Bajet Tak Sampai RM4 Ribu Seorang, Wanita Puas 10 Hari Dapat Jelajah South Island New Zealand

Share

Walaupun kita masih lagi tidak dapat ke mana-mana disebabkan pandemik Covid-19, jadi tak salah untuk kita merancang dulu perjalanan ke mana-mana destinasi yang diidamkan.

Jika anda berhajat untuk ke South Island, New Zealand perkongsian wanita ini boleh dijadikan panduan.

Menurutnya selama 10 hari berada di sana, dapat berjalan banyak tempat dengan bajet sekitar RM1700 + seorang. Total keseluruhan untuk dua orang pula adalah RM3424.70 saja.

Ayuh, ikuti perkongsian Aslinda Nor dalam grup Backpackers Buddies Malaysia

Itinerary South Island, New Zealand.

Saya share itinerary kami berdua pada raya cina yang lepas. Moga dapat membantu bagi yang sedang plan untuk ke sana.

{2/2/19} TOUCH DOWN AUCKLAND (Penginapan: Kiwi Backpackers Hostel)
– Sampai Airport, gerak ke hostel. Hostel provide free shuttle from/to airport

{3/2/19} AUCKLAND – CHRISTCHURCH – TWIZZLE (Penginapan: Twizle Holiday Park)
– Lake Tekapo
– The Church of Good Shepherd
– Stargazing area Twizle

Otw ke Milford Sound. View point sebelum Hommer Tunnel.
Tak sah kalau pergi NZ tapi tak ambil gambar tengah jalan. Yang ini otw ke Mt Cook.

{4/2/19} TWIZLE – LAKE PUKAKI – MT COOK NATIONAL PARK – Omarama (Penginapan: Dunstan Downs High Country Sheep Station)


– Lake Pukaki ke Mt Cook National Park. Kalau boleh setiap 5mnt nak berhenti
– Trekking @ Hooker Valley
Hooker Valley berlatarbelakang kan Mt Cook.
Hooker Valley Track.
Lake Pukaki Dalam banyak-baanyak lake di Nz, yang ini la paling lawa.

{5/2/19} OMARAMA – OTAGO (Penginapan : Lake Hawea Hotel)
– Hiking Isthmus Peak (8 jam – masa untuk kaki gambar…haha)
– Lake Hawea Viewpoint

Blue River Walk, Wanaka Kalau nak terjun dari jambatan ni pon boleh. Selalu mat saleh yang buat

 

Mackay Creek, Te Anau.
Salah satu dari 3 jambatan gantung di Hooker Valley.
Hooker Valley.

{6/2/19} OTAGO – WANAKA – GLENORCHY –TE ANAU (Penginapan – Te Anau Holiday Park)
– Blue Pool Walk
– Lavender Farm
– Cardona Hotel
– Red House
– Paradise
– Stargazing @ Te Anau

Glacier lake. End point untuk Hooker Valley track. Angin kat sini kuat giler.
Lake Hawea view dari Isthmus Peak.
Lake Wanaka dari Isthmus peak.

{7/2/19} TE ANAU – MILFORD SOUND – QUEENSTOWN (Penginapan – Queenstown Backpacker Hostel)
– Mackay Creek


– Eglinton Valley
– Mirror Lake
– Falls Creek
– The Divide
– Pop’s View
– Monkey Creek
– Homer Tunnel
– Milford Sound/Piopiotahi. Banyak lagi tempat best tapi tak sempat pergi.
Blue pool, Wanaka Walaupon summer, tapi air dia sejuk .
Lavender Farm, Wanaka Bayar nzd5 untuk dewasa. Ada lg satu lavender farm area Lake Pukaki, but personally saya rasa dr segi view, lavender farm di wanaka lagi lawa.
Cardrona Hotel.
Glenorchy.

{8/2/19} QUEENSTOWN – CHRISTCHURCH (Penginapan – Energetic Healthy Homestay)
– Shopping @ Queenstown then gerak balik Christchurch
– Kawarau Bridge Bunggy

Waterfall @ Milford Sound.
Hommer tunnel viewpoint, Fiordland
Lake Pukaki.
The Church of Good Sherpard Pukul 8 malam tempat ni dah tak boleh masuk. So kalau nk datang make sure sampai sebelum pukul 8 malam.

{9/2/19} CHRISTCHURCH – AUCKLAND – KL
– Check out, naik flight ke Auckland. Sampai Auckland, naik flight ke KL

1) Trip ni cuma berdua je & itinerary ini lebih sesuai untuk yang sukakan hiking /trekking. Kitaorg sewa kereta start dari Christchurch.
2) Musim panas kat sana siang memang panjang. Subuh pukul 5 pagi tapi magrib dalam pukul 9 lebih. So memang best sbb boleh la buat banyak aktiviti.
3) Walaupon musim panas, tapi sesetengah tempat sejuk gak especially area bawah macam Te Anau. Subuh suhu 5°c. So kalau sesiapa yang nak camping, sila prepare gear yang sepatutnya untuk tahan kesejukkan. Kitaorang tidur dalam hotel berselimut tebal pon pasang heater. Drive malam-malam pon pasang heater


4) Flight Air Asia KL-Auckland-KL RM1158 (termasuk luggage & makan) Flight Auckland – Christchurch – Auckland beli bln 9 last year dpt RM283, tapi di sebabkan tukar tarikh air asia, so kena beli flight ticket baru dlm RM700++
5) Detail costs ada dalam gambar.
Detail Cost Tp ignore jumlah bawah tu.. Baru perasan formula error🤦 Total sebenar for 2 pax Rm3424. 70 Total untuk sorg RM 1712.35 Yang ini bajet untuk trip berdua. Kalau pergi berempat akan lebih murah sebab kos minyak, sewa kereta dll boleh bahagi berempat.

Artikel Berkaitan:

Terokai Keunikan Bangunan Senibina Mengagumkan Di Negeri Selangor

Lake Blausee, Hidden Gem Di Switzerland. Layan Pemandangan Tasik Warna Turquoise, Di Musim Autumn!

Nak Ke Maldives Tapi Dompet Tak Izinkan, Pergi ke Bintan Sama Cantiknya

Oleh
Siti Zurina Mat Saman