Video Ban Pecah Tanjung Piandang Perak oleh mohamad erwan
Ban ialah struktur tebatan air/banjir yang biasa dibina di tebing sungai untuk mengelakkan limpahan air sungai ke kawasan tebing sungai yang lebih rendah. Kebiasaannya ban di tebing sungai menggunakan tanah yang dimampatkan dan ketinggian ban dibuat mengikut rekaan paras banjir sungai tersebut. Namun di Tanjung Piandang, Perak, struktur ban dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Ini bagi mengelakkan hakisan oleh ombak laut ketika ombak kuat.
Ban Pecah Tanjung Piandang Perak, dibina bongkah-bongkah batu di sepanjang pesisir pantainya. Bongkah-bongkah batu itu disusun bagi mengekang hakisan ombak. Di sepanjang tebingnya pula, terdapat pohon-pohon rendang menjadikan suasana di situ sentiasa redup dan nyaman.
Ban ini menjadi popular dikalangan penduduk tempatan serta pengunjung luar yang biasanya datang untuk menikmati makanan popular disini iaitu kari ikan sembilang dan mi udang Tanjung Piandang. Tidak lupa juga ban ini menjadi lokasi menarik dan cantik untuk mengabadikan gambar kenangan terutamanya pasangan baru berkahwin. Juga lokasi menarik bagi kaki pancing mencuba nasib.
Pada awal tahun 1960an, ban ini asalnya sawah padi yang subur. Penduduk tempatan berpendapat, kejadian itu merupakan satu fenomena alam yang berpunca daripada hakisan pantai dan ombak besar yang berlaku sekitar awal tahun 1960-an. Akibat hakisan teruk, kerajaan telah menambak pesisir pantai dengan batu sepanjang kira-kira empat kilometer bermula dari Sungai Baru ke Sungai Burung sehingga ke Kampung Nelayan Baru, Tanjung Piandang, Perak. Saban hari ketika itu, ombak besar melanda kawasan terlibat. Ada tanah penduduk kampung turut menjadi korban. Dulu sawah, kini jadi laut. Cuma geran tanah yang tinggal dalam laci sebagai bukti.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI