pasar bisik

Pasar Bisik merupakan pasar unik di Kuala Muda, Penaga kerana suasananya tenang, tanpa sebarang laungan atau teriakan yang menjadi kebiasaan di pasar lain. Istimewanya pasar ini hanya kelihatan beberapa individu berbisik sesama sendiri dan selang beberapa minit, bilangan jari saja yang ditunjukkan sesama mereka.

Amalan Berbisik Antara Nelayan Di ‘Pasar Bisik’ Perlu Dihentikan Ketika Penularan COVID-19
Foto: Google Image
Amalan Berbisik Antara Nelayan Di ‘Pasar Bisik’ Perlu Dihentikan Ketika Penularan COVID-19
Foto: mstar

Itulah keunikan Pasar Bisik menjalankan urus niaga atau aktiviti bidaan ikan secara berbisik ini sejak sekian lama. Selalunya pembeli, pemborong dan pengusaha bertandang ke Kompleks Pasar Bisik Ikan Kuala Muda seawal jam 8 pagi menunggu kepulangan nelayan ke jeti.

Prinsip jualan bisik cukup mudah. Pemborong atau orang perseorangan akan berbisik kepada nelayan untuk membeli hasil tangkapan mereka seperti ikan, udang, sotong dan ketam. Mereka menawarkan harga yang diingini dan nelayan akan menjual hasil tangkapan berdasarkan ‘harga bisik’ paling tinggi.

Amalan Berbisik Antara Nelayan Di ‘Pasar Bisik’ Perlu Dihentikan Ketika Penularan COVID-19

Ads
Amalan Berbisik Antara Nelayan Di ‘Pasar Bisik’ Perlu Dihentikan Ketika Penularan COVID-19
Foto: Sinar Harian

Bagaimanapun bagi membendung penularan wabak COVID-19, para nelayan di Pasar Bisik ini dinasihatkan supaya menghentikan amalan berbisik, iaitu tradisi yang digunakan untuk menentukan harga jual beli hasil tangkapan laut segar antara nelayan dan pelanggan.

Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun amalan berbisik adalah satu keunikan di pasar itu dalam urusan tawar menawar, namun dalam keadaan sekarang mereka harus mementingkan soal kesihatan dan keselamatan terlebih dahulu.

Ads

Amalan Berbisik Antara Nelayan Di ‘Pasar Bisik’ Perlu Dihentikan Ketika Penularan COVID-19

Ads
Amalan Berbisik Antara Nelayan Di ‘Pasar Bisik’ Perlu Dihentikan Ketika Penularan COVID-19
Foto: Google Image

“Mereka perlu menyesuaikan diri dengan normal baharu ini dan lakukan perubahan dari segi mekanisme dan modus operandi. Amalan berbisik memang tidak boleh… macam mana nak bisik dari jarak satu meter. Berikutan itu, para nelayan perlu mempamerkan harga hasil tangkapan dan tidak dibenarkan untuk berbisik bagi menjual hasil laut,” katanya.

Beberapa hari lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah mengarahkan Pasar Bisik Kuala Muda ditutup selama tujuh hari, kerana didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Pasar Bisik mungkin akan beroperasi semula atau tidak dalam masa terdekat ini bergantung sepenuhnya kepada kepuasan hati pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), terhadap pematuhan SOP selepas ini.

Sumber: Bernama | BHarian

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI