Ramai yang berkongsi tentang keindahan Alunan Resort di Pulau Perhentian, tempatnya agak privasi dan sesuai untuk anda yang nak rehatkan minda dari kesibukan kota.
Serius, bagi anda yang nak privasi, boleh bercuti di sini. Resort dia cantik dan selesa. Kalau di Long Beach
memang ramai pilih tempat ini, tenang!Tengok dari jauh pun dah terpesona sangat. Dengan air yang biru, nampak kehijaun pokok-pokok di sekeliling, cukup sesuai kalau sesekali kita nak merasa nikmat bercinta dengan alam.
Nampak tak dia punya pemandangan, bawah pokok dan di depan air laut biru. Kalau nak OOTD pun memang cun habis!
Di sini port famous untuk snorkelling, boleh tengok coral dan baby shark juga. Okay sekarang tengok dulu sekitarnya. Cantik, bukan?
Ini pula tempat makan sekitar situ, senang nak isi perut pun. Jadi tak perlu risau bab makan tu.
Nak tengok suasana bilik, layan gambar ini dulu. Memang selesa, dapat tepi laut pula.
Soal harga tu kena tolak tepi lah, nama pun tempat privasi. Yang penting selesa dan cantik. Sesekali reward untuk diri sendiri apa salahnya. Hah, kalau berminat ke sini, boleh tempah awal-awal sebelum penuh ya!