Rosaknya mood apabila bilik yang kita duduk dirasakan tidak selamat. Apatah lagi bila dapati barang peribadi kita dicerobohi, hilang atau rosak.
Mungkin tidak dapat dipastikan siapa yang empunya kerja, samada staf tempat penginapan atau orang luar. Tidak kira berapa nilai kerugiaan, kecil atau mahal pasti ia bukan perkara yang menggembirakan.
Daripada perkongsian page Jumpa Kat Mahkamah , anda yang mengalami detik hitam ketika menginap di sesebuah hotel atau resort boleh menuntut kembali jumlah kerugiaan tersebut sekitar RM500 atau lebih.
Tahukah anda bahawa undang-undang memberi insurans percuma kepada anda untuk menuntut ganti rugi sehingga RM500 jika barang anda hilang atau rosak semasa berada di hotel?
Ads
Syaratnya, kehilangan atau kerosakan barang tersebut bukan disebabkan oleh kecuaian pihak hotel atau pihak anda.
Ini diperuntukkan di dalam seksyen 4 Innkeepers Act 1952. Sebagai contoh, jika anda singgah di hotel untuk menginap atau minum kopi, anda menggantung jaket anda di kerusi dan secara tiba-tiba angin yang kuat telah menerbangkan jaket anda sehingga menyebabkan ia koyak atau rosak, maka pihak hotel hendaklah mengganti semula jaket anda.
Atau anda pergi ke surau dan selepas selesai solat anda mendapati kasut anda telah hilang, anda berhak menuntut pihak hotel ganti rugi terhadap kasut yang hilang tersebut.
Tetapi perlu diingati bahawa jumlah maksimum tuntutan adalah sehingga RM500 sahaja. Jika nilai barang anda lebih dari itu, anda tidak bernasib baik.
Sama ada pihak hotel tahu atau tidak anda bawa jaket ke dalam hotel atau kasut kulit mahal ke surau; ia tidak material kerana pihak hotel tetap bertanggungjawab terhadap barangan yang hilang atau rosak tersebut.
Seksyen 4 Innkeepers Act meletakkan liabiliti tegas (strict liability) ke atas pihak hotel kerana apabila seseorang masuk ke dalam hotel, pihak hotel bertanggungjawab sepenuhnya untuk mempastikan keselamatan barang-barang berharga penghuninya.
Maka, walaupun pihak hotel tidak dimaklumkan oleh anda tentang barangan yang anda bawa ke dalam hotel, pihak hotel tetap bertanggungan jika barang tersebut hilang atau rosak semasa berada di dalam hotel.
Adakah perlindungan ini hanya kepada penghuni yang menyewa bilik sahaja? Tidak. Jika anda hanya singgah di hotel untuk makan atau minum pun, anda juga berhak kepada perlindungan ini.
Tetapi, jika anda cuai sehingga menyebabkan barang anda rosak atau hilang, pihak hotel tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar ganti rugi tersebut kepada anda.
Ads
Bagaimana jika pihak hotel cuai? Jika pihak hotel cuai dan menyebabkan kerosakan atau kehilangan kepada barang anda, perlindungan tuntutan siling RM500 tidak akan terpakai dan anda boleh menuntut lebih dari jumlah tersebut.
Ads
Pihak hotel pula wajib pamerkan notis seksyen 4 Innkeepers Act (seperti gambar di bawah). Jika pihak hotel gagal pamer notis tersebut, pihak hotel tidak berhak untuk perlindungan had RM500.
.
Maksudnya, jika notis seperti gambar di bawah ini gagal dipamerkan oleh pihak hotel, pihak hotel perlu bayar harga kasut kulit yang hilang di surau tadi jika harganya mencecah RM4,000 sekalipun!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seronok tengok orang kongsi gambar ‘travel’ di sosial media. Makin kreatif dan pelbagai gambar-gambar serta video yang diambil. Menjadi fenomena dan tren hari ini dalam kalangan kaki travel akan membawa gajet seperti dron. Katanya kepuasan lebih dapat jika mempunyai hasil foto atau video sudut gambar yang pelbagai.
Yela, mana tidaknya bukan kita selalu dapat datang kembali ke destinasi-destinasi pelancongan yang kita jejak itu kan? Ada betulnya juga. Tetapi sebelum membuat pertimbangan untuk membeli dron sebagai gajet untuk anda travel. Semak tip daripada iluminasiini terlebih dahulu.
Tujuan
Setiap orang pastinya mempunyai tujuan tertentu untuk membeli dron. Adakah anda mahu mengambil video atau gambar? Atau sekadar suka-suka? Adakah dron tersebut akan digunakan di luar (outdoor) atau dalam bangunan (indoor) sahaja? Bagi kegunaan dalam bangunan, dron bersaiz kecil sudah memadai manakala bagi kegunaan luar, dron bersaiz besar lebih digalakkan kerana perlu mengambil kira faktor lain seperti kelajuan angin dan ketahanannya.
Selain itu, ketahui tahap skil anda. Bagi dron asas, biasanya ia lebih mudah dikawal dan sesetengahnya membolehkan anda mengawal menggunakan telefon bimbit. Dron untuk pengguna baru biasanya lebih mudah dikawal dan tidak terlalu teknikal. Bagi dron yang lebih canggih, biasanya ia akan menggunakan alat kawalan jauh dan lebih sukar dikawal pada awalnya.
Jenis Kamera
Antara fungsi utama yang biasanya perlu dipertimbangkan adalah kualiti kamera. Adakah anda memerlukan kamera atau tidak? Sekiranya tidak memerlukan kamera, lebih baik dapatkan sahaja dron yang tidak didatangkan sekali dengan kamera kerana harganya jauh lebih murah berbanding yang mempunyai kamera. Selan itu, ada juga dron yang tidak mempunyai fungsi kamera terbina (built-in) tetapi mempunyai ruang khas untuk anda meletakkan kamera aksi (action camera) padanya.
Kualiti gambar kamera dron juga perlu diberi perhatian. Kamera dengan kualiti gambar dan video HD, harganya tentulah lebih mahal. Dron yang lebih mahal juga biasanya dilengkapi aksesori gimbal yang membolehkan anda mengambil gambar dan merakam video dalam keadaan stabil.
Jangka Hayat Tempoh Bateri
Selain kamera, ketahanan bateri adalah satu lagi perkara yang mesti diambil kira. ‘Flight time’ adalah istilah yang biasanya digunakan untuk membandingkan ketahanan bateri sesuatu dron. Dron yang lebih murah biasanya boleh terbang selama 7 minit atau kurang dengan sekali caj bateri. Dron yang lebih mahal dan bagus pula boleh terbang lebih lama, sekitar 20 minit atau lebih.
Bagi yang berkemampuan, anda juga boleh membeli bateri tambahan yang dijual secara berasingan. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil kira kos tambahan pembelian bateri tambahan tersebut. Belilah mengikut kegunaan anda.
GPS
Bagi pengguna biasa, fungsi GPS mungkin tidak diperlukan. Bagi pengguna lebih profesional, fungsi ini membolehkan anda mengetahui lokasi (coordinate) setiap gambar yang dirakam. Biasanya dron dengan GPS ini mempunyai beberapa mode yang lebih canggih, antaranya mode Return-to-home (RTH) dan mode Follow-Me.
Mode RTH adalah mode navigasi yang membantu anda kembali ke tempat asal sekiranya anda tersesat. Sementara itu, mode Follow-Me pula membolehkan dron anda mengikuti dan merakam video anda secara automatik tanpa kawalan anda ketika anda sedang melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan hiking.
Bajet
Kalau ikutkan nafsu, segalanya kita mahukan yang terbaik, daripada kualiti kamera, GPS sehinggalah kepada ketahanan bateri. Oleh itu, ketahui bajet anda. Berapakah anda sanggup melabur untuk sebuah dron? Berbaloikan membeli dron yang mahal sekiranya hanya membeli sekadar suka-suka dan bukan kerana minat?
Kalau nak dapatkan shot-shot menarik ketika percutian anda, tepuk dada tanya selera!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila sebut Bandung, ramai yang sudah sampai ke sini. Cuaca sejuknya ala-ala Cameron Highlands selain barangan cukup murah menjadikan ia lokasi wajib kalau ke Jakarta. Tambahan pula jarak lebih kurang 3-4 jam dari Jakarta membuatkan ramai yang singgah di Bandung.
Bila sampai di sini, tentunya kita mencari hotel murah pada harga berbaloi dan view yang cantik. Jom tengok lima hotel terbaik di Bandung pada harga kurang dari RM150 semalam atau lebih kurang 500 rupiah. Sumber : Islam Pos
Kollektiv Hotel
Blackbird Hotel
The House Tour Hotel
Triple Seven Bed & Breakfast
The Lou House
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekali menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Kota Madinah, pastinya kerinduan untuk ke sana lagi terbit setiap kali melihat saudara mara atau kenalan menunaikan Umrah.
