Berita

Arab Saudi Dalam Persiapan Akhir Siapkan Laluan Hijrah Zaman Rasulullah S.A.W

Share

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sedang melakukan persiapan akhir untuk projek yang akan membolehkan jemaah, pelawat dan penduduk Arab Saudi bergerak ke kota suci Madinah dengan menaiki unta melalui Laluan Hijrah yang digunakan oleh Nabi Muhammad, lapor akhbar harian Mekah.

Kementerian Haji dan Umrah bersetuju melancarkan inisiatif itu bersama Suruhanjaya Diraja untuk Mekah dan Tempat Suci.

Projek sepanjang Laluan Hijrah itu termasuk membangunkan 27 hentian rehat, pembinaan hotel, rumah tumpangan, muzium dan bangunan-bangunan lain.

Inisiatif itu diberi nama Jalan ke Thaniyat Al-Wada, merujuk kepada sebuah kawasan tanah tinggi dekat Madinah. Apabila siap kelak, pengunjung boleh mengambil jalan sama yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa baginda berhijrah ke dari kota suci Mekah ke Madinah.

Laluan itu akan bermula dari Ghar Thor, gua di Bukit Thor, Mekah iaitu lokasi Nabi Muhammad dan sahabat baginda, Abu Bakar bersembunyi daripada puak Quraish selama tiga hari sebelum memulakan perjalanan ke Yathrib.

Kota Yathrib bertukar nama kepada Madinah Al-Munawwarah selepas Nabi Muhammad menetap di sana.

Menurut kementerian itu, selain menaiki unta, pelawat juga boleh melakukan perjalanan ke Madinah melalui jalan sama menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal. Kementerian sama bagaimanapun tidak menyebut bila laluan sejauh 380 kilometer itu akan dilancarkan namun, ia dipercayai siap dalam sedikit masa lagi.

Oleh
Epul