Tourism Malaysia dengan bangganya menjadi tuan rumah buat kali ke 2 edisi ASEAN MEDIA BLOGGERS TOURISM HUNT 2017 yang berlangsung 11-14 Julai 2017.Sejumlah 50 rakan media dan penulis blog dari 10 negara ASEAN menyertai acara ini, yang membawa mereka ke lokasi menarik di Malaysia.
Chief Nazri sporting dengan peserta selepas ‘press conference’.
Acara ini adalah konsep pencarian harta karun, perlumbaan dan pertandingan media sosial yang mensasarkan pengenalan dan promosi budaya Malaysia, peninggalan sejarah, makanan dan lain-lain yang menawarkan Malaysia ke pasaran ASEAN. Dari acara ini, penulis blog dapat menulis dan berkongsi secara terus terhadap peminat mereka melalui perkongsian video dan gambar , yang secara langsung mempromosi Malaysia pada skala lebih besar.
Chief Nazri ceria bersama bloggers sebelum ‘flag off’.
Ads
Acara tahun ini bertemakan “Malaysia on wheels’ memberi penekanan konsep bercuti di Malaysia dengan cara memandu serta menggunakan lebuhraya terutamanya Lebuhraya PLUS.
“Kita memiliki lebuhraya antara yang terbaik di rantau ASEAN. Jadi kita gunakan sebaik mungkin untuk pelancongan”, ujar Dato Seri Nazri Aziz @ Chief Nazri.
Chief Nazri ‘flag off’ peserta.
Ads
Peserta memulakan perjalanan empat hari dari Matic, Kuala Lumpur, melawat kawasan ikonik seperti Dataran Merdeka, Batu Caves dan kemudian terus ke Ipoh dan Kuala Kangsar, sesuai dengan sambutan Visit Perak Year 2017. Acara ini akan tamat di Putrajaya.
Pasaran ASEAN kekal sebagai penyumbang pelancong terbesar ke Malaysia. 2016; seramai 20.3 juta pelancong dari negara ASEAN ke Malaysia, membentuk 75.8% dari keseluruhan pelancong ke Malaysia berjumlah 26.8 juta. Jumlah resit pelancong ASEAN sahaja berjumlah RM56.2 billion, membentuk 68.4% dari jumlah resit pelancong 2016.
Suke pertama 2017, menyaksiakn Malaysia menerima 5.03 juta pelancong ASEAN, penambahan 2.4% berbanding waktu sama tahun lepas. Ini kesan positif dan malaysia menyasarkan kehadiran 23.1 juta pelancong ASEAN tahun ini.
Setiap kali melintasi Gua Tempurung dalam perjalanan ke Utara, sentiasa terfikir apa keistimewaan gua ini hingga jadi bualan pengembara.
Kenapa Gunung Tempurung ini begitu viral di kalangan pendaki atau mereka yang gemarkan aktiviti percutian lasak dan lebih adventure ini.
Perkongsian dari Minah Travel di Grup Backpackers Buddies Malaysia memberitahu rahsia di sebaliknya apa yang ada dalam Gunung Tempurung ini.
Nampak Tak Wajah Wanita di Dinding Gua Tempurung ni?
Gua tempurung merupakan destinasi utama jika berkunjung di Gopeng, Perak. Gua ini kaya dengan batu kapur, marmar, stalagmit dan stalaktit.
Menariknya, batu-batu yang berusia jutaan tahun ini mempunyai tarikan tersendiri. Terdapat 25 objek yang menyerupai bentuk manusia atau haiwan di dalam gua ini.
Gambar pertama ni boleh nampak dengan jelas wajah seorang wanita. Gambar kedua pula, bentuk seperti ayam. Ini bukan ukiran manusia ye tapi ini adalah pembentukan semulajadi!
Unik kan?
Nak tengok bentuk-bentuk lain lagi, korang kene jelajah sendiri ke Gua Tempurung.
Kalau korang masuk ke gua ini tanpa ‘guide’ mungkin tak perasan bentuk-betuk ini, jadi kalau korang inginkan cabaran dan eksplorasi yang lebih informatif, boleh ambil guide @guatempurungextreme
Terdapat empat jenis ekspedisi iaitu Golden Flowstone (tempat kering), Top Of The World (tempat kering), Top Of The World and Short River Adventure (kawasan basah) dan Grand Tour (kawasan basah). Minah Travel ambil kesemua ekspedisi. Memang best!!
Penduduk selatan London gempar apabila mayat seorang lelaki dipercayai jatuh dari sebuah pesawat Kenya Airways ditemui di sebuah taman. Polis berkata bedah siasat akan dijalankan, namun setakat ini kematian penumpang pesawat itu tidak dianggap sebagai mencurigakan.
Syarikat penerbangan Kenya Airways mengesahkan laporan awal bahawa mayat itu mungkin terjatuh daripada gear pendaratan pesawat yang sedang terbang dari Nairobi ke Heathrow. Tidak dinyatakan sama ada lelaki itu sudah mati ketika berada di dalam kebuk gear pendaratan tersebut atau setelah jatuh dari ketinggian penerbangan pesawat. Syarikat penerbangan tersebut dalam kenyataannya berkata tiada kerosakan dilaporkan pada pesawat itu dan mengucapkan takziah atas kematian mangsa.
Laporan Associated Press menyebut bahawa bahawa lelaki itu terjatuh hanya satu meter daripada penduduk yang sedang berjemur di taman.
Satu dentuman kuat didengari, dan ada yang meninjau ke luar tingkap rumah masing-masing. Pada mulanya mereka fikir orang gelandangan tidur di taman kerana pakaian individu tersebut lengkap. Namun apabila melihat dengan lebih dekat dan dapati ada darah di seluruh dinding taman.
Terkini
Mayat seorang lelaki yang jatuh dari pesawat yang dalam penerbangan ke lapangan terbang Heathrow dan terhempas di sebuah taman di selatan London kemungkinan pekerja di lapangan terbang Nairobi, kata pegawai Kenya.
Ketua Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kenya, Gilbert M Kibe berkata, lelaki itu sudah pasti memiliki kebenaran untuk masuk ke lapangan terbang dan melepasi kawalan keselamatan bagi masuk ke dalam pesawat. Bagaimanapun, pihak berkuasa Kenya masih belum dapat mengenalpasti mangsa yang dipercayai beku hingga mati ketika berada di ruangan tayar pesawat Kenyan Airways sebelum jatuh pada ketinggian 1066 meter.
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.