Sejak berlakunya krisis pandemik COVID-19, pengusaha-pengusaha hotel antara mereka yang terjejas teruk apabila tiada lagi tetamu yang berkunjung ke premis mereka.
Ini menyebabkan banyak hotel terpaksa mengambil langkah sukar dengan menutup terus operasi hotel mereka. Disebabkan itu juga, ramai kakitangan hotel yang diberhentikan kerja dalam kepayahan ketika ini. Sehingga kini belum ada angka sebenar dikeluarkan berapa jumlah hotel di Malaysia yang telah menamatkan operasi.
Berikut adalah antara hotel yang terpaksa gulung tikar setakat ini kerana situasi itu.
1- G City Club Hotel Sdn Bhd yang mengendalikan 180 bilik hotel di bawah nama dagang GTower Hotel di Kuala Lumpur menutup operasinya selepas sedekad disebabkan oleh penyusutan kadar penginapan.
Ads
2- Plenitude Bhd pula menutup operasi tiga hotelnya iaitu Mercure Penang Beach, The Gurney Resort Hotel and Residences, kedua-duanya di Pulau Pinang dan Travelodge Ipoh, Perak dengan serta-merta, disamping mengecilkan operasi di hotel yang lain.
3- Ramada Plaza Melaka Hotel yang mempunyai 294 bertaraf lima bintang turut tidak terkecuali daripada berdepan penutupan.Ia telah mengumumkan penutupannya bermula 30 Jun 2020.
Ads
4- Salah sebuah hotel tertua di Ipoh, Syeun Hotel, adalah yang terbaru untuk menutup pintunya secara kekal kerana kesan wabak COVID-19. Notis pemberhentian pekerja pada hari Khamis (30 April) yang dihantar kepada kakitangannya yang menyatakan bahawa hotel akan ditutup pada akhir 31 Mei telah diedarkan secara meluas di media sosial.
5- Kinta Riverfront Hotel and Suites turut akan ditutup secara kekal kerana masalah kewangan yang diperburukan oleh perintah kawalan pergerakan (MCO). Hotel ini ditutup pada 30 April dan merupakan yang kedua untuk mengumumkan penutupan di Ipoh kerana MCO, setelah Tower Regency Hotel and Apartment Sdn Bhd mengumumkan penutupannya awal bulan ini.
Ads
Anda ada pengalaman indah penginap di hotel-hotel ini?
Bagi sesiapa yang pernah menginap di Hotel de Art terutama di USJ 21, anda pasti tahu mengenai keunikkan yang ditonjolkan oleh hotel berkenaan. Kepada yang masih belum pernah berkunjung ke situ, Hotel de Art USJ 21 ini adalah salah satu daripada rangkaian 5 butik Hotel de Art yang lain.
Ini bukan budget hotel tau, tapi butik hotel
Wait a minute, butik hotel? Apa itu butik hotel? Okay mari Libur kongsikan sedikit maklumat mengenai butikhotel kepada anda.
Petikan daripada www.tripsavvy.com, butik hotel ini mempunyai beberapa karakter atau elemen yang tersendiri seperti; mempunyai kurang daripada 100 bilik, walaupun bersaiz kecil tapi menyediakan perkhidmatan setaraf hotel lima bintang, memberikan atmosfera yang moden dan kontemporari, diperkayakan dengan sentuhan tempatan daripada satu-satu tempat, dan memfokuskan servis makanan dan minuman selain layanan setaraf lima bintang.
Tripsavvy juga menyebut butik hotel adalah mesra kepada haiwan peliharaan tetapi dalam konteks negara Malaysia, semestinya haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
Okay cukup info mengenai butik hotel buat masa ini. Nanti kita sambung lebih lanjut dalam artikel yang lain. Kita sambung dengan cerita Libur berpeluang untuk menginap di Hotel de Art USJ 21.
Bertemakan ‘english garden’ untuk tampilkan kelainan kepada pengunjung
Setibanya saya di hotel ini yang terletak di Jalan USJ21/6, Subang Jaya, luaran bangunan dan lobi hotel mempesonakan saya dengan lukisan mural yang dilukis oleh artis professional. Anda jangan terpedaya dengan pandangan mata ya, semua corak lukisan yang ada di dinding hotel ini bukan wallpaper, tapi ianya dilukis. Sebagai seseorang yang turut meminati seni, saya boleh bagi kredit kepada pelukisnya kerana berjaya menghasilkan lukisan yang teliti dan cantik. Goodjob!
Pemilihan perabot dalaman dan hiasan dinding juga secara peribadi saya boleh katakan kena dengan konsep. Siap ada pendiang api, tapi pendiang api palsu la. Tak sesuai letak pendiang api dalam bangunan di Malaysia ni sebab kita bukan ada musim sejuk pun. Cuma attention to detail Hotel de Art USJ 21 ini saya rasa berjaya untuk memberikan mood berdasarkan konsep english garden mereka.
Koridor dan bilik hotel turut dihiasi lukisan mural
Usai proses check-in, saya pun berjalan menuju ke bilik yang diberikan di tingkat dua. Apa yang menarik perhatian saya adalah ruang koridor dan bilik turut dihiasi dengan lukisan mural. Dalam hati terdetik, jenuh juga pelukis ni nak lukis satu bangunan, habis satu dinding tu dia lukis. Tapi hasil lukisan inilah yang membuatkan rangkaian Hotel de Art menang anugerah emas kategori Creative & Innovative Boutique Hotel anjuran Malaysia Tourism Council Gold Award 2018. Kudos Hotel de Art!
Lokasinya berdekatan dengan lokasi hotspot di USJ
Pengunjung yang datang atas urusan kerja dan mesyuarat atau perlu menghadiri majlis, kursus dan seminar boleh letakkan Hotel de Art USJ 21 ini dalam senarai pilihan kerana lokasinya berada berhampiran dengan One City Mall, Main Place Mall, stesen LRT dan 10 minit memandu daripada Plaza Tol USJ. Hotel ini menyediakan 27 bilik bermula dari harga RM88 rasanya mampu untuk memenuhi keperluan anda untuk bermalam sekiranya ingin menghadiri majlis kahwin di One City Mall atau menghadiri seminar di Main Place Mall keesokkan harinya.
Cuma.. Hotel de Art USJ 21 ni kurang pada beberapa perkara
Pendapat saya, Hotel de Art USJ 21 ini mampu menepati 100% karakter dan elemen yang perlu ada pada sesebuah butik hotel kalau mereka mampu menyediakan makanan dan minuman dalam hotel yang bersesuaian kepada pengunjung.
Hotel de Art USJ 21 ada menyediakan ruang dapur yang selesa untuk kegunaan pengunjung, tapi tidak lebih daripada itu. Makanan dalam hotel yang disediakan juga adalah makanan frozen yang perlu dipanaskan semula.
Kepada para pengunjung yang ingin menginap di sini, pastikan anda makan terlebih dahulu di mana-mana kerana tiada restoran berdekatan yang boleh anda pergi dengan berjalan kaki dalam jangka masa 5 minit.
Kedua, hotel ini bukan untuk backpack. Walaupun menawarkan harga serendah RM88, rasanya tidak bersesuaian dengan backpack tourist yang mahukan harga budget terendah untuk kos penginapan mereka. Hotel de Art USJ 21 ni nampak macam budget hotel, tapi sebenarnya tidak. Dia butik hotel. Ada perbezaan di situ, so take note fellows.
Selain daripada makanan frozen hotel, ketiadaan restoran berdekatan dan tidak sesuai untuk backpack tourist, saya rasa Hotel de Art USJ 21 adalah butik hotel yang sesuai dengan anugerah yang dimenanginya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Waktu bercuti adalah waktu untuk enjoy dan berehat. Pasti akan rosak percutian itu kalau anda terlibat dengan kemalangan ataupun sakit sepanjang waktu di tempat percutian.
Ketahui 8 cara mudah untuk mengelakkan dari tercedera ataupun sakit sepanjang bercuti.
1. Ambil vaksin – Pergilah ke klinik kerajaan atau hospital swasta bagi mendapatkan khidmat ini. Periksa terlebih dahulu vaksin apa yang perlu mengikut negara yang anda mahu pergi tersebut.
2. Jauhi makanan separa masak atau mentah di hotel. Perut kebanyakkan orang Malaysia ni tak boleh terima makanan mentah, melainkan dia dah biasa makan sushi.
3. Pastikan anda minum air mineral daripada botol sahaja. Jangan jerang air paip atau water filter untuk minum.
4. Jangan mandi manda dalam kolam air yang berkeladak atau tampak kotor. Kita tidak tahu bakteria dan kuman apa yang ada dalam air tersebut.
5. Habiskan masa di bawah teduhan. Waktu panas elakkan berkeliaran ke hulu ke hilir di bawah terik matahari.
6. Elakkan street food yang diragui kebersihannya. Sememangnya kita nak cuba street food apabila sampai di negara orang, tapi biarlah berpada-pada soal kebersihan. Lebih baik makan di restoran yang mempunyai reputasi yang baik.
7. Sebaiknya jangan minum air berais. Kita tidak tahu sumber air yang membentuk ais tersebut.
8. Pastikan anda kekal hidrat dan banyakkan pergerakan sepanjang dalam penerbangan yang lama dan panjang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi yang mahu bersiar-siar bersama keluarga hujung minggu ini terutama yang tinggal di Gopeng, Perak bolehlah pergi ke Taman Alam Kinta. Ini kerana di lokasi ini telah diiktirafkan oleh Persatuan Alam Malaysia sebagai kawasan yang menjadi habitat kepada lebih daripada 150 jenis burung air. Bukan saja dihuni oleh ribuan burung malah sangat sesuai dijadikan lokasi bergambar.
Berkeluasan 900 hektar dan merupakan n bekas tapak lombong bijih timah ia menyajikan pemandangan yang sangat indah serta keadaan persekitaran yang cukup menenangkan.
Taman Alam Kinta terletak di Batu Gajah ini merupakan syurga dunia bagi ribun burung dari pelbagai spesis terdiri dari burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, tiong air, penyelam, panglim, bangau dan lain-lain spesis burung lagi yang mampu menjadi tarikan pelancong.
Pengerusi Taman Alam Kinta, Jek Yap menyatakan kajian tersebut yang dijalankan daripada 8 hingga 24 Januari menunjukkan bahawa Taman Alam Kinta didiami oleh 1,381 burung air di mana populasi tersebut telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding tahun 2009. Malah Taman Alam Kinta ini turut dihuni oleh pelbagai jenis ikan dan memerang yang sentiasa mencari makanannya.
Taman ini Sebuah menara pemerhati burung dibina agar pelancong dapat memerhati habitat burung-burung air di Taman Alam Kinta ini.
Bagaimana nak ke sini?
Dipetik dari Perak Today, terdapat dua jalan masuk ke sini. Yang pertama adalah laluan daripada Batu Gajah dan yang kedua adalah daripada Gopeng/Kampar.
Jika daripada Batu Gajah, anda akan melihat sebuah papan tanda penanda arah ke kawasan ini berdekatan dengan lampu isyarat simpang empat di Jalan Bemban. Bagi laluan daripada Gopeng/Kampar, jalan masuk ke taman negeri ini adalah berhadapan dengan Klinik Desa Kota Bharu, Gopeng.
Setibanya anda ke sini, sebagaimana memasuki mana-mana taman negeri, para pelawat harus mendaftarkan diri terlebih dahulu di kaunter ranger di sini. Ia dibuka setiap hari, seawal jam 8:00 pagi sehingga 6:00 petang.
Difahamkan sekitar tengah hari dan lewat petang, keberadaan burung di sini sangat banyak.
Taman Alam Kinta ini juga mempunyai beberapa kemudahan asas seperti tandas, pondok berehat dan juga tapak dewan terbuka. Di sini juga turut mempunyai kawasan untuk menjalankan aktiviti perkhemahan.
Jadi kalau boring2 di hujung minggu ini, jangan lupa ke sini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!