Teringin melakukan percutiaan agrotourism bersama keluarga? Anak-anak anda suka dengan haiwan ternakan?
Menghirup udara segar dengan kehijauan pokok dan angin yang bertiup lembut cukup mendamaikan. Kelibat kambing, lembu, burung unta dan kuda yang asyik meragut rumput ditambah keriuhan ayam serta itik pula memberikan suasana itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Ads
Kepelbagaian pokok buah-buahan di dusun yang luas dan kesuburan sayur-sayuran organik melengkapkan suasana mendamaikan. Semua itu antara pengalaman yang boleh anda dan keluarga lakukan di UK Farm Agro Resort yang terletak di Batu Pahat, Johor.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Anak-anak kecil pasti tersenyum gembira dapat mendekati haiwan-haiwan comel yang dibiarkan bebas di dalam mini zoo di ladang ini. Bukan setakat bermain dengan haiwan, anda sekeluarga juga dapat merasai pengalaman memberikan haiwan-haiwan ini makan di kawasan ladang.
Memandangkan, ladang ini agak luas untuk diterokai, orang ramai tidak perlu risau untuk mengembara di dalamnya kerana terdapat kemudahan tram yang disediakan. Selain boleh meneroka seluruh kawasan ladang haiwan ternakan dan ladang tumbuh-tumbuhan, anda juga boleh menginap di sini tau! Tinggal sehari dua di ladang ini pastinya memberikan lebih pengalaman hidup sebagai seorang 'peladang' yang sebenar.
Selepas tamat PKP kawasan pantai di sekitar negeri selatan semenanjung Malaysia kembali bernyawa dan menjadi tumpuan apabila kembali dibuka kepada kunjungan orang ramai dan peniaga untuk beroperasi.
Bagi yang bercuti ke negeri Johor atau Negeri Sembilan bolehlah singgah ke pantai-pantai ini yang turut jadi tumpuan penduduk sekitar untuk bersantai bersama teman dan keluarga.
Pantai Port Dickson
Pantai ini cukup popular dalam kalangan warga Kuala Lumpur dan Selangor kerana jaraknya yang agak dekat. Malah ia juga menjadi tumpuan penduduk dari negeri jiran terdekat Melaka dan juga ‘orang nogori’ sendiri yang suka berlibur di pantai ini. Terdapat beberapa pantai yang popular di sini seperti Pantai Teluk Kemang dan Blue Lagoon yang terletak arah selatan dari bandar Port Dickson.
Mencari lokasi penginapan ideal? Ada deretan hotel di sepanjang 18km pantai Port Dickson, dari hotel lima bintang hingga ke hotel bajet. Pelbagai restoran dan gerai juga tersedia menjual makanan dan minuman pada harga yang berpatutan.
Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain daripada mandi laut seperti menunggang jetski, menaiki banana boat atau pun mencuba sukan parasailing. Lautan manusia di pantai Port Dickson setiap kali hujung minggu sebelum ini membuktikan ia merupakan pantai kesukaan pelancong domestik.
Pantai Tanjung Bidara
Untuk merehatkan fikiran, lokasi percutian yang menarik dan menyajikan panorama indah pastinya menjadi pilihan. Selalunya percutian di pantai menjadi pilihan ramai kerana suasana persekitarannya yang tenang sambil mendengar alunan bunyi ombak yang damai.
Jika anda berkesempatan singgah di Melaka Bandaraya Bersejarah, jangan lepaskan peluang singgah di Pantai Tanjung Bidara yang terletak di daerah Alor Gajah.
Terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah, Pantai Tanjung Bidara turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.
Bagi yang gemar memancing pula, Pantai Tanjung Bidara tetap menjadi destinasi tumpuan memancing pesisir pantai dengan habuan seperti ikan gelama, siakap, kerapu, jenahak dan pari.
Walaupun usia kewujudan kawasan Pantai Tanjung Bidara dipercayai sama dengan zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan berusia lebih 500 tahun, persekitaran kawasan di sini masih tetap terpelihara. Malah, jika dulu ia terkenal sebagai kawasan yang digeruni lanun dan perompak, kini Tanjung Bidara menjadi lokasi percutian menarik di Melaka.
Pantai Desaru
Merupakan kawasan pesisiran pantai di Johor, dua kilometer dari Bandar Penawar. Pantainya putih dan bersih. Pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan di sini untuk seisi keluarga yang ingin lari dari kesibukan kotaraya.
Setiap minggu kelihatan ribuan warga Singapura menjadikan destinasi ini sebagai tempat riadah hujung minggu mereka. Terdapat berpuluh pilihan tempat penginapan yang menawarkan kira-kira 5000 bilik daripada pusat peranginan terkemuka hingga hotel bajet yang mesra keluarga.
Ia juga kian menjadi tempat pilihan peluncur ombak semasa musim monsoon Laut China Selatan. Aset utamanya tentulah pantai yang bersih sepanjang 25 kilometer sesuai untuk sebarang aktiviti rekreasi air dan sukan pantai.
Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gunung berapi Anak Krakatau, yang pernah meletus pada 2018 dan mencetuskan tsunami mengorbankan beratus nyawa, kembali meletus pada malam 10 April 2020 lalu.
Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi, Mitigasi dan Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, letusan itu berlaku pada jam 9.58 malam, yang mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 500 meter.
Ketika ini Gunung Anak Krakatau berada pada Status Level II (Waspada) dan penduduk sekitar tidak diperbolehkan mendekati kawah dalam radius 2 km dari kawah.
Pada 22 Disember 2018, lebih 400 orang terkorban akibat letusan gunung itu yang menyebabkan berlaku runtuhan sebahagian gunung berkenaan serta pergerakan tanah di bawah dasar laut yang mencetuskan tsunami.
Pakar mengatakan Anak Krakatoa muncul pada 1928 di kaldera Krakatoa, sebuah pulau gunung berapi yang meletus pada 1883. Dengan aliran lahar yang seterusnya yang tercetus daripada submarin menjadi pulau gunung berapi kecil, dengan konnya kini berdiri pada ketinggian kira-kira 300 meter dari paras laut.
Sejak kemunculannya, Anak Krakatoa yang berada dalam keadaan aktiviti letupan separa-berterusan, semakin meningkat kerana mengalami letusan setiap dua hingga tiga tahun. Tiada sesiapa yang tinggal di pulau ini, tetapi puncaknya begitu popular dalam kalangan pelancong dan merupakan kawasan kajian utama untuk ahli vulkanologi.
Foto: Jakarta Post
Semasa Krakatoa meletus pada 27 Ogos 1883, ia memuntahkan abu sejauh lebih 20 kilometer ke udara dalam satu siri letupan hebat sehingga dapat didengar di Australia dan sehingga 4,500 kilometer jauhnya dekat Mauritius. Awan abu yang besar meliputi kawasan itu, mengakibatkan kegelapan selama dua hari. Tsunami yang dicetuskan oleh letusan itu mengorbankan lebih 36,000 nyawa, dan menjadi salah satu bencana alam terburuk di dunia.
Sumber: Bernama | Mstar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau nak rasa suasana menginap di kelilingi bendang atau sawah padi, boleh cuba booking di Mirnaz Roomstay.
Haaa.. tip kalau nak pemandangan yang terbaik dan padu kena datang sini pada musim anak padi dapat tengok view hijau atau musim padi masak (view kekuningan).
Ruangan untuk mandi-manda pun depan chalet sahaja, bangun pagi boleh terus terjun mandi.
Anda boleh mandi dari 9 pagi hingga 10 malam.
Ada roomstay berbentuk A Shape, Rumah Kampung atau nak pasang khemah pun ada ruang di level 1 (tempat BBQ).
Waktu pagi, kalau ada binokular boleh teropong burung helang yang tengah cari makan. Memang anda akan dapat kaut pengalaman yang best bila menginap disini.
Apa Yang Menarik
1. Bilik bersih selesa.
2. Parking luar pagar dan rezeki sebelah ja parking tepi homestay.
3. Owner homestay ade sediakan dapur untuk anda yang nak masak. Siap ada mesin air coway dan dapur gas.
4. Jarak ke bendang sangat lah dekat 100 meter pun tak sampai. Bagus nye homestay ni dia agak privacy dan orang luar tak boleh masuk hanya pengunjung dalam itu sahaja.
5. Proses checkin sangat cepat siap.
6. Pool: ada dua satu untuk dewasa dan satu untuk kanak-kanak.
Jadi kalau betul nak berdamai dengan alam semula jadi, ini adalah tempat terbaik untuk anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...