Pernah sekali menunaikan Umrah dan kali ini Norazila Abdul Ghani bersama suami dan juga anak yang masih kecil dijemput ke sana lagi tetapi kali ini semuanya dilakukan sendiri atau secara DIY. Kebetulan juga tahun ini merupakan sambutan ulangtahun ke 19 perkahwinan mereka.
Berkongsi cara dan tip untuk pembaca lain yang mungkin mempunyai perancangan seperti mereka, Norazila menyatakan kos keseluruhan untuk Umrah DIY keluarganya itu berjumlah RM12,150. Lengkap dengan pautan dan juga maklumat lain, memang mudah kalau ada yang ingin menunaikan Umrah secara DIY seperti Norazila dan suami.
Perkongsian ni ikhlas lillahitaala.. Moga bermanfaat untuk semua dan ramai lagi dijemput kesana, insyaallah. Kalau ke sana doakan kami sekeluarga dijemput semua ke sana na.
Flight
AOR-KUL-AOR: RM373, Nayra RM28.61
KUL-MED-KUL: RM 2430, Nayra RM441
– I tengok biasanya kalau tix promo ni kalau dapat return 2k+ boleh terus grab. Susah jumpa. Kadang-kadang dapat 3.3k pun dah boleh grab.. Boleh consider dalam range lagi.
-Boleh usha dekat trip.com or skyscanner untuk dapat the best rate.
Bilik di Madinah ni memang kami gamble sungguh.. Tawakkaltuaallah. Sebab last minit sangat-sangat so bilik yang dekat dengan masjid semua mahal-mahal (1-5k/night).
So kami nekad untuk walk in. Alhamdulillah, jumpa bilik yang walking distance (7 minutes walk to masjid nabawi). Means kalau dengaq azan, sempat lagi jalan kaki pi jemaah.
-5 RM131/night (2 beds) :nak dapat harga ni kena join member dulu dekat website dia, then log in and book. Boleh dapat harga promo untuk member)
-2.5km dari masjidilharam
-Free shuttle 24h
-Bagi kami puas hati sebab selesa, reasonable price dan shuttle dia dia awesome sangat. Tak ada masalah langsung bagi kami. Turun ja, mesti ada shuttle dah tunggu. So highly recommended.
-Total for 9D8N: RM1173.76 + SAR172.13 (tambah lagi 1 malam, last minute punya plan)
Bilik sebesaqnya boleh book Agoda or booking.com or etc. Tapi sebab last minute sangat, susah nak jumpa bilik yang dekat dan harga mampu milik. Mostly 1k+ for one night..
Untuk makan pulak, boleh kata kami akan brunch dan dinner. So main course cuma 2 kali/day
Average: SR50/day for 2pax + baby
Dekat bilik kami ada spare roti dan buah-buah.. roti kat sana sedap sangat dan buah pulak fresh. Apple tu crunchy sungguh krup krap krup krap.. teringat-teringat… Strawberry pun besaq-besaq manis dan murahhhhh… 1 pek SR5 jaaaa…
Jajan yang dibawa dari Malaysia untuk disedekahkan pada kanak-kanak
Kursus umrah
I dah pernah pi sebelum ni, so basic dah ada.. just refresh balik dengan bacaan dan jugak video dr YouTube dan facebook.
Kalau 1st time pi, memang kena attend kursus umrah yang official. At least basic ilmu kena ada.. bab rukun dan pantang larang ihram tak boleh amik ringan.
150 minit untuk panggilan tempatan dan antarabangsa
10 GB data
5 GB untuk media sosial (Facebook, WhatsApp dan Snapchat)
Sah selama 4 minggu
So average total RM9279 + SAR2500
~RM12,150 (2 Adults, 1 infant for 15days).
*Tak termasuk shopping
Alhamdulillah, tematlah pengembaraan terindah kami sempena ulangtahun perkahwinan yang ke 19 tahun (kebetulan sebenaqnya )
Satu ja nak bgtau.. bila kita pi DIY ni esp bawak baby, both kena mainkan peranan. Semua benda mmg kami buat sama-sama and saling support each other.
Kita akan jadi kuat dan segalanya akan smooth bila hubungan kita dan DIA sangat kuat. Apa-apa pun, kita usaha selebihnya serah 100% dekat Allah.
Satu lagi kalau ada kawan-kawan atau sedara yang ke tanah suci minatk doakan kita supaya dijemput jugak kesana.. Insyaallah, one day Allah akan permudahkan.
Psst: Tolong jgn bandingkan dengan umrah melalui TA sebab TA provide service yang berbeza dan both mempunyai flexibility yang berbeza.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...