Anda Suka Buat Travelog? Hotel KL Journal Mungkin Sesuai Untuk Anda

Share

Setiap kali memikirkan destinasi penginapan di dalam negeri, anda perlukan masa untuk mencari penginapan yang selesa dan berbaloi. Mulai dengan memeriksa harga di pelbagai agen pelancongan seperti Agoda, melihat review di blog-blog peribadi dan Trip Advisor, hingga memeriksa lokasi penginapan di Google Maps dan menyesuaikannya dengan jadual yang telah disusun.

Lokasi penginapan yang dekat dengan pengangkutan awam ini sering kali jadi keutamaan kerana mudah bergerak ke mana-mana sekitar Kuala Lumpur

Bagi yang ingin merasai pengalaman sebenar tinggal di Kuala Lumpur, Hotel The Kuala Lumpur Journal harus menjadi pilihan. Lokasinya cukup strategik di mana terletak di persekitaran Bukit Bintang. Hotel berkonsep butik ini direalisasikan bagi memenuhi keperluan pelancong independent,

mahupun pelancong berkumpulan yang mencari alternatif selain menginap di hotel standard yang biasa boleh ditemui di pusat bandar itu.

Sesuai dengan konsep hotel, KL Journal menyerlahkan gaya seni bina Malaysian Mid-century Modernist  melalui pengaruh seni deco, gril hiasan dari besi tempa yang biasanya dilihat di dalam seni bina Asia Tenggara, lampu rigged, permukaan logam dan kayu. Malah, budaya tempatan ditonjolkan melalui classic KL Iconography dan memorabilia yang dibentangkan di setiap bilik king dan twin deluxe serta lapan suite sudut.

Ruang bilik menampilkan inspirasi potret hitam putih kehidupan karya Che’ Ahmad Azhar, seorang jurugambar jalanan terkenal yang mempamerkan koleksi visual 20 gambar-gambar Kuala Lumpur digunakan untuk hotel. Hotel yang mempunyai 112 bilik ini diberi sentuhan palet warna natural. Tingkap besar terbina dari lantai hingga siling membolehkan tetamu menikmati kawasan persekitaran di sepanjang masa. Tambah selesa apabila tidur anda bertemankan tilam ergonomik dan high thread count sheets,

lena diulit mimpi.

Tetamu masih boleh berhibur meski hanya memilih untuk santai di dalam bilik. Bertemankan skrin rata 40 inci dengan kabel HDMI dan port caj USB, sambungan bluetooth tanpa wayar ke sistem audio stereo berkualiti tinggi menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan hati.

Melengkapi standard KL Journal sebagai sebuah hotel sempurna, kolam renang air masin direka di aras bumbung dengan pemandangan hebat ke arah bandar terutamanya pada waktu senja, selain itu turut menyediakan gimnasium untuk tetamu hotel yang gemar melakukan aktiviti fizikal dan seumpamanya.

KL Journal dikatakan hotel ideal untuk merasai kehidupan Kuala Lumpur dengan suasana retro moden dan diinspirasikan persekitaran asli tempatan. Rasai pengalaman menginap di sini.

Oleh
putri.adila