Ambil Gambar di Danau Toba Puas-puas, Makan Sedap-sedap, Wanita Ini Kongsi Itinerari  3H2M Ke Medan Indonesia. Bajet Seorang RM1K!

Share

Danau Toba yang terletak di Medan, Sumatra Utara, Indonesia memang terkenal dengan keindahan dan kecantikkannya. Merupakan tasik terbesar di Indonesia, kalau ke sini memang kena banyak-banyak ambil gambar.

Selain tempat yang cantik, pilihan makanan di sini juga pelbagai. Berpeluang bercuti ke Danau atau tasik terbesar di Indonesia ini digunakan sebaiknya buat 2 sahabat Noor Ashikin A Razak dan Puan Ery.

Mengikuti tour dari travel agent sepanjang percutian, mereka berdua sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Banyak gambar yang dirakam untuk kenangan, bajet pun habis dalam RM1k seorang. Memang teruja tengok gambar-gambar yang dikongsikan!

Trip North Sumatra, Medan Indonesia

Flight Ticket : Rm250 per pax thru Air Asia

Pakej dengan tourist guides (All in include makan 3hari 2 malam dan hotel 2malam)

Day 1

-Welcome KNO

– Lunch Ayam Penyet Cindelaras

-Otw Parapat Via Tebing Tinggi

– Singgah beli Kopi Jadoel (recommended)

dan roti kacang hijau Haji Eliya Lubis

– Singgah ke Paten (kedai jual kacang2 pangpang, pingping, pungpung)

– Sampai Kampung Parapat

-Danau Toba (Bot dari Parapat ke Pulau Samosir)

– Check in Hotel Samosir Cottages

– Dinner di Kampung Tuktuk

– Kalau bran, boleh karaoke sampai satu kampung leh dengar

Day 2

-Breakfast hotel

– Check out Hotel Samosir

Naik Ojek (Pak Rudy)

– Huta Siallagan ( Perkampungan Kaum Batak)

– Wisata Tomok Village (Tarian Patung Sigale-gale)

– Shopping di perkampungan Tomok Village

– Makam Keramat Tomok

– Naik bot balik ke Seberang Jeti Parapat

– Lunch Nasi Padang di Parapat

– Pantai Bebas

-Batu lihi

-Simarjarunjung

-Sipiso² Water Fall

-Berastagi

-Check in Hotel Garden di Berastagi

– Dinner makan sedap Cafe Bistro Berastagi

Day 3

– Breakfast hotel dan check out

– Pasar Buah Berastagi, Naik Kuda

– Otw Medan

-Lunch Nasi Simurang Jaya Medan

-Istana Maimun

– Shopping Telekung, Batik, Kain Pelekat di Bandar Medan

-Belanja Cake Lapis dan Ambon

-Otw Bandara KNO

Bye-bye Danau Toba

Trip kali ini bersama-sama tour guide Tourmedan Cutibudget yang sangat friendly dan tak berkira. Yang paling penting rajin layan amik pic yang beratus-ratus keping tanpa penat.

Ibnu R Siregar dari TourMedan CutiBudget sangat recommended. Sila lah pm beliau…ambikk gambar pun pandai..cantik-cantik.

LIBUR: Nak dapatkan banyak lagi maklumat, boleh klik pautan kat bawah untuk tengok posting mereka tentang percutian ke Medan. Di bahagian komen ada diberikan beberapa maklumat tambahan untuk korang.

Kredit: Noor Ashikin A Razak dan Puan Ery

 

 

Oleh
SAHR