rare dino

Lain macam unik ya spesies dinosaur yang dijumpai ini. Bayangkan, haiwan pra sejarah yang semua orang tahu bersaiz besar namun uniknya tidak mempunyai gigi.

Pencarian fosil di Australia baru-baru ini telah menemukan tulang kecil spesies haiwan pra-sejarah yang jarang dijumpai. Fosil yang digali oleh penggali sukarela itu dikenal pasti sebagai “Elaphrosaur” iaitu dinosaur tanpa gigi yang hidup di negara itu 110 juta tahun yang lalu, lapor BBC. Elaphrosaur, yang membawa maksud “biawak yang tangkas”, dipercayai spesies yang ada kaitan dengan Tyrannosaurus Rex (T-Rex) dan Velociraptor.

Australia Jumpa Fosil ‘Rare’ Spesies Dinosaur Hidup Tanpa Gigi Di Cape Otway

Fosil sepanjang dua inci itu dijumpai semasa penggalian berhampiran Cape Otway di Victoria pada tahun 2015. Ia adalah tulang Elaphrosaur pertama yang ditemukan di Australia.

Ads

Fosil itu dijumpai sukarelawan Jessica Parker yang mengambil bahagian dalam penggalian tahunan anjuran Muzium Melbourne. Pada waktu itu, ia dianggap berasal dari reptilia terbang yang disebut pterosaur. Tetapi ketika ahli paleontologi di Swinburne University di Melbourne mengkajinya, mereka menyedari ia daripada dinosaur yang unik.

Australia Jumpa Fosil ‘Rare’ Spesies Dinosaur Hidup Tanpa Gigi Di Cape Otway Australia Jumpa Fosil ‘Rare’ Spesies Dinosaur Hidup Tanpa Gigi Di Cape Otway

Ads

Elaphrosaur mempunyai leher yang panjang, lengan yang kuat dengan tangan kecil serta badan yang agak ringan. Fosil menunjukkan haiwan itu mempunyai panjang sekitar dua meter. Bagaimanapun, fosil lain yang sebelum ini terdapat di Tanzania, China dan Argentina menunjukkan bahawa ia boleh mencapai panjang sehingga enam meter.

“Elaphrosaur dewasa mungkin tidak makan banyak daging. Ketika dinosaur pupus, sifatnya agak pelik. Beberapa tengkorak Elaphrosaur yang diketahui menunjukkan spesies muda mempunyai gigi, tetapi yang dewasa kehilangan gigi dan menggantinya dengan paruh bebentuk tanduk. Kami tidak tahu apakah ini benar untuk Elaphrosaur atau sebaliknya, tetapi kita mungkin mengetahuinya jika kita menemui tengkoraknya,” kata Dr Stephen Poropat.

Ads

Australia Jumpa Fosil ‘Rare’ Spesies Dinosaur Hidup Tanpa Gigi Di Cape Otway Australia Jumpa Fosil ‘Rare’ Spesies Dinosaur Hidup Tanpa Gigi Di Cape Otway Australia Jumpa Fosil ‘Rare’ Spesies Dinosaur Hidup Tanpa Gigi Di Cape Otway

Fosil ‘rare’ itu ditemui di Cape Otway iaitu merupakan kawasan fosil sering dijumpai. Pelbagai fosil haiwan dan lima spesies dinosaur telah dikenal pasti di lokasi berkenaan, lapor ABC News. Antara yang ditemukan termasuk fosil dinosaur pemakan tumbuhan yang dijumpai pada tahun 2018.

Sumber: bbc.com | astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI