Amaran ribut petir telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia petang tadi dan orang awam dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti luar buat masa seketika.

Amaran yang dikeluarkan melibatkan semua negeri di semenanjung tanah air terutamanya di kawasan yang berhampiran dengan pantai seperti pantai barat dan pantai timur semenanjung.

Amaran Ribut Petir Di Seluruh Semenanjung Petang Ini Hingga Malam

Ads

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu),  Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Perak Tengah dan Hilir Perak), Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang), WP Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin), Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga 8:00 malam; Selasa, 2 April 2019.

Ads

Manakala ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka di negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut dan Kuantan), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), WP Kuala Lumpur, Johor (Segamat) sehingga 8:00 malam; Selasa, 2 April 2019.

Ads

Kepada anda diluar sana, awasi anak-anak anda agar mereka tidak bermain hujan di luar rumah dan kepada yang ingin pulang berkerja dengan memandu atau menunggang kenderaan, pastikan jarak selamat dan berhati-hati sepanjang perjalanan.

Semoga anda selamat sampai ke destinasi.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI