Ini bukan tajuk untuk filem terbaru di hollywood tau. Ramalan ini telah didedahkan oleh Agensi Angkasa Eropah (ESA) bahawa sebuah asteroid sepanjang 40 meter dijangka menghentam bumi pada 9 September ini.
Kajian ESA memberitahu, Asteroid 2006 QV89 itu akan berada pada jarak 6.7 juta kilometer (km) dari bumi berbanding 384,400 km jarak bulan dari bumi.
Menurut saintis di ESA, kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.
Namun, peratus itu mungkin meningkat jika tiada langkah diambil bagi mengelak perkara ini daripada berlaku.
“Ia tidak mustahil berlaku. Ia pernah berlaku dan bencana seperti ini terjadi sekali setiap 60 tahun,” kata Pentadbir Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Jim Bridenstine.
Jika ia berlaku, impak hentaman itu dijangka lebih dahsyat daripada letupan meteor pada Februari 2013 di Chelyabinsk, Rusia.
Letupan bersamaan 30 bom atom Hiroshima pada Perang Dunia Kedua itu merupakan yang terbesar di abad ini, mengatasi insiden letupan meteor di Tunguska pada 1908 yang memusnahkan ratusan batu persegi kawasan hutan di negara timur Rusia.
Baru-baru ini, NASA melakukan satu simulasi mengerikan untuk melihat bagaimana ia dapat mengelak asteroid daripada melanggar bumi.
Sumber: Astro Awani
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Ustaz Ebit Lew. Individu Pertama Masuk Gaza & Lawat Kawasan Perang Di Palestin!
Siapa yang tidak kenal pendakwah bebas popular Ustaz Ebit Lew. Baru-baru ini kita semua maklum beliau berada di Mesir kerana Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
Namun viral sebelum itu apabila beliau dikatakan hilang kerana tidak muat naik status terbaru dan menimbulkan kebimbangan pengikutnya.
Dan selepas hampir sebulan terkandas di Kaherah, Mesir, akhirnya Ebit Lew serta pasukannya dilaporkan berjaya memasuki Gaza, Palestin untuk meneruskan misi kemanusian bagi menyalurkan bantuan kepada rakyat di negara itu.
Berada di sana memberi peluang kepada Ustaz Ebit Lew menjengah kawasan yang menjadi mangsa perang baru-baru ini.
Menurutnya dia rasa sebak apabila ke tempat-tempat yang dibom di Gaza Palestin. Setiap hari ada tembakan dan ancaman bom malah penduduk di sana seolah-olah berada di penjara terbesar dalam dunia.
Ada pantai berdekatan untuk pergi berehat dan boleh pergi memancing tetapi tidak boleh lebih daripada 6 batu. Jika lebih akan ada amaran bom.
Sebak sayu ke tempat-tempat yang dibom di Gaza Palestin. Kadang orang yang sama cuba bina kehidupan tapi di bom. Sampai 3 kali bina dan hancur kembali.. Mula hilang seorang demi seorang ahli keluarga.
Bangun setiap hari fikir mungkin bom tiba-tiba jatuh atas mereka. Setiap hari ada tembakan,ancaman dan bom. Kami cuba bantu beberapa keluarga di sini. Semoga Allah terima semuanya.
Gambar kereta tu. Roket datang dan tuju sebuah rumah. Satu keluarga sedang berehat makan waktu petang. Semuanya syahid dibom. Ya Allah. Kereta tu terbang dari sebelah sana. Begitulah keadaan mereka.
Allahuakbar. Penjara terbesar dalam dunia. Mereka tidak boleh kemana-mana. Kadang order sesuatu sampai 2 tahun baru lulus kemasukannya. 6bulan tu biasa. Ada pantai tempat mereka berehat.
Boleh memancing tapi sekitar 6 batu sahaja. Jika lebih akan diberi amaran bom. Semalam jer 4 kali bunyi bom. Kita mula rasa sedikit 2 tahun ini bila covid melanda kita semua. Semoga Allah beri kekuatan pada kita melalui covid 19. Allah angkat covid. Semoga Allah beri kekuatan pada mereka semua.
Sebelum itu Ustaz Ebit Lew menerusi satu perkongsian di media sosial miliknya apabila dapat memasuki Gaza Palestin.
Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.
Mesir sendiri telah banyak memberi bantuan dan mengetuai dalam membangunkan Gaza. Ada lebih 30 Ngo seluruh dunia sedang memohon. Sebahagian ada di Mesir. Doakan mereka semua dimudahkan Allah supaya lebih ramai dapat dibantu.
Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus.
Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit ,betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra. Terima kasih Dato Idamoerni dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.
Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.
Terima kasih Palestin Palestine Red Crescent society الهلال الاحمر الفلسطيني . Terima kasih Malaysian Red Crescent . Terima kasih Kerajaan Mesir yang membantu segala urusan dan menjaga keselamatan kami sepanjang perjalanan.
Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri. Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.
Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.
Semoga misi kemanusiaan ini dapat disempurnakan sebaiknya oleh Ustaz Ebit Lew yang memang jadi hero kesayangan kita semua.
Ternyata sedang kita semua tidak boleh merentas negeri, Tuhan memberi rezeki padanya untuk memasuki kawasan yang bergolak sebelum itu. Ayuh kita doakan keselamatan UEL dan team dalam menjayakan misi ini.
Kredit Foto: FB Ustaz Ebit Lew
Artikel Berkaitan:
Sehari Di Daerah Sabak Bernama, Ini Itinerari Menarik Boleh Anda Lakukan
Bertukar Jadi ‘Ghost Town’ Tanpa Pelancong. Lelaki Kongsi Situasi Terkini Pantai Cenang, Langkawi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Ikan Celup Tepung, Layan Pantai Cantik, Ini 10 Tarikan yang Boleh Korang Explore Di Setiu, Terengganu!
Terengganu cukup terkenal dengan keindahan pesisiran pantai yang cantik dan indah. Memang best dapat berkunjung ke sana, selain menikmati keindahan pantai pasir putih yang indah dan makan pelbagai makanan sedap, ada banyak lagi tarikan lain yang boleh anda nikmati.
Kalau ke Setiu, ini antara 10 tarikan yang disenaraikan oleh Hang Dhamin yang sempat diterjah sepanjang trip tiga hari dua malam. Jom check it out!
10 TARIKAN DI SETIU WETLANDS TERENGGANU
Disini aku list down tarikan yang sempat diterjah untuk trip 3 Hari 2 Malam ini.
DESTINASI 1
TERRAPURI HERITAGE VILLAGE
Kami menginap disini. Penginapan yang menerapkan Konsep yang cukup unik iaitu konsep traditional lama. Setiap detail pembuatan ada cerita unik tersendiri. Mendengar sendiri Pemilik resort itu bercerita membuatkan kami kagum dengan niat murni untuk mengekalkan khazanah dan tradisi lama di zaman moden ini. One in a lifetime experience. Kena cuba.
DESTINASI 2
PANTAI/KAMPUNG MANGKUK
Kampung ini lah terletaknya Terrapuri. Kawasan sini dan pantainya diliputi pokok Kelapa yang merimbun dan pantai yang sangat bersih. Instaworthy sangat
DESTINASI 3
RUMAH BOTOL
Sejak 2005 Pemilik rumah botol Tengku Mohd Ali telah mengumpul botol botol di persisiran pantai . Bermula dari rasa untuk menjaga kebersihan pantai sehingga menjadi Hobi untuk mengumpul botol – botol yang ada. Yang menariknya pelbagai jenis botol dari pelbagai negara yang hanyut ke pantai terdapat dalam lokasi beliau.
DESTINASI 4
PANTAI PENARIK – RHU SEPULUH
Selain Pantai Mangkuk pantai penarik juga tak tergambar cantiknya. Dipersekitaran pantai ini terdapat pelbagai jenis restoran celup tepung yang korang boleh cuba mengikut selera masing – masing
DESTINASI 5
RIVER BOAT AT LAGUNA SETIU
Inginkan kelainan, korang boleh cuba menyusuri laguna setiu dan korang boleh pergi melihat Kawasan – Kawasan seperti dibawah ini.
MELIHAT BUAH SARANG SEMUT
MELIHAT BERUS MATA BUAYA
CLAM DIGGING (KEPAH)
SANGKAR IKAN (OYSTER,FISHING)
DESTINASI 6
SETIU BOARDWALK
Korang boleh datang kesini dan menyusuri Boardwalk Setiu sepanjang 500 meter menuju ke sungai. Sepanjang lalu akan dihidangkan keindahan paya bakau yang terjaga kebersihannya. Di hujungnya ada Kawasan rehat yang dilengkapi meja. Boleh makan – makan disitu.
DESTINASI 7
IKAN CELOP TEPONG (ICT) at MR CELUP TEPUNG STATION
Berkesempatan merasai sendiri ICT di sini yang terletak di Pantai Penarik. Disini boleh mencuba pelbagai masakan celup tepung termasuk ikan,sotong,ketam dan juga Udang Viral. Boleh juga mencuba sata dan nasi Air yang bapak sedap rasa die. I like. Keropok lekor dan ABC Aiskrim pun ada. Bestnya ianya terletak di tepi pantai dan ada meja2 ditepi pantai. View cantik .
DESTINASI 8
SETIU WETLANDS SAVANNAH -PENGKALAN GELAP SETIU
Teringin nak bergamba ala – ala di Afrika? Korang boleh kesini kerana landskap dan rumputnya seaakan – akan berada di Afrika. Ianya terletak ditepi jalan besar dari Penarik ke Kuala besut. Boleh singgah ke Bazaar hasil laut dan Kraf Pengkalan Gelap sekali. Hasil kraf bermula dari RM 5 – Rm 10 sahaja. Memang murah.
DESTINASI 9
PEMBUATAN BOAT TRADITIONAL – PANTAI TELAGA PAPAN SETIU
Kalau korang berminat untuk melihat bagaimana boat2 besar di Setiu dibuat. Korang boleh melawat Kawasan ni.
DESTINASI 10
KAMPUNG FIKRI
Suasana kampung nelayan yang sangat Ohsem. Rasa macam Remy
Ishak dalam filem pulang hahaha
So apa tunggu lagi. Boleh dah start Road To Setiu.
Kredit: Hang Dhamin
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teluk Cempedak Sesak Teruk. Jumlah Pengunjung Ke Pantai Peranginan Ini Bakal Di Hadkan
Pada kebiasaannya pada cuti hujung minggu, suasana meriah dapat dilihat di sekitar pantai Teluk Chempedak, Kuantan Pahang. Pantai peranginan itu tidak pernah sunyi dengan kunjungan ramai.
Jika anda pengunjung luar, dan berada di Kuantan tidak lengkap jika tidak singgah ke Teluk Cempedak yang menjadi antara destinasi pantai pelancongan dan kawasan riadah paling popular di Pahang. Nama Teluk Cempedak atau jolokannya TC dalam kalangan penduduk tempatan cukup dikenali kerana menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan sama ada sendirian atau bersama keluarga seperti berkelah, mandi laut, memancing, bermain layang-layang, bola pantai, bersantai di kafe atau sekadar bersiar-siar di pantainya sambil menghirup bayu laut.
Namun disebabkan pandemik COVID-19, polis akan mengemukakan cadangan supaya kemasukan pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak di sini, dihadkan terutamanya pada hujung minggu bagi memastikan aspek penjarakan fizikal dapat dipatuhi. Cadangan itu difikirkan perlu dilakukan, ekoran tinjauan polis mendapati jumlah pengunjung di situ terlalu ramai ketika cuti perayaan AidilAdha lalu sehingga berlaku kesesakan di laluan masuk ke pantai itu.
Walaupun sesak, pengunjung masih berterusan mahu masuk ke pantai peranginan ini menyebabkan polis terpaksa mengarahkan mereka membuat pusingan-u kerana ini melibatkan aspek keselamatan. Jumlah yang terlalu ramai menyukarkan pengunjung mengamalkan penjarakan fizikal. Orang ramai diharapa dapat memahami tindakan itu demi mengekang penularan wabak COVID-19.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI