Gambar seorang lelaki warga asing yang memegang potongan kotak yang tertulis “I can’t go home and have no money. I need a food (Saya tidak boleh pulang dan tiada duit (saya lapar) di hadapan sebuah restoran segera di Temerloh tular.
Gambar berkenaan dimuatnaik di Facebook oleh seorang pemilik akaun media sosial lalu menarik perhatian netizen.
Ads
Warga asing tersebut merupakan seorang pelancong dari Rusia telah diselamatkan oleh polis Temerloh selepas dia ditemukan berkeliaran dan berlegar-legar di hadapan premis pasaraya sambil mengadu memerlukan makanan.
Lelaki berusia 42 tahun itu yang berasal dari Moscow, merupakan seorang backpackers yang datang ke negara ini dengan tujuan melancong. Siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah memasuki negara ini melalui sempadan Thailand-Malaysia (Bukit Kayu Hitam) pada 17 Mac 2020 lalu. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu, dia berada di Kuantan.
Ads
Dia kemudian berusaha untuk pulang ke Rusia namun tiket penerbangannya dibatalkan dan telah gagal menghubungi dua rakannya. Dia kemudian dipercayai menumpang sebuah lori, dan kemudiannya telah diturunkan di Temerloh oleh sebuah lori yang sedang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.
Pelancong tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Lalang untuk menjalani saringan kesihatan berhubung koronavirus (Covid-19) dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Temerloh untuk tindakan lanjut.
Ads
Pihak kedutaan Rusia telah dihubungi dan kini pihak polis sedang berusaha menguruskan penghantaran lelaki itu kepada pihak kedutaan di Kuala Lumpur sebelum dihantar pulang ke negara asal.
Mendaki adalah aktiviti yang sangat menyeronokkan sekiranya dilakukan dengan betul dan berdisiplin. Disiplin yang dimaksudkan, tidak kira mendaki bukit atau gunung, sekiranya kita kerap melakukan latihan dan menjaga kesihatan mental dan fizikal, pasti kita akan dapat menghayati keindahan alam yang cantik tanpa menjejaskan diri sendiri dan orang lain.
Sekiranya tidak ada disiplin dalam latihan dan membuat persiapan yang betul untuk mendaki, di sini titik mula timbulnya masalah yang akhirnya akan menyusahkan – baik menyusahkan diri sendiri dan orang yang berada di sekeliling kita.
Masalah yang biasa adalah kecederaan fizikal dan membawa kepada mental ‘koyak’, ‘pewai’ dan sebagainya.
Apabila mental sudah mula ‘koyak’, ‘pewai’ dan sebagainya, di sini akan timbul satu lagi masalah baru iaitu perangai ‘pelik-pelik’ oleh si pendaki tersebut. Kadangkala masalah perubahan perangai dan tingkah laku si pendaki itu membuatkan ramai pihak yang terjejas termasuklah pihak berkuasa dan barisan sukarelawan untuk menggerakkan operasi mencari dan menyelamat.
Seorang pendaki yang kerap menjadi sukarelawan untuk operasi mencari dan menyelamat di dalam hutan bernama Jiwakacau Yut membuat satu hantaran di Facebook, menyatakan kekecewaan beliau apabila ada sesetengah pendaki yang salah guna talian kecemasan sewaktu mendaki gunung.
Beliau menyatakan baru-baru ada pendaki yang membuat panggilan kecemasan dan mendakwa tiga rakan sependakian mereka mengalami masalah sesak nafas, kejang otot di seluruh badan dan muntah-muntah. Namun, selepas pihak penyelamat datang dengan membawa segala kelengkapan menyelamat termasuk tong oksigen, segala kelengkapan yang dibawa untuk misi menyelamat tidak digunakan kerana ketiga-tiga mangsa dalam keadaan stabil.
Malah, lebih membangkitkan kekecewaan apabila mangsa enggan untuk dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan apabila ambulan sampai ke lokasi kejadian!
Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, tetapi turut menyusahkan orang lain yang datang membantu untuk misi mencari dan menyelamat.
Tahukah anda berapa kos yang terpaksa dibelanjakan untuk satu-satu misi mencari dan menyelamat di dalam hutan? Berapa banyak masa yang terpaksa digunakan untuk tujuan itu dan berapa ramai tenaga kerja manusia yang terpaksa dikerahkan untuk membantu sesiapa sahaja yang sedang dalam kesusahan di hutan?
Saya yakin, semua kos tersebut tidak menjadi masalah kepada petugas-petugas dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat asalkan mereka dapat turun membantu dan mangsa dapat dikeluarkan dalam keadaan selamat.
Tapi sekiranya berlaku kejadian seperti di atas? Bagaimana perasaan petugas-petugas dan sukarelawan yang terlibat dalam misi tersebut? Sudahlah anda sebenarnya tidak berapa perlu bantuan kecemasan, malah enggan untuk ke hospital apabila ambulan sudah tiba di lokasi.
Jiwakacau Yut juga sempat menyatakan dalam hantaran Facebook beliau kepada para pendaki dan penggiat rekreasi luar agar pastikan rakan-rakan sependakian anda benar-benar memerlukan bantuan sebelum membuat apa-apa panggilan kecemasan. Dapatkan juga jurupandu yang mahir kerana mereka lebih berpengalaman untuk menilai situasi sama ada memerlukan bantuan kecemasan dari penyelamat ataupun tidak.
Pastikan juga anda berada dalam keadaan sihat dan cergas kerana kecederaan yang dialami seperti kes di atas adalah disebabkan kurang latihan, kurang makan dan kurang tidur. Jiwakacau Yut sempat menambah supaya jangan paksa diri untuk jadi hebat seperti orang lain.
Pastikan anda mempunyai latihan yang cukup sebelum ingin melakukan aktiviti mendaki!
Sweden negara kelima terbesar yang ada di Eropah. Meskipun negaranya besar, namun Sweden mempunyai penduduk yang tidak ramai. Ia cukup terkenal dengan bentuk muka bumi yang kaya dengan hutan dan bergunung-ganang yang masih terpelihara.
Dapat bercuti ke sini dan saksikan sendiri keindahan yang ada di negara Sweden pastinya antara wishlist setiap traveler. Tapi sebelum korang ke sini, Detektif Kembara senaraikan supaya korang lebih bersedia sebelum menjejakkan kaki ke Sweden!
Tips travel DIY Sweden
Nak mengembara di Sweden perlukan masa yang agak lama. Sekurang-kurangnya 8-10 malam. Sweden merupakan negara ke-5 terbesar di Eropah. Lebih besar daripada Norway dan Jerman.
Sweden lebih daripada sekadar Stockholm, Gothenburg atau Malmo. Lebih 15% daripada negara Sweden terletak di atas lingkungan artik circle. Maknanya peluang untuk merasai Aurora sangat tinggi.
Matawang Sweden adalah Swedish Krona. Tak perlu bawa cash bila travel di sini. Hampir semuanya cashless.
Jangan lupa ke Tasik Vattern, tasik ke-3 terbesar di Eropah. Pelbagai aktiviti boleh dibuat di sini.
Pengangkutan awam amat mudah kalau ke bandar-bandar besar seperti Stockholm, Gothenburg atau Malmo. Gunakan pas harian berbanding tiket sehala. Kalau bercadang nak mengembara ke kawasan lain lebih praktikal sewa kereta.
Kos barang di sini amat mahal seperti negara lain di Scandinavia. Lebih baik bawa makanan daripada Malaysia. Kalau nak beli barang keperluan boleh ke Willy’s, ICA and Lidl. Selalunya Willy’s yang paling murah.
Orang Sweden bersantai minum kopi atau teh dinamakan “fika”. Ianya sama seperti budaya “teatime” di England. Makanan kegemaran adalah pastri cinnamon.
Cuba ke kawasan Lapland dan duduk di Icehotel. Pengalaman sekali seumur hidup. Waktu paling sesuai bulan Disember-Mac.
Sweden ada lebih daripada 20 ribu Archipelago. Cuba ambil 1 tour ke salah satu archipelago yang ada seperti Stockholm Archipelago.
Peminat aktiviti musim sejuk seperti ski boleh ke Åre, Sälen, Vemdalen, atau Branäs.
Stesen keretapi di bandar Stockholm amat meriah dihiasi dengan pelbagai warna dan tema. Jangan lupa berswafoto di sini.
Peminat istana boleh ke Drottningholm Palace yang merupakan kediaman rasmi raja dan hanya dibuka semasa hujung minggu atau upacara keraian.
Kebanyakan taman negara di Sweden adalah percuma. Antara yang terkenal adalah Abisko, Tyresta dan Sarek.
Kebanyakan rakyat Sweden boleh berbahasa Inggeris dan sekiranya bertanya mereka mesra pelanggan.
Aktiviti wild camping dibenarkan di Sweden. Cuma hormatilah tanah persendirian dan buang sampah hanya ditempat yang dibenarkan.
Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu berkuatkuasa serta-merta bagi mengekang penularan Novel Koronavirus ke negeri Sarawak.
Perkara terkini itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Opengu. Keputusan dibuat selepas perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
**media[136567]**
"Penyakit tidak hanya di Hubei, sekarang telah merebak di tempat lain di negara China. Bermakna kita terpaksa membuat keputusan seperti tempat lain untuk tidak membenarkan mereka untuk datang ke Sarawak ketika ini," jelas Abang Johari.
Untuk rekod sebanyak lapan kes disyaki Koronavirus dikesan di Sarawak, namun enam daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih tunggu laporan ujian makmal.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...