Laksa mempunyai berbagai versi di negara kita. Ada Laksa Johor, Laksa Sarawak, Laksa Kelantan dan banyak lagi. Laksa Utara juga merupakan salah satunya, dan berbeza dengan ‘Asam Laksa Penang’ yang turut menjadi kegilaan.
Asam laksa sangat terkena di negeri Pulau Pinang merupakan variasi laksa yang tidak menggunakan santan dalam penyediaan kuahnya. Bahan utama dalam penyediaan kuah asam laksa ialah isi ikan yang direbus dan diperasa dengan asam gelugur. Variasi laksa ini ‘diserikan’ dengan pelbagai jenis sayuran seperti nanas, timun, daun pudina dan bawang besar. Warna kuah lebih kemerahan dan pekat berbanding kuah variasi laksa yang lain.
Dek rasa yang lazat dan boleh diterima oleh seluruh penduduk dunia, saluran berita antarabangsa CNN baru-baru ini menyenaraikan hidangan yang cukup popular di Malaysia ini diiktiraf antara yang paling enak di dunia. CNN menggambarkan asam laksa sebagai ‘hidangan yang akan membuat hidung anda berair sebelum sudu menyentuh bibir anda’.
Asam Laksa Penang berada di tangga ketujuh dalam senarai 50 makanan terbaik dunia.
Tempat pertama diungguli kari Massaman dari Thailand, manakala tempat kedua dan ketiga diisi masakan dari dua negara Eropah dan Amerika Selatan, pizza Neopolitan (Itali) dan coklat (Mexico). Selain Malaysia dan Thailand, masakan dari Jepun dan China turut disenarai, iaitu sushi dan Peking Duck, masing-masing di tangga keempat dan kelima.
Tahniah Asam Laksa Penang, tahniah orang Penang!
Kalau nak buat sendiri, ini resepi mudah sajian Asam Laksa Penang sumber daripada Majalah Rasa
image via google