Satu dunia memberi reaksi apabila gambar hasil kerja seorang pemuda Malaysia yang dikenali sebagai Dinie Aiman diterbitkan di laman Instagram Apple yang mempunyai 21 juta pengikut. Gambar tersebut diambil menggunakan iPhone 7 Plus.

Menurut sumber Astroawani, pada bulan November, Dinie dihubungi wakil Apple untuk mendapat kebenaran menggunakan imej tersebut di laman Instagram gergasi teknologi itu sendiri.

Ads
Apple Siarkan Hasil Foto Pemuda Malaysia. Terbukti Lokasi Di Perlis Sangat Istimewa
https://www.instagram.com/p/B6YbCLOlGdh/?utm_source=ig_embed

Apple Siarkan Hasil Foto Pemuda Malaysia. Terbukti Lokasi Di Perlis Sangat Istimewa
Imej foto kawasan paya berumput berlatarbelakangkan Bukit Nakawan di Kampung Sahabat, Perlis boleh dikatakan bukan sebarang gambar kerana mampu menarik perhatian Apple. Terbukti di Perlis ada tarikan tersendiri!
Apple Siarkan Hasil Foto Pemuda Malaysia. Terbukti Lokasi Di Perlis Sangat IstimewaPaparan di Apple diiringi keterangan gambar; “Humanity turns a picture into a story” (Kemanusian menjadikan gambar biasa satu cerita).

Ads

Gambar asal dimuat naik lengkap dengan caption:
‘Seorang pemuda yag menikmati pemandangan pada waktu pagi dan bunyi angin betiup kencang dan kedengaran bunyi burung berkicauan. Selain itu, perasaan pemuda itu keseronokan menikmati keindahan alam yang jauh berbeza berbanding di kota raya.

Ads

Ramai yang memuji kreativiti dan ketepatan foto tersebut setelah Apple memberi ruang publisiti yang meluas. Tidak kurang juga yang mempersoal kualiti imej digital yang didakwa lebih baik jika menggunakan jenama pesaing.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI