Etihad 777 flight

Apa jua yang anda lakukan hari ini haruslah berwaspada dan selalu semak kebenarannya.

Setiap kali tiba musim perayaan atau cuti panjang, ramai yang mengambil peluang untuk bercuti atau pulang ke kampung halaman. Ketika itu jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam harga tambang yang dikenakan agak tinggi berbanding kebiasaannya.

Ads

Waktu itu akan ada golongan tidak bertangungjawab mengambil kesempatan terhadap individu yang tersesak atau sangat memerlukan tiket tersebut dengan menjual tiket yang tidak sah.

Ads

Selalu kita dengar mengenai penjualan tiket haram untuk kemudahan pengangkutan seperti bas persiaran dan keretapi saja bukan? Kali ini penjualan tiket untuk penerbangan juga ada yang menjual kepada orang ramai secara tidak sah.

Ads

Malindo Air memberi amaran bahawa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan nama syarikat penerbangan dan Pengarah Strategi Kumpulan itu, Datuk Chandran Rama Muthy, untuk mendapatkan wang dengan menjual tiket penerbangan secara tidak sah.
Awas! Tiket Malindo Air Dijual Secara Haram

Awas! Tiket Malindo Air Dijual Secara Haram

Awas! Tiket Malindo Air Dijual Secara Haram

  • Malindo telah menerima banyak aduan daripada penumpang bahawa individu berkenaan telah mengutip pembayaran dan melarikan diri. Menurut Malindo Air, tiada individu yang dilantik untuk menjual tiket penerbangan bagi pihak syarikat penerbangan berkenaan.
  • Syarikat itu menasihatkan semua penumpang supaya membeli tiket penerbangan masing-masing melalui www.malindoair.com atau lapangan terbang dan pejabat tiket bandar yang dikendalikan oleh Malindo Air atau mengunjungi ejen perjalanan yang sah. Penumpang boleh menghubungi 03-7841 5388 untuk maklumat lanjut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI