Arab Saudi Keluar Arahan Bakal Jemaah Haji Tahun Ini, Wajib Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Share

Kerajan Arab Saudi semalam melalui Kementerin Kesihatannya memberitahu bakal jemaah haji tahun ini diwajibkan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq al-Rabiah, berkata vaksin COVID-19 adalah wajib dan ia sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah itu Julai nanti.

Rabiah bagaimanapun tidak mengesahkan sama ada jemaah dari luar Arab Saudi dibenarkan untuk menunaikan haji, namun berkata suntikan vaksin adalah syarat utama.

Haji adalah satu daripada lima Rukun Islam dan umat Islam yang berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan dituntut menunaikannya sekali seumur hidup.

Sekurang-kurangnya 2.5 juta umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah haji setiap tahun.

Kredit: Pexel.com

Pada 2020, kerajaan Arab Saudi mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

Arab Saudi juga memulakan program vaksinasi COVID-19 pada 17 Disember lalu membabitkan vaksin keluaran Moderna, Pfizer dan AstraZeneca.

Keputusan Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bakal jemaah haji tahun ini untuk mengambil vaksin COVID-19, dilihat dapat mengikis keraguan umat Islam terhadap status halal vaksin itu.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata hukum harus vaksin berkenaan diperakui institusi kefatwaan di seluruh dunia.

Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan:

Tiada Rakyat Malaysia Akan Tunaikan Haji Tahun Ini. Rayuan Lulus Terbatal, Perlu Buat Semula Tahun Depan

Checklist & Persediaan Awal Buat Anda Yang Bakal Berangkat Menunaikan Haji

Jemaah Haji Bedepan Suhu Panas Mencecah 50 Darjah Celsius Tahun Ini

Oleh
Siti Zurina Mat Saman