Satu kawasan sejarah yang sangat luas lengkap dengan penemuan senjata berusia 10,000 tahun ditemui oleh pasukan penyelidik di Pulau Kotelny, Siberia. Kawasan purba ini kemungkinan dahulunya adalah sebuah ‘kilang memproses’ yang digunakan bagi menghasilkan senjata seperti lembing dan pisau daripada gading gajah mamot.
Menurut ahli-ahli paleontologi, kilang purba itu ditemui bersebelahan bangkai seekor mamot dalam keadaan beku di Pulau Kotelny.
Pakar mamot dari Akademi Sains Yakutia yang memeriksa kilang senjata tersebut memberitahu media tempatan terdapat kesan pertukangan pada gading serta tulang rusuk bangkai gajah berkenaan, menandakan ia diburu oleh manusia.
Ads
Kesan daripada proses itu, mungkin dilakukan oleh lelaki purba, berdasarkan apa yang ditemui pada cebisan gading gajah yang dijumpai.
Gading yang diukir itu mempunyai bahagian tajam yang sesuai digunakan untuk memotong daging serta dibuat senjata untuk membunuh. Terdapat contoh penggunaan gading yang dijadikan lembing di beberapa lokasi lain di Siberia.
Ads
Keadaan gading itu jelas menunjukkan manusia memotongnya dan menjadikan ia sebagai senjata.
Ads
Kajian lanjut akan dilakukan untuk mengetahui sama ada haiwan tersebut diburu menggunakan lembing yang dibuat daripada gading haiwan itu sendiri atau gajah lain.
Kumpulan pakar ini akan menentukan usia gading gajah tersebut menggunakan teknik radio karbon tetapi buat masa ini, boleh dikatakan usianya tidak kurang dari 10,000 tahun.
Ya, kita semua sedia maklum, negara kita masih belum bebas sepenuhnya dengan wabak COVID-19. Ramai yang masih bimbang jika negara kembali menerima kedatangan pelancong luar masuk ke negara kita kerana dikhuatiri kembali melonjak kes wabak di negara tercinta kita.
Buat masa ini Malaysia masih tidak akan membuka sempadan antarabangsa kepada pelancong dan pekerja warga asing, kerana perbincangan dengan negara yang dikategorikan zon hijau, masih berjalan. Masih belum ada tarikh sebenar kebenaran pelancong luar tersebut. Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam perbincangan itu, Malaysia menekankan untuk memperolehi timbal balas, iaitu kebenaran rakyat Malaysia memasuki negara berkenaan.
“Kita mahu timbal balas, iaitu kita buka negara kita dan mereka juga perlu buka negara mereka. Kalau mereka masih memperketat syarat untuk rakyat kita, kita juga tak akan benarkan rakyat mereka untuk datang. Perkara ini sedang dibincangkan oleh Kementerian Luar. Namun begitu ia masih bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, sebab ada negara yang dahulu zon hijau, kini menjadi merah semula, kita akan lihat keadaan semasa,” katanya.
Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah mengenal pasti enam negara zon hijau COVID-19, bagi pembukaan semula sempadan antarabangsa negara secara bersyarat iaitu buat pengunjung daripada Singapura, Brunei, New Zealand, Jepun, Australia dan Korea Selatan.
Bagaimanapun empat kategori pengecualian bagi warga asing untuk masuk ke negara ini dengan menjalani prosedur operasi standard (SOP) tertentu masih kekal, iaitu bagi diplomat, ekspatriat kategori EP1, peserta Malaysia My Second Home dan pelajar yang mahu meneruskan pengajian.
Walaupun ramai ragu-ragu tetapi servis diberikan syarikat ini sepanjang penerbangan sangat memuaskan hati termasuk menawarkan makanan halal untuk Muslim.
Vietnam Airline Tawar Makan Halal Sedap
Salam guys..
Today nak cerita sikit tentang my experience dengan Vietnam Airline. I rasa ramai juga yang nak tau kan. Ramai rasa was was untuk naik VN airline ni.
Tapi kalau ada salah silap info di dlm tulisan ini, maafkan saya. Lagi satu, bukan tujuan saya utk jatuhkan darjat Airline tempatan.
Since last year memang everytime pergi Seoul, we all ambik Vietnam Airline. WHY??? Because…
1) Harga lebih murah dari AA. Paling murah i dapat is RM980 incl 30kg + 7kg + halal meal all leg. Ni last year ye. Kalau this year, bila uols beli promo ticket, hanya dpt 23kg(1 pc) + 12kg handcarry(2pcs max)
2) Selesa sebab seat lebih besar dan legroom lebih luas. Inflight entertainment yg uptodate utk long haul. Kalau dr kl-hcmc/hanoi, takde entertainment(sebab smaller fleet).
3) Boleh request halal meal. Yg ni kita kene request sendiri ye. Once tiket dah beli, trus la contact Vietnam airline KL office. Free flow of whatever food they have. Ringankan mulut untuk request, kenyang la korang throughout the journey, I juga penah diberitahu bahawa food VN yang terbang dari/ke KL mempunyai sijil HALAL.
Makanan dia sedap sedap. Penah dapat beriani daging/roasted chicken sebesar penumbuk dwayne johnson(kenyang giler). Tapi penah juga dapt food yang tak berapa ikut selera i. Diorang akan serve special meal dulu baru orang lain dapat meal. Cuba bayangkan kita makan orang sebelah dok jeling jeling
4) Cabin service yang peramah. Pakaian tak berapa menjolok mata. Steward/stewardess yang lawa dan handsome
5) Ada blanky/ bantal. So tak payah bawa neck cushion sendiri. Kadang-kadang dapat suviner
Flight entertainment for long haul flight only.
Setback Vietnam Airline hanya lah:
1) Kekecohan dari their own people. Kadang pening juga. Tapi situasi ini berlaku je dalam mana mana airline kan.
2) Luggage yang diorang bawa mostly berkotak-kotak sebab diorg ini mostly peniaga yang berniaga di Seoul. So masa sampai Incheon, memang mr dog akan target luggage-luggage kita. Tapi kalau kita tak bawa barang terlarang, tak payah risau tentang ini.
3) TRANSIT. Actually transit not a problem to me. Transit gate tak jauh pun. Sebab Malaysian tak perlu visa, lagi la mudah. Lagi lagi kalau transit Saigon kena overnight. Boleh shopping-shopping. Kalau transit Hanoi and kene overnight, banyak hotel-hotel murah berdekatan airport.
Jalan kaki pun boleh. My last trip, i duduk hotel RM60/night. Siap pick up lg. So boleh la rest rest kat situ. Tapi korang kena standby overnight food dari destination sebelumnya sebab memang takde halal food area airport. Kalau nak tido Hanoi City tapi uols sampai dah malam, Kena standby food juga sebab halal resto kt city tu tutup pukul 5pm kalau tak silap i.
So i guess info ini agak lengkap. Generally i think my info valid for all Vietnam Airline destination, not only Seoul. Kalau ada apa apa yg korang nak tau lagi, sila comment di bawah. I sertakan beberapa gambar tentang food yang di serve.
1st pic – KL-Saigon (sedap)
Kl-Saigon (flight malam) sedap sweet sour fish.
2nd pic – Saigon -Seoul (sedap)
Saigon-Seoul ( flight tengah malam) sedaap beriani daging.
Bagi yang nak pulang ke Kampung sempena musim perayaan yang bakal disambut pada minggu hadapan, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menawarkan kempen pemeriksaan kenderaan sukarela secara percuma sempena sambutan perayaan Aidilfitri bermula 10 hingga 20 April ini.
Kempen tersebut dianjurkan kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bagi memastikan kenderaan berada pada tahap terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mohammed Shukor Ismail inisiatif #drivesafenoregrets itu dibuat untuk memastikan keselamatan di jalan raya sepanjang musim perayaan, terutamanya untuk pengguna jalan raya yang memandu pulang ke kampung halaman masing-masing.
Pemeriksaan percuma itu tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, cermin gelap serta banyak lagi.
Menurutnya lagi, kempen ini bertujuan membantu pemilik kenderaan mengetahui keadaan kenderaan mereka melalui pemeriksaan menggunakan peralatan berkomputer Puspakom.
Tambahnya juga, pelanggan yang hadir boleh terus ke Puspakom tanpa perlu janji temu dan akan menikmati layanan istimewa selain diberi keutamaan.
pemilik kenderaan yang ingin mendapatkan pemeriksaan percuma boleh hadir secara terus ke mana-mana cawangan Puspakom di seluruh negara kecuali Shah Alam (Selangor), Taman Bukit Maluri (Kuala Lumpur) dan Pasir Gudang (Johor) dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Bukan itu sahaja, Unit Pemeriksaan Bergerak juga ditawarkan bagi pemeriksaan percuma di beberapa lokasi terpilih yang disenaraikan dalam laman web www.puspakom.com.my atau Facebook, Puspakom Sdn. Bhd..
Untuk anda yang akan membuat perjalanan jauh, sebaiknya ambil peluang ini dan buat pemeriksaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh ke kampung masing-masing. Semoga perjalanan lebih lancar dan selamat.
Kredit: Utusan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...