Bajet Dalam RM300, Puas Dapat Selusuri Keindahan Persisir Pantai Di Selatan Terengganu (Dungun-Kemaman-Marang)
Januari 19, 2022
Share
Kebiasaannya, jika pergi melawat Terengganu destinasi sering jadi pilihan adalah ibu negerinya iaitu Kuala Terengganu.
Selain memiliki beberapa lokasi menarik, pelbagai masakan tradisional dijual di sini juga jadi tarikan pengunjung.
Namun sebenarnya jika anda mahukan destinasi lain di Terengganu, boleh cuba jelajah pesisir pantai selatan Terengganu. Ia melewati Daerah Dungun, Daerah Kemaman dan juga Daerah Marang.
Banyak lokasi indah dan menarik sepanjang menyelusuri laluan persisir pantai yang sangat mempesonakan,
Perkongsian Helmi Baharum ini boleh dijadikan panduan bagi yang mahu pergi ke sini. Bajet tidak sampai pastinya anda aka berpuas hati dengan percutian penuh ohsem.
Menelusuri Keindahan Pesisir Pantai Selatan Terengganu (Kuala Terengganu-Daerah Dungun-Daerah Kemaman-Daerah Marang-Kuala Terengganu) 11-12 Disember
Dungun
1. Muzium Bukit Besi – Muzium baru dirasmikan (Oktober 2021), bayaran masuknya percuma. Kalau nak tour by bus dalam kompleks muzium hanya byr dengan jumlah yang minima. 2. Taman Rekreasi Tasik Putri – Kawasan rekreasi ini cukup ramai dengan kehadiran pengunjung, merupakan sebuah tasik buatan dan tinggalan aktiviti perlombongan besi.
3. Masjid Bandar Almuktafi Billah Shah 4. Terowong Bukit Tebuk – Sebuah terowang keretapi dengan sejarah perlombongan Besi. 5. Pantai 1- Pantai Batu Pelanduk -Terdapat struktur batu menarik seperti haiwan (pelanduk lah kot) dan batuan berlapis-lapis. 6.Pantai 2- Pantai Teluk Lipat, Bandar Dungun 7. Pantai 2- Benteng Kuala Dungun, Bandar Dungun 8. Pantai 2- Pantau Surra Bandar Dungun 9. Kedai Makan – Kopi Tebing, Paka: Kopi dia yg padu tu baru RM2.50 mcm tak percaya murah dah lah sedap, Mi Wantan RM6, Pavlova RM7, semua ni best seller. – Mak Wan Mee Sup Melayu Champa, Dungun RM10. Memang sedap banyak lah hirisan daging tak larat nak habiskan. – Nasi Goreng Sotong Emas, Dungun RM8, Weh mana nak dapat harga ni sutun dia saja dah besar bapak, nasi goreng dia pulak cair di mulut, haha best sangat kalau dekat kan best boleh makan selalu. 10.NDE Hotel- Saya memilih stay di hotel sini kerana harganya paling berpatutan RM55 sekali breakfast dan lokasi serta biliknya yang selesa.
Kemaman
1. Kemaman Blue Lake: Tujuan utama untuk trip ini, hanya memerlukan pendakian tebing 1 minit dari parking.
2. Kemaman Zoo and Recreation Park: RM5 (Harga PKP) boleh tahan besar juga zoo ni penat juga lah nak habiskan tour dalam ni. 3.Pantai 3: Kemasik Beach: Sepanjang pemerhatian saya ini merupakan ombak paling kuat dan antara pantai tercantik. 4.Yak Yah Firefly Sanctuary: Hanya melihat sungai, mungkin kena booking awal untuk join tour. 5.Loji Penapisan Petroleum Petronas : Takjub jap tengok api banyak-banyak menjulang tinggi, kalau malam pasti lebih meriah.
Marang
1. Pantai 4: Kampung Jambu Bangkok – Antara hidden gems di Terengganu dan antara kampung tercantik pernah dikunjungi. 2.Pantai 5: Pantai Merchang Angin Berbisik – Sebuah pantai lama yang dibuka semula, jujurnya saya dapat merasakan ada angin berbisik di sini semasa hendak pulang, mungkinkah ini adalah salah satu puteri Ulek Mayang yang berbisik, jangan biar diri anda diselubungi misteri… 3.Pantai 6: Pantai Kelulut – Pantai yang agak panjang dengan pemandangan Pulau Kapas dari kejauhan. 4.Paantai 7:Pantai Pulau Kekabu – Sebelum pulang semula ke airport Terengganu sempat sy singgah sebentar di sini menyaksikan blok-blok batu yang digunakan bagi menepis ombak yang kuat.
Ekstra Info:
– Sewa Sewa Kereta: RM130 kereta Viva di Airport selama 2 hari/ 34 jam. – Petrol: RM40 – Hotel: RM55 – Flight Airasia KL-Terengganu-KL:RM24 – Meals: RM40.50 – Tiket Zoo: RM5 Total :RM294