
Anda wajib cari apam balik Astaka ini di Sitiawan, mencari rezeki dengan menggunakan sebuah motor tiga roda sahaja. Apa yang penting, sedap!
Pakcik Irsal ini dah meniaga apam balik sejak tahun 1990 lagi dekat Pasar Tuak, sekeping RM4.00 sahaja.
Tengoklah intinya sampai meleleh keluar, penuh dengan kacang dan jagung. Itu lah istimewanya makan apam balik pun. Kalau inti takat ada sahaja, itu biasa.
Lokasi: Apam Balik Astaka, Pasar Awam Sitiawan, Perak
Waktu perniagaan: 3 petang hingga habis
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bermalam Di Rumah Pokok, Rainforest Tree House Tempat Best Nak Hiking

Isi Kandungan
ToggleCuba bermalam di rumah pokok, bagi anda yang mencari ketenangan dan nak lari dari bisingnya kota di sini adalah tempat terbaik.
Hala terus ke Rainforest Tree House, Gunung Pulai, Jin Air Terjun, Kg. Sri Gunung Pulai, Kulai di Johor.
Rainforest Tree House
Tetapi anda yang nak ke sini, kena gigih sikitlah turun naik tangga kecil. Kalau nak keluar atau pergi toilet, jangan lupa bawa touch light atau head lamp.
Di situ jam 10.30 kena matikn lampu (risau kelkatu kerumun) lepas itu, boleh lah kira bintang-bintang yang bertebaran di langit sambil menyanyi.
Owh, ya! Anda boleh lalui port sungai juga bila ke sini. Boleh lah buat mandi-manda melepaskan penat hiking.
Join Aktiviti Hiking
Untuk aktiviti, boleh hiking kalau anda suka tetapi jika rasa malas, hanya nak santai dalam bilik itu pun silakan. Tapi rugi lah klu tak ikut naik atas.
Macam-macam akan ditunjuk sampai satu kawasan rata kat atas, ambil masa 5minit anda boleh lihat, dengar dan rasai persekitaran. Tenang.
Anda juga boleh layan sunset di lokasi berhampiran, memang cantik. Geng ootd memang puas lah ya masuk sini, banyak gambar boleh capture.
Dapat tengok pemandangan dari rumah atas pokok, rasa puas dan bahagia sekejap.
Jadi, bagi anda yang minat berdamai dengan alam semula jadi, ini tempat yang sesuai anda singgah bersama geng. Jangan lupa datang Kulai, Johor!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas Hati Layan Trip Ke UK & Turkey Lepas Pandemik. Bajet Sekitar Bawah RM4 Ribu Seorang!

Seronok rasanya apabila boleh kembali travel setelah hampir dua tahun tidak boleh melancong ke luar negara disebabkan virus Covid-19 yang sedang memuncak.
Kala dapat peluang tidak lepaskan untuk pergi round the world menikmati pemandangan yang sangat indah dan menenangkan.
Ikuti perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Eira Qasandra yang berkesempatan mengunjungi UK dan Turkey dengan pakej seorang sekitar RM3,400 sahaja.
UK + TURKEY TRIP TOTAL KASAR SEORANG RM 3.4K
Route : KL – Istanbul – Kayseri – London – Istanbul – Bursa – Istanbul – KL
Memandangkan ramai sangat yg bertanya tentang total kos dalam keadaan pandemic ni, jadi harini saya nak share sedikit bajet dan itinerary saya selama 14 Hari:
Persediaan sebelum berlepas :
1. Negative PCR Test result buat sehari sebelum berlepas sebab Etihad Wajib ada PCR Result lain-lain boleh refer dengan Airlines.
2. Entrance Form Turkey – HES Code (boleh Isi 6 Hari Sebelum)
3. Booking Day 2 PCR Test – London (Randox)
4. Locator Form London kena masukkan sekali reference no pcr yg kita book tu – boleh isi 48 jam seebelum
5. Itinerary (tambahan)
6. Print segala benda untuk backup
7. Save copy passport, ic, bil api/air untuk apply home quarantine.
8. Bagi yang muslim jangan lupa niat Musafir

Day 1 – KLIA
• Bertolak dari KLIA
• Penerbangan jam 2.10 pagi dengan Etihad airlines ke Istanbul(Ist) transit di Abu Dhabi
• Sampai 1.45 T/hari terus ke Domestik untuk Ke Kayseri flight jam 6.00Ptg
Day 2 – Kayseri
• Hotballoon
• Walking near
• PCR Test
Day 3 – London
• Penerbangan jam 5.50 pagi ke London dan transit di Istanbul.
Sampai London jam 12.30T/hari terus menuju ke Cop Passport, make sure korang jangan lenggang ubi, tahan dulu dari ke toilet, sebab Q di bahagian ni sangat memenatkan Mental, Alhamdulillah kami just tunggu 20 Minit untuk melepasi dan Officer Imi tak Tanya banyak pun. TIPS yang saya always gunakan semasa berada di dalam kegelisahan bila berhadapan dengan Officer Imi selalunya saya akan amalkan Surah Yassin ayat 9 ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun “
” Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula),dan kami tutup(mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat “
Semoga bermanfaat untuk semua.
Selesai je cop passport kami menuju ke Randox Centre yang berada di sebelah kiri di luar Airport. Sebabkan kami xnak pening untuk click-collect, kami subscribe yang walk-in. Kami swab 1.05T/hari, 4.30 pagi result keluar.
• Naik bas ke Straford city bus station
• Naik Subway untuk ke Hostel
• Check-in Hostel (Private room for 2 people)
Actually masa booking tiket untuk ke London, Gov Uk belum announce lagi untuk Quarantine dan day 2 PCR dan setelah tiba, tiada sorang pun ambik langkah Quarantine termasuklah kami. Setelah selesai check-in kami mengambil langkah untuk melakukan Self-swab rtk yang kami bawa dari Malaysia untuk memastikan kami bebas dari gejala Covid.
Memandangkan result kami Negative, kami keluar seperti biasa untuk shopping di Primark.

Day 4 – London
Disebabkan hari Krismas, semua Transport di London ditutup, jadi kami hanya jalan kaki dan pulang dengan menggunakan basikal.
• Big Ben
• Eye of London
• Trafalgar Square
• Westminster
Semua ni dalam walking distance.
Day 5 – Boxingday Bicester Village
Malangnya pada hari berkenaan, Express train ada maintenance isu, jadi kami perlu menaiki bas untuk ke sana dengan perjalanan mengambil masa hampir 2 Jam. Balik dari sana kami sempat singgah di Born Street dan Oxford Street untuk sambung shopping.

Day 6 – London
• London Bridge
• Harrods
• Hard Rock London
• Primarks
Day 7 – London
• Camden Town
• Victoria Station
• Oxford Street (Sambung shopping)
Day 8 – London
• Check-out dan Bangun pagi, book uber untuk ke Straford city bus station.
• Naik bas untuk ke Airport
• Penerbangan jam 10.45 pagi ke Istanbul (Saw) selama 4 jam.
• Sampai Istanbul 4.30 Petang, ambil bas ke Bursa dengan perjalanan 2 jam 30 Minit
• Ambil Teksi ke Hotel

Day 9 – Bursa
• Naik Teksi ke Uludag
• Naik Teleferik
• Sebabkan Teleferik ending stop kat station 1 disebakan cuaca tidak begitu baik jadi kami terpaksa naik Van untuk ke Station 2.
• Naik Bas ke Bazar
**Jangan Lupa isi Malaysia Home Quarantine**
Day 10 – Bursa / Istanbul
• Check-out , book teksi untuk ke mudanya terminal.
• 9.30 Naik feri ke Istanbul dengan perjalanan lebih dari 3 jam.
• Check-in area Sikerci semalam
• Walking near
• Celebrate Newyears kat Taksim
Day 11 – Istanbul
Disebabkan hotel yang kami duduk tu mengalami masalah heater, maka bermulalah episod check-out awal dan maki makian kerana staff sangat kurang ajar. Kami terpaksa heret beg yang penuh dengan barang shopping di London pada jam 5 Pagi untuk ke Next Hotel dan malangnya Next Hotel perlu tunggu 11.30 pagi untuk check-in kerana fullybook.
Disebabkan covid, Kami mengambil keputusan untuk check-in di hotel bajet hanya untuk mandi.
• Grand Bazar
• Spice Bazar
• Walking near
Day 12 – Istanbul
• Taksim
• Walking near
• PCR Test
Day 13 – Istanbul
• Dolmabahce palace
• Spice Bazar
• Walking near
Day 14 – Istanbul
• Penerbangan ke Kuala Lumpur transit di Abu Dhabi
Day 15 – Kuala Lumpur
• 12.30 T/Hari tiba di KLIA
TOTAL BAJET Seorang :
Flight
• RM1020 Return Flight KL-IST-KL
• RM127 Flight Istanbul-Kayseri
• RM373 Flight Kayseri-London
• RM282 Flight London-Istanbul
1802
Hotel
• RM87.45/3D2N Wonder of Cappadocia
• RM452.57/6D5N Russel Square Hostel
• RM40.32/3D2N Kule Hotel
• Free Palde Hotel & Spa (sebab call agoda pasal isu heater)
• RM183.65/4D3N Turkoman Hotel
763.99
Transport
• RM109.92/24€ Return Airport transfer kayseri
• RM25.60/80lira Teksi Bursa from bus station
• RM57.60/180lira Teksi to Mudanya terminal feri
• RM114.50/25€ Private transfer to Istanbul Airport
• RM3.20/10lira teksi ke uludag
• RM61.32/10.95£ freenow to starford bus station
433.46/2=216.73 seorang
Other Transport
• RM157.48/28£ Stansted Airport bus
• RM19.71/65lira Bus to bursa
• RM10.14/39lira feri Budo to Istanbul
• RM80/250lira teleferik bursa
• RM22.40/70lira chair lift
• RM141.63/25£ Topup OysterCard
• RM31.05/5.50£ bus to bicester
• RM95.18/17£ bus to oxford
• RM3.20/10lira minibus to station2 uludag
• RM32/100lira topup istanbulcard
592.79
Total RM3375.51 tidak termasuk PCR TEST, Hotballoon dan shopping
Tips
– Hotel murah book agoda time double date contoh 12.12 dan guna grabpaydeals tolak rm50
– Flight murah – skyscanner or airasia with code
– Cari info travel murah dkt Travelfree.info
– Di musim covid ni make sure always pakai mask, elakkan menyentuh benda yang tak sepatutnya, kerap pakai hand senitizer dan makesure balik hotel terus mandi.
– Jangan lupa apply Home Quarantine 7Hari sebelum balik.
– Alhamdulillah kami negatif sepanjang travel dan sehingga potong gelang kuarantin.
Artikel Lain:
Tip Bercuti ‘Oversea’ Elak Menginap Di ‘Ceruk Alam’ Supaya Bajet Percutian Tidak Tersasar
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulau Tenggol: ‘Hidden Gems’ Yang Kurang Terkenal Tapi Anda Kena Pergi Segera! Sangat Cantik!

Pulau Tenggol yang terletak di Terengganu ni bukan saja cantik di permukaan pulaunya, malah keindahan lautnya juga memukau mata pengunjung yang datang ke sini. Terumbu karang berserta hidupan lautnya yang cantik berjaya menjadikan Pulau Tenggol ini antara lokasi selam skuba bertaraf dunia.
Untuk anda yang nak berkunjung ke Pulau Tenggol, aktiviti utama di sini adalah selam skuba dan snorkeling. Anda boleh menyelam di lebih 25 spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol ini, dengan pelbagai hidupan marin yang menarik boleh dijumpai seperti humphead parrotfish, giant stingray, leopard shark, bat fishes, whale sharks dan schooling jacks.
Antara spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol adalah Batu Tokong Laut, Teluk Air Tawar, Tokong Talang, Tokong Burung, Tokong Laut, Teluk Rajawali, Tanjung Sarang Lang dan Batu Cacang.

Selain itu, untuk anda yang sukakan aktiviti luar seperti jungle trekking juga boleh mengunjungi Pulau Tenggol kerana, bukit di tengah-tengah pulau ini berketinggian 800 kaki dan lokasi ini sesuai untuk anda menikmati pemandangan keindahan Pulau Tenggol dari kawasan puncak.
Ramai sebenarnya golongan yang boleh berkunjung ke sini, daripada kaki selam skuba, peminat aktiviti rekreasi luar, kaki lepak pantai, geng-geng snorkeling, member-member sekolah atau seuniversiti, couple nak honeymoon, sampailah pak cik atau mak cik yang nak menghabiskan masa pencen bersama-sama ke pulau. Sesiapa saja boleh datang ke sini.


Ada banyak pakej percutian yang ditawarkan ke Pulau Tenggol dan yang paling popular adalah pakej selam skuba dan snorkeling. Anda boleh pilih sama ada mahu pakej selama 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam yang bermula lebih kurang dari RM400+ seorang. Aha, pakej yang ditawarkan all-inn termasuk bot dan makan. Anda hanya perlu bawa badan sahaja tau.
Bagi anda yang nak ke Pulau Tenggol boleh naik bot laju dari Jeti Kuala Dungun atau Jeti Dungun dan masa perjalanan lebih kurang 45 minit untuk sampai ke destinasi.
Jadi bulan 3 ni, anda nak ke pulau mana? Jom la beramai-ramai ke Pulau Tenggol!
p/s: Pulau Tenggol ditutup semasa musim tengkujuh sekitar bulan November hingga Februari setiap tahun.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI