Asal Nama ‘Kuantan’ Dari Sumatera?

Share

Kuantan, Pahang merupakan negeri di Semenanjung Malaysia terletak di bahagian Pantai Timur. Kuantan mempunyai banyak kelebihan tersendiri disebabkan kedudukannya yang berada berhampiran Laut China Selatan. Ia menjadikan daerah ini lebih istimewa apabila terdapat pantai yang indah sebagai daya tarikan pelancongan.

Bagi yang pertama kali bercuti ke Kuantan, pasti disogokkan cadangan mengenai pantai yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai seperti Teluk Cempedak dan Cherating. Apa pun, sebelum itu, mari ambil tahu mengenai sejarah asal bandar Kuantan ini. Tahun hadapan juga Kuantan bakal bertukar status menjadi bandaraya. Tahniah orang Kuantan!

Sekitar Sungai Kuantan suatu ketika dahulu menjadi tempat tinggal orang Melayu dr Kampung “Kuantan, Sumatera”

Bandar kuantan merupakan sebuah kampung kecil asalnya yang didirikan berhampiran Sungai Kuantan dan mengadap Laut China Selatan. Pada asalnya, Pusat pentadbiran Negeri Pahang berada di Kuala Lipis yang kemudiannya dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1976.

Masjid Negeri juga merupakan mercu tanda Bandar Kuantan kerana keindahan dan keunikan rekabentuknya.
Pemandangan kini Bandar Kuantan di waktu malam.
  • Kuantan diyakini telah wujud sejak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudannya pada kurun ke-19 bermula sebagai sebuah penempatan kecil orang Melayu.
  • Kewujudan kampung itu (Kuantan) pernah disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi (beliau pernah dinobatkan sebagai Bapa Sastera Melayu oleh British) dimana dalam tahun 1851/52 beliau menulis dan berkata yang berbunyi begini,”
  • ” Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada, maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari”.
  • Pada peringkat awal, Kuantan lebih dikenali dengan nama Kampung Teruntum. Penempatannya adalah di sekitar muara Sungai Kuantan iaitu berhadapan bangunan hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kini.
Nostalgia Bandar Kuantan.

  • Mengikut catatan sejarah, Kampung Teruntum dibuka oleh Haji Senik ( orang asal Kuantan) dan pengikut-pengikutnya dalam tahun 1850an selepas menghantar rombongan Syed Abdul Rahman Syed Abdul Samad (ahli tasauf berketurunan Arab dari Daik, Indonesia) ke Johor.
Inilah rupa pokok Teruntum mengikut sejarah nama Teruntum asalnya dari nama pokok ini.
Mercu tanda terkini Kuantan, “Menara Teruntum”.
  • Nama Teruntum pula dikatakan berasal dari pokok Teruntum yang sememangnya banyak terdapat di pinggir Sungai Kuantan pada ketika itu.
  • Penduduk Kuantan ketika itu hanya mengusahakan kawasan paya yang terletak di tapak hospital (HTAA) sekarang disamping menangkap ikan, bercucuk tanam dan berniaga secara kecil-kecilan.
  • Bukti penduduk asal menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah penempatan ialah penemuan kubur Cik Timah berhampiran Taman Esplanade (kini hadapan HTAA).
Sebuah daerah di Sumatera, Indonesia yang bernama “KUANTAN”
  • Turut dikisahkan juga, terdapat sebuah perkampungan di hulu Kampung Teruntum yang dibuka pada tahun 1854 oleh orang Melayu dari sebuah daerah bernama “Kuantan” di Sumatera yang diketuai oleh Encik Besar.
Suasana Sungai Kuantan suatu ketika dulu.

  • Tempat ini kemudiannya dikenali dengan nama Kampung Orang Kuantan dan lama kelamaan panggilan ini dipendekkan kepada perkataan “Kuantan” sehingga kini.

Sumber: FB Kerajaan Negeri Pahang

IKLAN