
Laporan terbaru menyatakan Singapura, Tokyo, dan Osaka merupakan tiga bandar paling selamat di Asia. Malaysia di tangga ke-9.
Di rantau Asia Tenggara, Malaysia nombor dua di belakang Singapura; yang juga bandar paling selamat di Asia.
Kajian oleh The Safe Cities Index 2017 (dihasilkan The Economist Intelligence Unit) meletakkan 60 bandar utama, melihat setiap aspek dari kadar jenayah hingga ke kualiti perubatan.
Bandar Asia paling selamat:
Singapura
New Zealand
Australia
Bhutan
Jepun
Taiwan
Korea Selatan
Azerbaijan
Malaysia
Tajikistan
Mongolia
Kazakhastan
*Bandar lain di Aisa kurang dari point 5.5…
sumber: http://www.telegraph.co.uk/travel/news/safest-cities-2017-economist/
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tempat Holiday Ni Rare Weyhhh.. Kalau Korang Pergi Memang Power La!

Lupakan pulau mahupun pantai yang menjanjikan pasir putih dan pelbagai aktiviti sukan air yang menyeronokkan. Lokasi-lokasi seperti itu sudah terlalu biasa. Jadi, buat anda yang tercari-cari lokasi lain daripada yang lain, Libur mengajak anda menikmati suasana baru yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan dan membuatkan anda berkata kepada kawan anda, ‘ada berani?’
Yunessun Spa Resort, Jepun
Bersedialah untuk basah dan ‘gila-gila’ di taman air Yunessun Spa Resort ini. Menariknya, basah yang dialami bukan sekadar mandi biasa tetapi anda boleh mandi bersama air minuman kegemaran. Ya, air minuman. Anda boleh mandi dengan air teh hijau, kopi, anggur atau apa saja. Apabila berada di sana, ingatkan pada bukan ‘dont drink and drive’ tapi ‘please drink and dive!”


Bubblegum Alley, California
Meskipun sejarah dinding ini tidak diketahui, namun gula-gula getah tersebut mula ada sejak tahun 70an. Ramai penduduk mahu pihak berkuasa membersihkan dinding tersebut kerana memberi bau yang kurang selesa dan kelihatan kotor. Namun pelancong seluruh dunia tetap tertarik akan dinding yang melekit dan berwarna-warni gula getah ini. Jadi tunggu apa lagi? Kita juga berpeluang menampal gula-gula getah di dinding sepanjang 21 meter ini.
Inveraray Jail, Scotland
Mahu meluangkan masa di penjara tanpa melakukan kesalahan? Inilah tempatnya. Dengan bantuan pakaian berkarakter, anda boleh merasai sendiri realiti kehidupan banduan di dalam penjara. Anda juga berpeluang melihat peralatan-peralatan dan teknik-teknik yang pernah digunakan oleh pengawal dan banduan ketika itu.
Isla de Las Munecas, Mexico
Lokasi yang menyeramkan ini mungkin akan membuatkan anda berjalan sambil menundukkan kepala. Las Munecas atau lebih dikenali sebagai pulau yang penuh dengan patung putus anggota badan ini digantung di atas pokok dengan rupa yang menakutkan. Menurut cerita 50 tahun yang lepas, penghuni pulau tersebut menemui seorang budak kecil lemas di dalam sungai. Terganggu dengan tragedi ini, mereka mula menggantung patung-patung kononnya untuk menggembirakan kanak-kanak tersebut.
Karni Mata Temple, India
Mana-mana tempat seluruh dunia sekalipun, tikus dianggap binatang yang kotor dan boleh mendatangkan penyakit. Tetapi tidak di India. Jika anda mempunyai tahap keyakinan tinggi dan mahu ‘bermanja’ dengan tikus, lokasi ini mungkin boleh memberi pengalaman berharga. Jangan terkejut kerana hampir 200,000 tikus hidup jinak, dipelihara, dihormati dan dianggap suci di sini.
Battle of The Orange, Italy
Tidak mungkin anda berani lakukan pertarungan makanan di negara sendiri melainkan di Italy. Jika selama ini anda merasakan membaling buah oren terhadap orang yang tidak dikenali adalah menyeronokkan, tempahlah tiket setiap hujung bulan Februari ke Carnevale. Inilah masanya anda bermandi dengan kesegaran sitrus!
Bran Castle, Romania
Populariti filem ‘Vampire Diaries’ dan ‘Twilight,’ menjadikan destinasi vampire sangat popular terutamanya tatkala sambutan Halloween. Castle Bran di Romania, atau dikenali sebagai ‘Dracula Castle’ adalah istana Eropah kuno yang telah dibina sekian lamanya. Menurut laman web Muzium Istana Bran, Dracula merupakan hasil gabungan daripada legenda dan sejarah pemerintahan ‘Vlad the Impaler’s’ bersama watak fiksyen Bram Stoker iaitu Dracula pada tahun 1897. Kisah sebenar di antara legenda Dracula dan Vlad masih tidak jelas, tetapi pelancong dan penduduk tempatan terus menghidupkan cerita itu sehingga kini.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teroka Lombong Bijih Timah Menaiki Lokomotif Di Terowong Sg Lembing

