Ini merupakan info dan sejarah penting buat anda warganegara Malaysia perlu tahu.

Seperti yang kita sedia maklum, tanggal 24 Februari 2020, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim bagi menerajui negara buat sementara waktu.

Kenyataan Media mengenai Kedudukan Anggota Pentadbiran berikutan Peletakan Jawatan YAB Perdana Menteri Malaysia

Posted by Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara on Monday, February 24, 2020

Namun, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan ‘Perdana Menteri Interim’?

  • Ini yang anda perlu tahu berkenaan apa itu Perdana Menteri Interim setakat ini:
    Kabinet kerajaan pusat bubar secara automatik.
  • Menurut pakar undang-undang, kabinet kerajaaan pusat secara automatiknya bubar sebaik sahaja Perdana Menteri meletak jawatan.

Bagaimanapun, peguam terkenal, Datuk N. Sivananthan berkata baginda boleh melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu atau menunggu keputusan pilihan raya umum jika diadakan.

Ads

Apa itu Perdana Menteri Interim? Apa itu Perdana Menteri Interim?

Sumber Foto: Bernama

Ads

Pelantikan Perdana Menteri Interim

  • Pada 24 Februari 2020, Baginda telah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
  • Malah selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan juga, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen, yang baginda berpendapat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan rakyat.
  • Sehubungan itu, Perdana Menteri Interim akan dibantu oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali bagi menjalankan pentadbiran negara, kata Presiden Majlis Peguam Negara, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor.
  • Ketua Setiausaha setiap kementerian pula, kata Abdul Fareed, berperanan menjalankan tanggungjawab dalam pentadbiran mengikut polisi sedia ada.
  • Pelantikan Perdana Menteri Interim adalah tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, jadi tempoh masanya tidak ada dan ia terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan tempoh masa pelantikan Dr Mahathir sebagai PM Interim.
  • Berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan juga, Perdana Menteri Interim tidak tertakluk kepada parti tetapi mengikut Ahli Dewan Rakyat. Perdana Menteri dipilih melalui seseorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat mandat ataupun kepercayaan kepada beliau. Ia juga mengikut budi bicara Yang Di-Pertuan Agong.

Bidang Kuasa Perdana Menteri Interim

Ads
  • Perdana Menteri secara praktikalnya akan menggalas tanggungjawab kesemua menteri dengan bantuan Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Kementerian sedia ada.
  • Selagi tiada seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberi mandat oleh ahli-ahli dewan yang lain, Yang di-Pertuan Agong juga berhak menyuarakan nasihat dan pendapatnya untuk menyelesaikan kemelut politik.

Pemilihan individu menggalas jawatan Perdana Menteri

  • Bagi pemilihan seseorang individu itu untuk menggalas jawatan Perdana Menteri, ia tertakluk kepada sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri.
  • Perdana Menteri boleh dipilih dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang mendapat mandat ataupun kepercayaan kepada beliau. Namun, ia juga masih mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

Pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri

  • Pelantikan seorang Menteri Besar dan Ketua Menteri juga tertakluk kepada bilangan sokongan Ahli Dewan kepada seseorang individu bagi menggalas jawatan tersebut dan ia tidak tertakluk kepada parti.

Pembubaran Parlimen & pelaksanaan pilihan raya

  • Bagi isu pembubaran Parlimen, kebiasaannya ia dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui nasihat Perdana Menteri.
  • Namun, dalam situasi ketiadaan Perdana Menteri dan kemelut politik yang bellum berakhir ketika ini, Yang di-Pertuan Agong berhak menggunakan inisiatifnya sendiri untuk membubarkan Parlimen.

Perkongsian petikan penuh daripada portal astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI