Alys Villa Cempaka ialah villa baharu yang unik di Kuantan, Pahang, yang menawarkan kolam renang peribadi, kawasan ruang tamu dan makan luar, serta dapur kecil.
Alys Villa Cempaka Pahang
Terletak berdekatan dengan Pantai Cempaka, pantai yang indah dengan air yang jernih dan pasir putih. Villa ini mempunyai dua bilik tidur dengan katil king dan bilik mandi en-suite, dan boleh menampung sehingga empat tetamu.
Banyak Kemudahan Dalam Villa
Okay, ini kemudahan lain yang anda boleh dapat bila masuk sini:
Kolam Renang Peribadi – pancuran luar
2 Bilik Tidur (1 katil king setiap bilik)
2 bilik mandi en-suite (pemanas air)
Kawasan Ruang Tamu dan Makan Luar Terbuka
Dapur Kecil – peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, pemanas air Coway
Ini merupakan tempat yang sempurna untuk pelarian santai dan mesra alam, kerana ditenagakan oleh tenaga solar dan mempunyai reka bentuk minimalis. Anda boleh membuat tempahan penginapan di Alys Villa Cempaka di Airbnb.
Lokasi:
Alys Villa Cempaka Kuantan Pahang.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terokai Alam Semula Jadi di Wilayah Flores
PENGALAMAN berkunjung ke Wilayah Nusa Tenggara Timur (WNTT), Indonesia baru-baru ini amat berharga sekali kerana dapat menyaksikan pelbagai keindahan dan keajaiban ciptaan Allah di dunia ini.
Lawatan ke Danau Kelimutu, Perkampungan Wae Rebo, pelayaran dari Labuan Bajo ke Taman Negara Komodo (Komodo National Park), Pulau Padar, Gili Lawa, Pink Beach, Pulau Kelor, Pulau Rinca, Pulau Kanawa dalam wilayah berkenaan bersama 16 pelancong lain dari Malaysia amat menyeronokkan walaupun ia terlalu mencabar fizikal serta mental peserta.
Pengalaman luar biasa
Penulis yang hanya mengenali 16 orang lagi rakan pelancong dari Malaysia hanya mula berjumpa dan berkenalan menerusi trip berkonsepkan “open trip” yang dikendalikan warga Indonesia yang mengiklankannya dalam laman sosial Instagram. Tujuan utama menyertai rombongan ini ialah untuk melihat dan meneroka sendiri wilayah Indonesia yang kurang dilawati pelancong luar dan tempatan.
Ia amat berbeza dengan destinasi-destinasi lain yang agak popular di Indonesia seperti Jakarta, Bandung dan Bali. Memilih Flores sebagai destinasi pelancongan sempena cuti panjang semester Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun ini kerana kebanyakan tempat menarik yang ada di wilayah berkenaan yang masih belum dilawati pelancong.
Oleh itu kebanyakan tempat yang dilawati masih berada dalam keadaan terpelihara. Kejernihan air lautnya mampu mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Manakala keindahan pulau-pulau yang berada dalam wilayah Flores juga mampu memukau pengunjung yang datang ke sini. Antara tempat paling menarik ialah Danau Kelimutu kerana di situ terdapat kawah yang terbentuk daripada letusan gunung berapi pada suatu ketika dahulu. Terdapat tiga kawah di situ mengandungi air yang warnanya mampu berubah-ubah.
Perkampungan Adat Wae Rebo pula ialah sebuah perkampungan yang terletak di tengah-tengah pergunungan dan pengunjung perlu mendaki lebih kurang empat jam untuk sampai ke destinasi berkenaan. Kampung ini kaya dengan adat dan masih menjalani kehidupan mengikut tradisi nenek moyang mereka di samping ia bebas daripada segala bentuk pencemaran serta mampu memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para pengunjung.
Pulau Rinca pula ialah salah satu pulau yang berada dalam Taman Negara Komodo. Pengunjung dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman bertemu dengan Biawak Komodo yang semakin pupus populasinya di dunia ini. Pulau Padar merupakan sebuah pulau yang menjanjikan pemandangan yang sangat mengujakan.
Pendakian hampir 40 minit langsung tidak terasa kepenatannya kerana keterujaan penulis terhadap keindahan landskap pulaunya sepanjang pendakian itu. Pantai Pink menjadi salah satu lokasi snorkelling terbaik di wilayah Flores dengan pasir di pesisiran pantai yang berwarna merah jambu. Pengunjung dapat melihat pemandangan di sekeliling Pulau Kelor dengan mendaki lebih kurang 30 minit ke tempat yang lebih tinggi di situ.
Perjalanan rombongan ini dibahagi kepada dua iaitu melalui darat serta belayar merentas lautan luas. Ia mengambil masa tiga jam perjalanan dari lapangan terbang Ende untuk ke Danau Kelimutu, manakala 15 jam perjalanan dari Danau Kelimutu ke Perkampungan Adat Wae Rebo. Ketika menyertai perjalanan ke pulau-pulau terbabit rombongan kami memilih untuk belayar dari pelabuhan Labuan Bajo dan tinggal di atas kapal selama tiga hari dua malam. Dua buah van digunakan untuk perjalanan darat yang mampu memuatkan semua ahli rombongan dalam keadaan yang selesa.
Perjalanan secara pelayaran pula ialah dengan menaiki dua buah kapal yang serba lengkap dengan kemudahan asas seperti bilik tidur, tandas dan dapur.Oleh kerana ini kali pertama menjejakkan kaki di (WNTT) kami mengikuti segala yang dirancang pemandu pelancong kami, Marco Pearly Andalusia daripada syarikat pelancongan tempatan Indonesia, Margojoyo Travel and Tour. Dia merupakan seorang warga Indonesia yang sangat membantu apabila berjaya memberikan informasi lengkap setiap destinasi persinggahan dan menyusun segala perancangan perjalanan mengikut kehendak kami.
Setiap pelancong membelanjakan RM2,500 termasuk tiket kapal terbang dan makan minum bagi menyertai program menarik itu. Berikutan tempat-tempat yang dilawati merupakan destinasi pelancongan yang sudah sekian lama diimpikan, setiap ahli rombongan berasa sangat teruja dan gembira.
Sesetengahnya masih tidak percaya yang mereka sudahpun sampai ke tempat idaman masing-masing selama ini. Penulis dapat melihat sendiri keindahan sesebuah tempat yang sangat sukar untuk dilihat di tempat lain. Setiap objek yang dilihat sangat sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Pengalaman dapat meluangkan masa selama hampir satu minggu bersama orang-orang yang baru dikenali sepanjang perjalanan juga sangat sukar dilupakan kerana mereka dianggap seperti ahli keluarga sendiri.Perjalanan yang agak lama dari satu tempat ke satu tempat merupakan cabaran yang harus kami hadapi dan keadaan jalan yang bersimpang siur menyebabkan ada dalam kalangan ahli rombongan yang mengalami sakit kepala sehingga menyebabkan muntah-muntah. Selain itu, tahap kecergasan seseorang juga diuji di sepanjang perjalanan yang memerlukan ahli rombongan mendaki untuk sampai ke setiap destinasi.
Sepanjang pelayaran kami berada di atas kapal, kami disajikan dengan aneka makanan laut yang sangat segar dan dimasak dengan begitu enak sekali. Kami juga dibawa untuk makan di restoran-restoran tempatan yang mengikut cita rasa kami sendiri. Oleh kerana trip kali ini khusus untuk melihat keindahan alam, penulis tidak berkesempatan meluangkan masa ke lokasi membeli belah. Namun begitu, cukuplah segala kenangan yang dilalui dan rakaman beberapa gambar menarik sahaja dibawa pulang ke tanahair.
Teks & Foto : AZZIM ZAHID AZMI
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hutan Lipur Soga Perdana, Lokasi Riadah Popular Di Batu Pahat
Sekian lama terkurung akibat PKP, sudah tentu kita memerlukan aktiviti menarik untuk menyihatkan kembali tubuh dan minda yang sudah lama terperap. Keputusan kerajaan yang memberi kelonggaran kepada penerima dua dos vaksin pastinya mampu memberikan kelegaan untuk mencuba riadah mendaki bukit yang sebelum ini tidak dibenarkan.
Namun bagi penerima dua dos lengkap, aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan dibenarkan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam bagi negeri yang memasuki fasa 2 dan 3 PPN.
Kalau ada peluang beridadah, jangan lupa singgah ke Bukit Soga atau turut dikenali sebagai Hutan Lipur Soga Perdana.
Bukit Soga atau dikenali Hutan Lipur Soga Perdana yang terletak di 3 km dari Bandar Batu Pahat dan 130 km dari Bandar Johor selain merupakan salah satu hutan simpan di Malaysia berjenis hutan dipterokarpa bukit.
Mempunyai ketinggian antara 600 kaki dan kemudahan seperti pejabat, pondok rehat, tandas, denai, trek joging, par course dan menara pandang, ia antara destinasi pilihan untuk beriadah.
Hutan Lipur Soga Perdana adalah hutan simpan di mana hutannya mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Hutan ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berehat, aktiviti berjalan dan berjoging bagi mereka yang menghargai alam semula jadi.
Hutan ini seluas 49.3 hektar di mana 10 hektar telah dimajukan dan dilengkapi dengan kemudahan asas bagi faedah pelawat.
Selain terkenal dengan hutan pokok pakisnya, di Hutan Lipur ini juga terdapatnya Menara pandang yang merupakan destinasi terakhir dengan jarak sejauh 785 meter dari titik permulaan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Port Wajib Bersiar-Siar Di Pontian. Dari Hutan Hijau, Ladang Nanas & Boleh Terus Mandi Laut
Pontian merupakan daerah di negeri Johor terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia. Menariknya Pontian ini mempunyai banyak destinasi alam yang menarik bermula dengan tarikan semulajadi, lokasi gunung-ganag, ladang menghijau dan pantai yang menarik.
Jom cuti-cuti Malaysia ke Pontian, Johor. Antara lokasi wajib singgah seperti:
- Penghujung Benua Asia adalah gelaran kepada Taman Negara Tanjung Piai yang terletak di Pontian.
- Bersiar-siar di Laman Diraja Pontian, Pusat Perdagangan Pontian, dan Taman Rekreasi Sungai Rambah.
- Bersiar-siar di hutan paya bakau di Taman Negara Tanjung Piai dan Taman Negara Pulau Kukup.
- Mandi-manda di Gunung Pulai.
- Melawat Ladang Nanas dan Rumah Bugis.
Tanjung Piai
Di Johor pula ada destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor. Kalau ada yang belum tahu, 'Tip of Asia' ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara. Taman ini dibuka setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang pada Jumaat hingga Ahad dan cuti umum. Bagi Isnin hingga Khamis, operasi bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Ada harga tiket akan dikenakan untuk pengunjung dewasa kanak-kanak.
Rumah Bugis
Mereka yang hendak ke Tanjung Piai akan melalui mukim Kukup, pastikan anda singgah ke rumah tradisional Bugis yang berdiri gah. Rumah ini dikenali sebagai Seri Salewangeng menelan kos pembinaan jutaan ringgit. Keseluruhan pembinaan rumah agam ini mirip rumah asal yang dibina hampir 80 tahun dahulu menggunakan kayu belian dari Jambi dan Kalimantan, Indonesia. Jangan lupa singga, memang cantik seni bina Rumah Bugis ini.
Muzium Nanas
Pekan Nanas yang terletak di Pontian dikenali kerana sumbangannya sebagai pengeluar nanas di Malaysia. Lokasi ini juga telah dibuka untuk tujuan Agro pelancongan memberi pendedahan kepada pengunjung untuk melawat dan menyaksikan sendiri proses ladang ini beroperasi. Terdapat sebuah Muzium Nenas yang didedikasikan kepada buah tropika ini. Di dalam muzium ini terdapat pameran yang menarik mengenai nenas, artifak, penerbitan dan informasi mengenai industri nenas di Malaysia. Pelbagai variasi nenas turut ditanam di kawasan muzium ini untuk memberi peluang kepada pengunjung mengenali variasi tanaman nenas di Malaysia. Selepas puas bergambar di sini jangan lupa untuk membawa pulang ole-ole berupa buah nanas.
Taman Negara Pulau Kukup
Keindahan biodiversiti menjadi tarikan utama di Taman Negara Johor Pulau Kukup yang merupakan satu pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak didiami. Tarikannya biodiversitinya antara lain ialah 27 spesies bakau asli yang popular iaitu bakau kurap dan bakau minyak selain spesies mamalia, reptilia, dan spesies ikan yang terdapat di taman negara itu. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau.
Air Terjun Gunung Pulai
Walaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. Hutan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dan panorama indah di puncak. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk beriadah di gunung ini. Hasil pendakian anda sangat mengujakan dengan pemandangan yang sangat indah. Jika pendakian bukan pilihan, anda boleh memilih untuk bersantai atau berkelah sahaja di kawasan air terjun berdekatan.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI