Berita

Amaran Ribut Petir Hari Ini Di Beberapa Kawasan Seluruh Malaysia

Share

Jika anda ada pelbagai urusan yang ingin dilakukan hari ini, bersiap sedia dengan cuaca ditempat anda.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 3.00 pagi, esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Foto: Suara Perak

Kawasan lain yang diramal turut terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang di Kedah; Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong di Pahang dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

Selain itu, di Selangor kawasan yang dijangka terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala di Johor ialah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sumber: Astroawani

Oleh
Husna