Asteroid Diramal Hentam Bumi 9 September 2019 Ini

Share

Ini bukan tajuk untuk filem terbaru di hollywood tau. Ramalan ini telah didedahkan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) bahawa sebuah asteroid sepanjang 40 meter dijangka menghentam bumi pada 9 September ini.

Kajian ESA memberitahu, Asteroid 2006 QV89 itu akan berada pada jarak 6.7 juta kilometer (km) dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.

Menurut saintis di ESA, kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.

Namun, peratus itu mungkin meningkat jika tiada langkah diambil bagi mengelak perkara ini daripada berlaku.

“Ia tidak mustahil berlaku. Ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.

Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.

Letupan bersamaan 30 bom atom Hiroshima pada Perang Dunia Kedua itu merupakan yang terbesar di abad ini, mengatasi insiden letupan meteor di Tunguska pada 1908 yang memusnahkan ratusan batu persegi kawasan hutan di negara timur Rusia.

Baru-baru ini, NASA melakukan satu simulasi mengerikan untuk melihat bagaimana ia dapat mengelak asteroid daripada melanggar bumi.

Sumber: Astro Awani

Oleh
Husna