Bila musim perayaan pasti jalan raya akan sesak dengan kenderaan, salah satu cara nak elak daripada turut terperangkap dalam trafik yang maha hebat itu adalah dengan mengambil alternatif lain seperti menaiki keretapi, bas dan juga kapal terbang.
Seperti juga musim perayaan dan juga tahun-tahun terdahulu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan Tren Khas Ekspress Lambaian Aidilfitri Ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
KTMB memaklumkan menyediakan empat perjalanan tren ekspress yang beroperasi dari KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya. Menurut KTMB lagi sebanyak 1,864 tiket ditawarkan menerusi tren khas Aidilfitri ini.
Tren khas ini turut dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet dan koc chillax.
Tren Khas Lambaian Aidilfitri ini akan berhenti di 16 buah stesen, antaranya Stesen Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Wakaf Bharu dan berakhir di Tumpat.
Tiket telah mula dijual pada 1 April 2023, jam 10 pagi dengan harga tiket bermula daripada RM55 sehingga RM83 untuk perjalanan sehala.
Pembelian tiket boleh dibuat secara atas talian atau melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman web KTMB. Apa tunggu lagi, yang masih tak ada tiket tu cepat-cepat beli ye!
Sumber: KTMB Official