Arab Saudi Akan Lancarkan Visa Baharu Kepada Pelancong?

Share

Arab Saudi dijangka akan melancarkan visa baharu kepada pelancong pada hujung bulan ini bagi membolehkan rakyat daripada 51 buah negara untuk melawat negara berkenaan termasuk pelancong dari Malaysia dengan yuran sebanyak SR300 (RM334) di mana pemohon perlu membuat bayaran tambahan sebanyak SR140 (RM155) bagu tujuan insurans perubatan.

Sumber dari Saudi Gazette mengatakan bahawa tempoh sah laku adalah setahun dari tarikh pengeluaran visa dan pemohon boleh tinggal di Arab Saudi selama tiga bulan untuk setiap lawatan dan tidak lebih 180 hari.

Proses permohonan visa melalui sistem elektronik akan megambil masa 30 minit atau pelancong boleh melalui proses permohonan visa semasa ketibaan apabila tiba di Arab Saudi. Tambahan yang lebih baik untuk pemohon adalah setiap permohonan tidak lagi memerlukan tiket balik ataupun bukti tempahan hotel tetapi memadai pemohon menyertakan alamat untuk permohonan visa tersebut.

Selain daripada itu, salinan visa tidak diperlukan tetapi mencukupi salinan digital selain dan pasport perlu sah sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan.

Kelebihan pada visa baharu yang akan diperkenalkan ini adalah umat Islam yang menjalankan ibadat umrah diluar musim haji boleh memasuki Mekah, melawat Madinah serta bandar-bandar lain di Arab Saudi sebagai pelancong.

Dengan cara ini, kerajaan Arab Saudi membuka jalan untuk masyarakat dunia melihat keindahan Arab Saudi serta membolehkan negara tersebut meningkat sumber pendapatan selain hasil minyak dan bilangan negara mendapat faedah daripada visa ini dijangka meningkat pada suku pertama tahun hadapan di samping yang sedia ada seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Perancis, United Kingdom, Croatia, Singapura, Malaysia dan China.

Jadi apa pendapat anda? Adakah pembaharuan ini bagus untuk pelancong atau akan memberikan sedikit tekanan kepada ejen umrah kerana lebih banyak Free & Independence Traveler (FIT) yang akan ke Arab Saudi tanpa melalui ejen?

Rujukan: Saudi Gazette

Oleh
Epul