Amber Court Apartment ni terletak 3 km berhadapan dan sedikit bawah First World Hotel, Genting Highlands. Apartmen ni terletak dalam Pahang, namun di belakangnya tidak sampai satu kilometer ialah sempadan negeri Selangor. Dikatakan apartmen ni setinggi 23 tingkat.
Apartmen ni dibina dan dijual secara freehold. Ada dua blok apartmen dengan jumlah unit yang banyak. Setiap unit dibina luas dari jenis studiohouse ke penthouse. Dengan view yang cantik, udara segar dan sentiasa berkabus, waktu awal siap ramailah yang beli.
 
Ramai beli untuk jadikan homestay dan weekend house. Yelah sebab dekat dengan Genting Theme Park kan. Jangkaan awal lokasi ni akan popular sebagai homestay meleset. Dari satu sumber mengatakan, pemilik asal pun ramai yang dah jual unit diorang dan dah tak duduk situ. Lama kelamaan apartmen ni  terabai.

Amber Court Apartmen sekarang

Apartmen ni sekarang kelihatan usang dari luar dengan warna lumut keperangan kesan cuaca lembab di puncak. Sekali pandang memang seram. Tak pasti apa masalahnya tapi boleh kata pengurusan yang lemah. 
Awal tahun ni, apartmen ni mula dibanjiri pekerja asing. Mungkin diorang baik pulih bahagian tertentu apartmen atau kerja sekitar Genting Highland. Malah dalam satu video menunjukkan ada rumah pelacuran di atas sana. Hal ni tak disenangi oleh beberapa pemilik unit apartmen yang masih ada dan mereka tuntut penjelasan dari pihak pengurusan.
Harga pun dah jatuh teruk serendah RM30,000 untuk unit studio. Unit lain ada dijual pada RM200,000. Berani beli? 

Homestay Berhantu?

Amber Court masih terima tempahan kalau-kalau hotel lain penuh. Ada lobi dibawah yang nampak OK. Dengan harga sewa  murah, mungkin sukar nak ditolak. Luar usang, tapi bahagian dalam bilik selesa. Ada kedai runcit dan kedai dobi dibawah kalau-kalau anda nak bermalam di sini.
Ada juga beberapa unit yang masih didiami pemilik asal. Namun boleh kira bila tengok waktu malam beberapa unit yang lampunya menyala dari rumah dari beratus unit.
Carian di internet paling banyak jumpa pasal pengalaman seram diganggu makhluk halus disitu.
Mungkin sekadar cerita suka-suka tapi pelancong dari UK pun tulis di blog pasal gangguan di apartmen yang disewa ni, boleh faham sendiri. Lagipun memang banyak unit yang kosong dan hanya sekali-sekala ada pengunjung sewa bilik. Kalau da lama tinggal tu, memang suka lah jin duduk.
Cari di Youtube, ramai yang pergi sewa semalam dan eksplorasi waktu malam di apartmen ni. Saja diorang nak alami sendiri apa betul atau tak cerita gangguan makhluk halus di sana.
Dalam satu video ni, ramai kata bilik paling kerap diganggu ialah bilik B6 Tingkat 17. Sejauh mana nak percaya terpulang, tapi sunyi macam ni memang seram lah. 
Punya popular pasal Amber Court ni siap buat filem lagi…Apa nak jadi dengan Amber Court pada masa depan tak tahu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI