Anak-Anak Suka Bermain Dengan Haiwan Ternakan? Korang Wajib Singgah Ke UK Farm Agro Resort

Share

Teringin melakukan percutiaan agrotourism bersama keluarga? Anak-anak anda suka dengan haiwan ternakan?

Menghirup udara segar dengan kehijauan pokok dan angin yang bertiup lembut cukup mendamaikan. Kelibat kambing, lembu, burung unta dan kuda yang asyik meragut rumput ditambah keriuhan ayam serta itik pula memberikan suasana itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Kepelbagaian pokok buah-buahan di dusun yang luas dan kesuburan sayur-sayuran organik melengkapkan suasana mendamaikan. Semua itu antara pengalaman yang boleh anda dan keluarga lakukan di UK Farm Agro Resort yang terletak di Batu Pahat, Johor.










Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Anak-anak kecil pasti tersenyum gembira dapat mendekati haiwan-haiwan comel yang dibiarkan bebas di dalam mini zoo di ladang ini. Bukan setakat bermain dengan haiwan, anda sekeluarga juga dapat merasai pengalaman memberikan haiwan-haiwan ini makan di kawasan ladang.
















Memandangkan, ladang ini agak luas untuk diterokai, orang ramai tidak perlu risau untuk mengembara di dalamnya kerana terdapat kemudahan tram yang disediakan. Selain boleh meneroka seluruh kawasan ladang haiwan ternakan dan ladang tumbuh-tumbuhan, anda juga boleh menginap di sini tau! Tinggal sehari dua di ladang ini pastinya memberikan lebih pengalaman hidup sebagai seorang 'peladang' yang sebenar.




Jom cuti-cuti Malaysia`

Foto: UK Farm Agro Resort

Oleh
Husna