Isu wabak COVID-19 kini merisaukan penduduk dunia.

Arab Saudi hari ini dikatakan menggantung sementara kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah, bertujuan membendung jangkitan wabak COVID-19.

Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Dari Negara Terjejas COVID-19?
Sumber Foto: Yahoo.com
Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Dari Negara Terjejas COVID-19?
Sumber Foto: alhijrahnews.com

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah. Menurut kenyataan itu lagi, penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.

Ads

Menurut laporan Arab News, garis panduan yang dikeluarkan dalam usaha mengekang virus itu juga termasuk menggantung perjalanan ke dan dari Arab Saudi bagi warganegara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang menggunakan kad pengenalan kebangsaan.

Ads

Ads

Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Dari Negara Terjejas COVID-19?

Setakat hari ini, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI