Bagai Mengembara Ke Alam Bunian, Camping Di Dusun Lata Bayu Campsite, Kedah Beri Pengalaman Baru. Kemudahan Lengkap & Terbaik!

Share

Seronok bila dapat merasai pengalaman baru setiap kali camping di tapak perkhemahan yang baru. Tentunya ia satu pengalaman yang indah untuk dikenang selain dapat berkongsi cerita kepada rakan-rakan lain yang turut meminati aktiviti yang sama.

Berpeluang camping di campsite Dusun Lata Bayu yang terletak Di Baling, Kedah memberikan satu pengalaman luar biasa buat Noorsuzaimi Noordin dan keluarga. Menyifatkan perkhemahan kali ini bagaikan mengembara ke alam lain kerana suasana dan persekitaran yang cukup menarik.

Selain itu juga campsite kepunyaan seorang bekas komando ini juga dikatakan mempunyai fasiliti antara yang terbaik dan bersih. Nak tahu apa pengalaman menarik yang dirasai oleh Noorsuzaimi Noordin pada perkhemahan keluarganya kali ini, jom ikuti perkongsian ini!

DUSUN LATA BAYU CAMPSITE, BALING KEDAH

Camping dalam dusun tapi dusun ni macam perkampungan bunian, jom baca lanjut…

Pada 14 – 15 Mei 2022 haritu, berpeluang camping di Dusun Lata Bayu Campsite, milik En Ridzuan, beliau bekas komando Paskau. Dah namanya bekas komando, confirmlah tempatnya bersih. Kenapa saya kata mcm perkampungan bunian? Sebab sini bagi saya lengkap ada unsur flora dan faunanya.

Keliling campsite ada sungai dan lata kecil, setiap masa akan dengar bunyi riang-riang dan bunyian hutan, ditambah bunyi air sungai jernih lalu celah batu, memang tenang.

Bersama Campsite Owner

Bagi elemen floranya, campsite ni adalah dusun durian, tapi ada juga tumbuhan lain seperti pokok petai dan pelbagai tumbuhan herba dan tumbuhan kampung. Memang banyak, nak sebut semuanya memang panjang. Tumbuhan masakan pun banyak, Campsite Owner (CO) bagitahu boleh ambil saja, tapi jangan lupa bismillah dan selawat dahulu sebelum ambil, tapi kenapa? Sebab nanti bunian marah.. hahahaha.. gurau ja.. sebab nak dapat pahala la, pahala mudah..

Elemen faunanya pula, di sini kita boleh tengok tupai nandong liar (cuba google), saiznya sebesar kucing. CO juga ada bela arnab yang memang dilepaskan saja sekitar campsite setiap masa (tgk video di link youtube), jangan terkejut kalau arnab tu tibatiba mai tegur kita dengan hidung lembab bergoyang-goyang.. selain arnab, ada juga burung serindit dan kolam ikan tilapia merah.

Masih dalam Mood raya, pasang lampu lip lap

Kalau waktu hujan malam (ketika saya disana hujan dari jam 5pg – 7pg), paginya kita akan dapat tengok rama-rama atau semacam kelkatu (sy pun tak pasti apa) tapi macam fairy yang terbang dari tanah ke udara secara kawanan yang banyak. Ralit tengok fairy tu sampai breakfast tak buat.

Disini jugak kita boleh trekking ke air terjun lata bayu, tak sampai 5 minit dah sampai ke air terjun. Waktu trekking ni la kita akan feel macam baru keluar dari dunia lain, nak rasa macam mana? Booking cepat campsite ni 013-4419723. Harga tapak RM30 – RM50 untuk satu malam. Ada 8 atau 9 tapak sahaja.

fasiliti yang ada

Kalau tiada booking, CO akan bagi kita checkout lewat, kami checkout jam 4ptg, puasss!!!.. Anak-anak bagitahu seronok! Sebab macam-macam ada.. diaorg ajak datang lagi dan memang kami akan datang lagi.

Terima kasih CO atas layanan baik, dia memang akan kerap ronda campsite tanya perlu apa-apa tak, kadang-kadang saja mai sembang. Sembang macam-macam topik, cerita hantu, cerita tentang pokok durian, macam-macam cerita. CO juga ada jual air minuman seperti milo dan ais batu.

toilet bersih

Sedikit ringkasan review :

Toilet bersih ada 4 pintu 5

BBQ Pit

Sinki

Tempat ambik wuduk

Parking berdekatan khemah

Plugpoint disetiap tapak

Sungai bersih

Surau/wakaf

Tapak campsite bersih

keselamatan

Kebun durian

Coverage agak slow utk maxis, celcom digi ok

Campercar / Campervan tak begitu sesuai

Dengan care taker campsite

Nak booking boleh contact Abg Ridzuan 013-4419723

Google maps https://goo.gl/…/Dusun+Lata+Bayu+Campsites+Baling,+Kedah

FB Page : Dusun Lata Bayu Campsite

Jom tengok campsite review : https://youtu.be/L2HQzr7QwJk

Overall : https://youtu.be/FyHiCGw0BO8

Penat (X)

exersais (V)

berpeluh (V)

serik (X)

Jumpa lagi next camping

Kredit: Noorsuzaimi Noordin

 

Oleh
SAHR