Backpackers Trip 3 Negara, Switzerland-Italy-Germany, All In RM6.5K Je. Teruja Tengok View Cantik Sampai Tak Nak Balik!

Share

Keindahan pemandangan yang terdapat di Switzerland memang tak dapat disangkal lagi. Lagi menarik bila dapat singgah ke negara lain seperti Italy dan German yang tak kurang hebat pemandangannya.

Berkesempatan melawat ke tiga negara ini, Kamarudin Dan Asmah berkongsi kos backpacker mereka kali ini hanya melibatkan kos sebanyak RM6,500 sahaja. Uniknya kali ini mereka memilih untuk tinggal di fasiliti yang biasa sahaja seperti tidur atas sekam padi, tidur di rumah zaman batu dan sebagainya.

Kamarudin dan Asmah juga turut berkongsi tips bagaimana nak jimat bila berada di Switzerland. Ikuti perkongsian pasangan ini menerusi Facebook Backpackers Buddies Malaysia

Cover Switzerland, Italy & Germany hanya RM6,500

Backpacker cover SWITZERLAND,ITALY & GERMANY RM6,500 all in sekali flight ticket

Tempat tinggal kami pilih yang unik-unik, tidur atas sekam padi, tidur kat rumah zaman batu. Memang rumah lama ngeri pun ada, view memang superb rasa tak nak balik dari Switzerland kami stay kat Grindlewald village 2 hari memang sangat nyaman.

Kami naik train BERNINA EXPRESS ke Italy dan patah balik. Bernina ni mesti kena naik bila pergi musim panas, sangat puas hati tengok view dari scenic train. Scenic train ni special tingkap dia besar dan dinding train tu cermin korang boleh tengok view luar dengan jelas.

Balik dari Bernina kami drive masuk Italy. Pastikan masa sewa kereta declare korang akan drive keluar negara lain dan ambil yang unlimited mileage. Tak lupa jugak ambil towing assist. Italy kami stay kat Milan dan kami ke VENICE keesokan hari. Venice best jugak tapi ala-ala bandar dalam air.

Dari Italy kami travel masuk Switzerland balik dan kami singgah German masa kami pergi Rheinfall ..

TIPS JIMAT DI SWITZERLAND

1-Masak sendiri (korang pun mesti tahu kan)

2-Book bilik air bnb

3- Untuk tempat menarik nak tengok puncak gunung pilih salah satu je sebab kos mahal nak naik contoh Jungfraujoch/titlis/rigi/pilatus/eiger

4-Pastikan beli Swiss Pass

5-Nak naik Bernina Express pastikan book dari Malaysia lagi

6-Semua jenis pass beli dari Malaysia lagi

Pendek kata plan and book your trip..jangan bidang terjun nanti kos pun akan terjun menjunam.

Kredit: Kamarudin Dan Asmah via Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

 

Oleh
SAHR