Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perubahan operasi melibatkan perkhidmatan tren yang bermula dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas disebabkan keadaan semasa musim tengkujuh di kawasan pantai timur.
Ads
Penumpang dari Stesen Tumpat, Wakaf Bharu dan Pasir Mas diminta menaiki tren dari Stesen Tanah Merah dan digesa menggunakan perkhidmatan alternatif untuk ke stesen itu.
Tren No. 27 dari Tumpat ke JB Sentral yang dijadualkan berlepas pada 6.50 petang semalam, sebaliknya bermula dari Stesen Tanah Merah pada 7.49 petang. Perubahan berkuatkuasa sehingga notis terkini dikeluarkan KTMB.
Penumpang boleh membuat pertukaran tarikh, masa atau membatalkan perjalanan itu dan pemulangan harga tiket penuh akan diberikan bagi sebarang pembatalan.
KTMB berharap penumpang terus mendapatkan maklumat terkini berkaitan operasi tren-tren di Wilayah Timur dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi 24 jam dengan menelefon 03-22671200. Maklumat juga boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ktmb.com.my atau ktmberhad (Facebook), ktmbofficial (Instagram), @ktm_berhad (Twitter)
Ads
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
‘Kaki game’, peminat animasi, E-sport, pencinta dan pencipta kandungan anda wajib hadir ke Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024 : Level Up Play yang akan berlangsung 13-15 September nanti.
Bersamaan dengan tarikh permulaan cuti sekolah, ia masa terbaik untuk membawa ahli keluarga yang meminati kandungan digital bagi meneroka ilmu baru dalam lapangan ini.
Festival kandungan digital terbaik dari Malaysia, Asia Tenggara anjuran Perbadanan Ekonomi Digital(MDEC) akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini bakal menyajikan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya adalah;
Pertandingan dan perlawanan E-sport, PC & Mobile
Kejohanan permainan Kad Terbesar dari jenama terkemuka
Zon permainan interaktif yang menampilkan permainan, perkakasan dan perisian terkini.
Persembahan dan aktiviti animasi Malaysia yang memukau.
Pencipta kandungan digital dan influencer paling popular
Mengambil tempat di dewan pameran yang luas, festival ini akan mengetengahkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian dan aksesori. Raksasa industri seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi akan menyertai acara ini.
Anda juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan pempamer, mencuba produk baharu, dan menerokai teknologi permainan dan animasi yang terkini.
Menarik tahun ini MYDCF memperkenalkan jenama baru iaitu MY Digital Maker, dengan sasaran 15,000 pelajar dari sekolah dan akan menarik lebih banyak pengunjung, meliputi keseluruhan ekosistem kandungan digital dari pendidikan ke bakat di Creators Expo KL dan kandungan digital paling inovatif di Level Up Play.
Level Up Play adalah komponen acara Business to Consumer (B2C) bagi Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) untuk meraikan konten digital terbaik yang dihasilkan oleh Malaysia, Asia Tenggara & Global. Acara menarik di sini;
Pameran, Demo dan Pelancaran Permainan Digital
Pameran Permainan Indie Terbesar di Asia Tenggara (Taiwan, Australia, Hong Kong, Malaysia)
Pameran dan Aktiviti Animasi Terkenal Malaysia
Bushiroad Expo 2024
Pameran, Demo dan Jualan Permainan PC
ACER Liga Predator 2024
MLBB Junior Cup 2024 dan PUBGM Pertandingan Terbuka
Kejohanan ERacing Antarabangsa 2024 dan Kejohanan eFootball Pocket
Persembahan Pentas Tanpa Henti dari mini-konsert
Jualan Pelbagai Mainan & Merchandise dengan harga istimewa
Pameran komik terbesar dari artis terkenal tempatan, Vtuber, dan aktiviti cosplay
Sertai juga aktiviti gamifikasi untuk memenangi barangan eksklusif MYDCF.
Dalam pada itu Nu Ideaktiv Sdn Bhd tidak ketinggalan menyertai festival ini sebagai rakan media selain turut menampilkan aktviti menarik melalui jenama Seeni dan Klik.
Agar tidak ketinggalan mengikuti festival kandungan digital yang meriah ini dapatkan tiket lebih awal di Ticket2U, dengan diskaun istimewa sehingga 25% off.
Lawati juga laman web rasmi Level Up Play di https://mydcf.my/play/ bagi merancang pengalaman menarik di festival ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kapten Izham Ismail telah dilantik sebagai Pengarah eksekutif Malaysia Airlines Bhd dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menggantikan Peter Bellew.
Lembaga Pengarah Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) berkata pelantikan Kapten Izham selari dengan pelan yang dibuat MAB sebagai sebahagian daripada 12 Pelan Pemulihan MAS.
“Untuk memastikan peralihan yang lancar, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga akan diadakan sehingga enam bulan.
“Ia akan diketuai oleh Pengerusi Tan Sri Md Nor Yusof dan akan merangkumi anggota lembaga Tan Sri Krishnan Tan Boon Seng, Tan Sri Zamzamzairani Isa dan Sheranjiv Sammanthan,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Kapten Izham miliki 38 tahun pengalaman dalam industri penerbangan, setelah memulakan kerjayanya dengan Malaysia Airlines sebagai juruterbang pada tahun 1979.
Dia memecahkan rekod penerbangan dunia dengan menerbangkan B777-200 Malaysia Airlines pertama ke timur dari Seattle ke Kuala Lumpur dan kembali.
Penerbangan itu menetapkan rekod dunia baru bagi penerbangan terpanjang dan penerbangan pusingan dunia terpantas oleh pesawat komersial, dengan jumlah masa penerbangan 41 jam 59 minit lebih kurang 23,310 batu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Aktiviti menunggang gajah adalah salah satu tarikan paling popular di kalangan pelancong yang datang ke Angkor Wat, Kemboja.
Walau bagaimanapun, aktiviti menunggang gajah yang dilatih khas untuk tujuan menarik minat pelancong ke tempat itu akan dihentikan sepenuhnya menjelang tahun depan.
Sekumpulan 14 ekor gajah yang dipaksa berkerja setiap hari membawa pelancong itu akan dipindahkan ke pusat konservasi dan pembiakan awal tahun depan. Perkara itu sudah disahkan oleh Jawatankuasa Kawanan Gajah Angkor Wat (JKGAW).
⚠️ TRAVIA ⚠️ Seramai 2.5 juta pelancong antarabangsa melawat Angkor Wat setiap tahun
Pada tahun 2016, seekor gajah di sana dilaporkan mati ketika sedang membawa dua orang pelancong mengelilingi monumen bersejarah itu seterusnya mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat antarabangsa akibat kejadian yang berlaku.
Dua tahun selepas itu pada 2018, satu petisyen berkenaan resolusi untuk menghentikan penderaan terhadap gajah di sana telah mendapat 14 ribu tandatangan dalam masa 48 jam selepas sekali lagi haiwan gergasi itu mati akibat kepenatan selepas membawa pelancong.
Menurut Pengarah JKGAW, Oan Kiry, aktiviti menunggang gajah di Angkor Wat akan dihentikan namum pelancong masih boleh berjumpa dengan gajah dan bergambar bersama haiwan tersebut di pusat konservasi dan pembiakan di mana haiwan tersebut bakal ditempatkan kelak.
Dianggarkan terdapat 70 ekor gajah yang dikomersialkan dan pakar mentakrifkan bahawa masih ada lebih kurang 500 ekor gajah liar di Kemboja.
Jumlah gajah di Kemboja dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara didapati menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat daripada pemburuan haram, pemusnahan habitat alam semula jadi dan konflik diantara manusia dan haiwan tersebut akibat pembangunan.