baru-baru ini tular di rangkaian Whatsapp menunjukkan beberapa keping gambar kerja-kerja pembersihan dan persiapan akhir sedang dijalankan di ruang solat rooftop KLIA itu bersama mesej yang mendakwa ruang solat ini akan digunakan untuk solat jumaat pada 5 April 2019.
Walau bagaimanapun, pihak Malaysia Airport menafikan dakwaan tersebut kerana masih ada beberapa perkara akhir yang belum mendapat kelulusan.
Ruang solat itu dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya pada akhir bulan Mei selepas mendapat kelulusan daripada Pejabat Agama Daerah Sepang dan pihak Malaysia Airport akan membuat pengumuman segera berkenaan hal tersebut setelah kelulusan diterima.
Dalam pada itu, sejak Disember 2018, Malaysia Airport telah menyediakan 4 buah bas percuma iaitu dua dari KLIA dan dua lagi dari KLIA2 untuk kegunaan pengguna dari kedua-dua terminal penerbangan tersebut untuk menunaikan solat jumaah di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA. Perkhidmatan bas ini bermula pada pukul 12.30 tengahari hingga pukul 1 tengahari.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL kembali lagi, nampak gaya banyak aktiviti menarik di situ yang akan memukau para pengunjung yang datang nanti.
Sesekali nak juga sertai aktiviti luar macam ini, bukan? Okay, sekarang cuba fikir kejap, bila kali terakhir anda meluangkan hujung minggu dengan aktiviti yang berkonsepkan ‘nature vibes’?
Agak banyak trend aktiviti luar yang melibatkan camping, hiking, glamping dan healing. Jadi kalau rasa macam sudah lama tak enjoy dengan aktiviti luar macam ini, Libur cadangkan anda ke Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) yang akan bermula 16 hingga 18 Jun ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.
Nah, jemput jamu mata dulu dengan aktiviti yang ada di sana nanti!
KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL Kembali Lagi, Banyak Betul Aktiviti Menarik!
Peserta Boleh Bertukar Pengalaman Melalui Aktiviti
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, “Penganjuran ODF 2023 dilihat sebagai medium dan platform penyatuan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia.
Antaranya gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak serta ekstrem yang menyantuni setiap lapisan umur masyarakat, dan juga kombinasi gabungan komuniti yang turut menyambung kepada pembangunan ekonomi setempat.”
Tukar Pengalaman Melalui Cerita
Bertemakan ‘Unplug & Reconnect’, LOCCO selaku penganjur festival mengajak peserta ODF 2023 untuk bersantai sambil mengambil peluang bertukar pengalaman dan cerita melalui pelbagai aktiviti luar yang telah dirancang.
Festival ODF23 anjuran bersama LOCCO dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong (MDL) akan menyaksikan peminat aktiviti luar dari dalam dan luar negara berkumpul, meraikan kepelbagaian minat, dan berkongsi idea menerusi pelbagai pengisian seperti sesi forum, bengkel, penerokaan, dan persembahan muzik.
Antara aktiviti yang telah dirancang termasuklah aktiviti perkhemahan, Stand Up Paddling, berkayak, Bridge Rappelling dan memanah.
Aktiviti merentas desa turut diteruskan tahun ini selain beberapa aktiviti baharu yang diperkenalkan seperti ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing.
Malah ada beberapa bengkel dijalankan seperti handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta bengkel keselamatan dalam air.
Selain itu, bagi merancakkan perjalanan ODF23, sesi perkongsian dan forum turut disenaraikan termasuklah Cerita Kedai Kopi, Sembang Bawah Fly, kesedaran komuniti dan klinik kayuhan basikal. Best, bukan?
Owh ya, peserta juga akan disajikan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh kumpulan band muzik gig dan tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan ramai lagi. Memang layan habis lah anak-anak muda nanti, sesekali dapat healing bersama geng!
Kahf Selaku Penaja Utama
Lebih menarik, penganjuran tahun ini turut dijenamakan sebagai “KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023”’ selepas menerima penyertaan Kahf selaku penaja utama.
Kalau nak tahu, Kahf sebenarnyna merujuk kepada jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari Indonesia yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, minyak wangi, dan pelindung matahari.
Agung Andrian, Ketua Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Paragon berkata, “Kami berada dalam misi untuk mempromosikan pengalaman dandanan yang terbaik, semula jadi, lembut, halal dan thayyib untuk meningkatkan nilai kehidupan lelaki.”
Penyertaan Kahf sebagai penaja utama adalah sebagai usaha untuk mendekati pengguna Kahf selain memperkenalkan rangkaian produk Kahf melalui aktiviti kegiatan luar dan gaya hidup aktif masa kini.
Komuniti Dan Tajaan Yang Terlibat
Menyasarkan lebih 1500 penyertaan, ODF23 didukung lebih 35 kumpulan komuniti dan turut dimeriahkan dengan tajaan oleh ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals serta disokong oleh rakan strategik termasuklah RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, KKTM Lenggong, Decathlon dan Nomadism.
Jangan lepaskan peluang kalau rasa nak sertai KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL, jualan tiket pun masih dibuka. Untuk peminat aktiviti luar yang ingin menyertai ODF23, boleh membuat pembelian tiket di laman sesawang www.outdoorfest.my.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!