Ambil Perhatian Ya, Jadual Perjalanan Tren KTMB Ke Pantai Timur Diubah

Share

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perubahan operasi melibatkan perkhidmatan tren yang bermula dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas disebabkan keadaan semasa musim tengkujuh di kawasan pantai timur.

  • Penumpang dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas diminta menaiki tren dari Stesen Tanah Merah dan digesa menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke stesen itu.
  • Tren No. 27 dari Tumpat ke JB Sentral yang dijadualkan berlepas pada 6.50 petang semalam, sebaliknya bermula dari Stesen Tanah Merah pada 7.49 petang. Perubahan berkuatkuasa sehingga notis terkini dikeluarkan KTMB.
  • Penumpang boleh membuat pertukaran tarikh, masa atau membatalkan perjalanan itu dan pemulangan harga tiket penuh akan diberikan bagi sebarang pembatalan.

KTMB berharap penumpang terus mendapatkan maklumat terkini berkaitan operasi tren-tren di Wilayah Timur dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24 jam dengan menelefon 03-22671200. Maklumat juga boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter)

Oleh
Husna