Bagai Berada Di Dunia Fantasi! Sementra Nature Resort Janjikan Ketenangan

Share

Ramai suka bercuti namun setiap orang punya pandangan berbeza mengenai konsep percutian yang dipilih. Ada tak kisah dengan suasana hiruk pikuk, ada mahu bercuti di pantai, mendaki gunung dan lain-lain lagi. Tapi matlamatnya sama, iaitu bercuti.

Bagi yang masih mencari percutian yang mendamaikan, bolehlah buat pilihan ke Sementra Nature Resort yang terletak di Gopeng, Perak.

Terletak di Kampung Ulu Geroh, Ipoh, resort ini menawarkan kedamaian alam semulajadi saat menginap di sini. Malah saat berada di sini, bagaikan berada di alam fantasi kerana pemandangannya sangat indah kerana resort ini terletak di dalam hutan hujan Gopeng serta dikelilingi tasik. Tidak hanya kaya dengan fauna dan floranya, ia juga tempat istirehat bagi yang tidak terkejar-kejar dengan masa.






Menawarkan tiga jenis penginapan Larva, Puupa Semi D Chalet dan Mekar, resort ini menawarkan tiga jenis penginapan berbeza, juga dengan harga berbeza bermula dari RM380 ke atas. Malah reka bentuk setiap penginapan juga amat moden dan minimalis.

Yang ingin datang bercuti dalam jumlah tidak ramai, boleh ambil Larva Chalet yang memberikan pemandangan tasik. Tapi kalau datang beramai-ramai atau keluarga, boleh ambil Puupa Chalet yang mempunyai tiga katil. Namun kalau datang dalam jumlah besar, boleh ambil Mekar Chalet.












Apa boleh buat di sini? Aktiviti yang boleh dibuat termasuklah hiking selain menerokan Gua Tempurung. Bukan itu saja yang suka aktiviti lasak boleh lakukan water rafting selain Waterfall Abseiling. Lebih menarik Rama-Rama Gajah Brooke memenuhi resort ini yang menjadi antara tarikan saat bercuti di sini.

Oleh
almaswa Haji Che Ros