Rata-rata orang Malaysia kalau sebut saja Batam, Indonesia mesti terlintas di fikiran mereka Hatyai atau Danok, Thailand sebab di Batam, keadaannya lebih kurang sama.
Tempat yang syok minum-minum, lepak, berhibur di kelab malam, urut di spa dan sebagainya. Tapi , kalau anda tak sukakan hiburan-hiburan seperti itu, ada saja perkara lain yang anda boleh nikmati kalau berkunjung ke Batam. Antaranya:
Nagoya Hill Shopping Mall di Batam ini adalah shopping mall yang terbesar di sana dan keadaan di sini selalu dipenuhi dengan kelibat manusia yang ingin membeli barangan dengan harga yang murah. Lokasi ini adalah satu lokasi yang sangat bersesuaian untuk anda yang ingin mencari cenderahati, pakaian, barangan elektronik dan wangi-wangian. Selain itu, boleh juga mencuba aneka makanan tempatan Batam kerana di sini ada banyak kedai makan yang boleh anda cuba.
Di Batam, anda boleh makan makanan laut sepuas-puasnya kerana harga makanan laut di sini sangat murah berbanding tempat-tempat lain. Ada banyak kedai makanan laut yang popular di sekitar pulau seperti Golden Prawn Seafood Restaurant atau Harbour Bay Seafood Restaurant. Anda boleh dapati pelbagai pilihan daripada udang, ketam, kerang, kupang, ikan, lobster dan pelbagai lagi.
Siapa yang tak suka main air kan? Di Batam ni ada pelbagai jenis aktiviti air yang anda boleh lakukan bersama kawan-kawan. Daripada terjun flying fox, main jet ski, parasailing, sampailah ke luncur angin, semuanya tersedia untuk anda cuba di sini. Kalau anda minat untuk berenang bersama ikan, boleh cuba Batam View Beach Resort dan kalau nak cuba aktiviti lasak, anda boleh ke Batam Cable Ski Park.
Batam pun tak kurangnya juga dalam mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Antara pilihan tempat yang boleh dijadikan lokasi lawatan adalah Masjid Agung Batam, Masjid Jabal Arafah dan Kuil Maha Vihara Duta Maitreya. Di sini anda boleh cuci mata melihat keadaan dan aktiviti masyarakat setempat di sana yang juga ramai daripadanya menganut agama Islam dan Buddha.
Ada beberapa pulau yang anda boleh pergi di sekitar Batam dan diantaranya sangat seronok untuk anda lawati seperti Pulau Penyengat. Ia bukan la pulau yang terbesar di Batam dan anda boleh habis pusing pulau itu dalam masa dua jam sahaja berjalan kaki tapi sekiranya anda tiba awal di sini, anda boleh lepak di pesisir pantainya dan menikmati matahari petang selepas itu. Satu tempat yang menarik untuk dilawati di Pulau Penyengat ini adalah Masjid Kuning dan kisah orang lama di sana mengatakan masjid itu diperbuat daripada kulit telur sewaktu pembinaannya untuk membuatkan struktur dindingnya menjadi lebih kuat.
Pantai ni popular di Batam dan antara lokasi yang mesti dikunjungi oleh pelancong yang tiba di pulau itu. Keadaan di sini agak tenang dan tak sesak berbanding tempat-tempat lain di Batam. Selainnya, adalah deretan fancy spot untuk anda lepak minum dan menikmati keindahan senja di sana.
Jambatan Barelang ni adalah jambatan yang ikonik di Batam dan orang ramai suka ke sini pada waktu petang untuk menikmati keindahan matahari senja. Jambatan ini menghubungkan antara Pulau Batam dan Pulau Galang. Kalau boleh, pergi ke sini pada waktu petang untuk enjoy pemandangan matahari senja.