Terowong Sungai Lembing yang sebelum ini ditutup sementara, kembali dibuka kepada orang awam selepas kerja penyelenggaraan selesai dilakukan.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal, berkata terowong itu antara tarikan pelancong dari dalam dan luar daerah ini, menyebabkan kerja penyelenggaraan perlu dilakukan secara berkala. Ketika proses penyelenggaraan dilakukan terowong ini sememangnya perlu ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Terowong yang mula dibuka sejak 1 Januari 2013 itu menerima kedatangan pengunjung setiap hari dan dibuka dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang. Bayaran tiket adalah RM15 untuk dewasa dan RM7.50 untuk kanak-kanak bagi pelancong tempatan, manakala pelancong asing dikenakan bayaran RM30 bagi dewasa serta RM15 untuk kanak-kanak.
Memulakan penerokaan, pengunjung akan menaiki kereta api atau lokomotif iaitu kenderaan yang mengangkut bijih timah sejauh 80m. Ia kemudian diikuti dengan berjalan kaki sambil melihat pelbagai maklumat berkenaan terowong yang disediakan pada dinding.
Terbahagi kepada dua lorong iaitu Lorong Sejuta dan Lorong Myah, terowong yang menjadi laluan utama pengunjung itu adalah terowong utama lombong Tabeto yang juga digelar ‘Tai Pei Tong’ oleh penduduk tempatan.
Pada zaman kegemilangannya, lombong Tabeto ini mencapai kedalaman maksimum 500m dan terowong yang dilalui ini digunakan untuk membawa bijih timah keluar dari lombong ke loji pengsir.
Kebanyakan bijih timah ini dihasilkan lombong yang terdalam dan terbesar di Sungai Lembing iaitu Lombong Myah. Lombong ini terletak kira-kira empat kilometer (km) ke dalam terowong ini. Terdapat 14 lombong berlainan di sini dan setiap satunya memiliki namanya tersendiri seperti lombong Willinks, Pollocks dan Gunong.
Selesai meneroka di dalam terowong, pengunjung berpeluang melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di sekitar kawasan Terowong Bijih Timah Sungai Lembing ini.
Sumber: Bharian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambut Kemeriahan Krismas Di Berjaya Times Squares Hotel Kuala Lumpur

Perayaan Krismas bakal menjelang tiba dan bagi meraikannya, Big Apple Restaurant, Berjaya Times Squares Hotel, Kuala Lumpur, bakal menghidangkan pelbagai sajian istimewa yang enak. Antara seleksi yang disediakan termasuk Christmas Eve Buffet Dinner pada 24 Disember, Christmas Hi-Tea Brunch pada 25 Disember dan New Year’s Eve Buffet Dinner pada 31 Disember 2017.
Raikan perayaan ini bersama yang tersayang dan seluruh keluarga anda dengan seleksi bufet yang disediakan oleh barisan chef yang mahir dalam penyediaan makanan.Istimewanya ,bagi memeriahkan perayaan Krismas kali ini, Pocotee & Friends diundang sebagai ikon tema Christmas Eve dan Christmas Day buffet.Selain dari itu turut diadakan hadiah bertuah untuk dimenangi buat tetamu antaranya fashion bracelets tajaan 97’s, crafted madeleine tower oleh L’ange Petit Patisserie, baucar penginapan dan makan di hotel bagi melengkapi perayaan Krismas di hotel ini.
Menurut Executive Chef hotel ini, Chef Ian Lim, terdapat lebih 200 sajian istimewa untuk dinikmati oleh tetamu antaranya Christmas Eve Dinner dan Christmas Day Hi-Tea, antaranya Whole Turkey with Cranberry Jelly, Gilbet Sauce and Potato Stuffing, Glazed Root termasuk makanan laut segar seperti half shell fresh oyster, scallop, Giant Clams, Green Lip, Bamboo Clam, Prawns, Salmon Shashimi, Tuna, Marinated Baby Octopus, Smoked Salmon with Capers. Tidak ketinggalan juga pelbagai Christmas spiced cake, Assorted Macaroons, Chocolate Fountain dan bermacam-macam lagi pilihan kek dan pastri istimewa.
The Christmas Eve Buffet Dinner – 24 Disember 2017
Bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam
RM138 nett per adult, RM48 nett per child, RM69 nett per senior citizen.
The Christmas Day Hi-Tea Brunch – 25 Disember 2017.
Bermula 12.30 hingga 4 petang
RM95 nett per adult, RM38 nett per child, RM58 nett per senior citizen.
The New Year Eve Buffet Dinner – 31 Disember 2017
Bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam.
RM148 nett per adult, RM58 nett per child, RM74 nett per senior citizen.
The Christmas Eve Set Dinner – 24 Disember 2017.
Bermula 6.30 petang hingga 10.30 malam – RM 178 nett per person.
The New Year’s Eve 5 Course Set Dinner – 31 Disember 2017.
Bermula 6.30 hingga 10.30 malam – RM 218 nett per person.
Christmas goodies turut dijual dan pre-bookings di Life Size Gingerbread House di lobi hotel, termasuk Takeaway French Turkey, Christmas Chocolate House, Red Velvet Chestnut Yule Long Cake, Christmas Fruit with Icing Sugar dan pelbagai lagi pilihan bermula RM16 hingga RM388 nett. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh layari www.berjayahotel.com.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI