Kalau diikutkan fungsi masjid sebenarnya lebih daripada ruang untuk mendirikan solat semata-mata. Namun hari ini, ada segelintir pengurusan masjid yang ‘sangat menjaga’ rumah ibadat umat Islam ini sehingga mewujudkan pelbagai undang-undang manusia yang ada kalanya tidak boleh diterima akal.
Antaranya tidak mesra kanak-kanak seperti kanak-kanak perlu bersolat diruang yang jauh dengan orang dewasa, tidak dibenarkan bermain dan banyak lagi. Peraturan tersebut menyebabkan ramai daripada para jemaah yang mempunyai anak-anak tidak dapat hadir ke masjid kerana kekangan perlu meninggalkan anak-anak sendirian di rumah.
Usah risau! Untuk ibu bapa, ini ada perkongsian masjid yang mesra kanak-kanak ada di sekitar Lembah Klang. Ia dikongsi oleh seorang jemaah yang mempunyai pengalaman mengunjungi beberapa masjid yang menyediakan ruang khusus bagi anak-anak untuk bermain dan beraktiviti.
Saya ingin kongsikan beberapa masjid yang saya pernah pergi untuk terawikh dan iktikaf (iftar dan sahur disediakan juga tau) sekeluarga bersama anak-anak. Sekitar Selangor KL je, tempat lain maaf saya tak tahu. Mesra kanak-kanak = mengalu-alukan kehadiran anak kecil dengan menyediakan sudut permainan anak-anak. Juga membenarkan ibu bapa bawa anak kecil solat bersama.Tempat solat paling afdal untuk muslimah adalah di rumah namun Islam tak menghalang untuk muslimah turut merebut ganjaran solat berjemaah di masjid. Selagi menjaga diri dengan menutup aurat sempurna, dan tidak memakai wangian & bertabaruj.
1. Masjid UIAM Gombak
Masjid yang saya jatuh cinta sejak zaman bujang kerna suasana masjid selain berimamkan imam yang punyai kualiti bacaan Al-Quran yang terbaik. Malahan dapat jumpa kepelbagaian kaum dari negara-negara Islam di seluruh dunia juga membolehkan kita mengenali pelbagai mazhab dalam beragama. Sangat mesra kanak-kanak. Memang ada ruangan solat khas untuk ibu dan anak. Ramadhan tahun ini ada ruangan permainan untuk anak2 di ruangan solat muslimah aras 2. Cuma perlu dipantau sendiri oleh ibu atau anak yang besar.
‘Kids Corner’ yang terbaik! Sebab ada ramai volunteer dari kalangan pelajar IPT yang uruskan kanak-kanak. Anak2 perlu didaftari oleh ibu bapa. Dapat kad nama untuk setiap anak, tulis nama ibu bapa. Paling bagus ada banyak bilik yang dikategorikan ikut usia anak2.
Jadi aktiviti dilakukan mengikuti usia. Ada bilik yang anak-anak solat jemaah sesama mereka. Anak2 besar masuk perpustakaan masjid. Buat kerja sekolah dalam tu pun boleh selepas mereka ikut solat ikut kemampuan mereka. Siap disediakan barang mainan untuk anak2 bermain. Bayaran atas infak ibu bapa. Untuk iktikaf wanita dibenarkan tidur diruangkan solat bertutup di bahagian bawah masjid.
Masjid yang saya sangat suka sejak 3 tahun lepas. Kerna ini masjid pertama saya tahu ada volunteer masjid daripada kalangan pelajar IPT yang bertugas setiap hari buat aktiviti ‘playgroup’ untuk anak-anak. Ada bilik ‘kids corner’ bahagian bawah masjid, ibu bapa perlu daftarkan anak2, boleh letakkan anak mulai usia 6 bulan tak silap. Di ruangan solat utama dan tingkatan atas juga ada volunteer yang akan bawa peralatan mewarna dan kertas untuk aktiviti anak2. Namun ibu bapa tetap kena pantau sendiri anak2 kecil yang belum sesuai buat aktiviti sendiri. Untuk iktikaf bahagian atas lebih selesa untuk muslimah. Ada lif.
Ada sudut taman mini permainan untuk anak2. Cuma agak jauh dari ruangan solat ibu ( harap tahun ini lebih dekat dengan ruang solat ibu). Untuk iktikaf wanita boleh tidur bahagian atas, sejuk dan selesa. Untuk lelaki kena tidur bahagian beranda masjid.
Ada ruangan permainan anak-anak. Cuma jauh dari ruang solat wanita. Tapi dalam ruang solat wanita ada ruangan untuk anak-anak duduk bermain. Mungkin sesuai untuk anak-anak dibekalkan dengan peralatan kertas dan pensel warna atau alat mainan sendiri.
Ada sudut permainan anak-anak. Cuma jauh dari ruangan solat ibu bapa. Tempat yang selesa untuk wanita beriktikaf kerna pihak masjid akan letak penghadang untuk lebih bertutup ruangan muslimah.
Ada disediakan bilik permainan anak-anak yang terletak di bangunan pentadbiran masjid. Ruang solat untuk ibu dan anak di bahagian ruang terbuka. Pasti tahun ini masjid-masjid tersebut akan lebih mesra kanak-kanak. Dan pasti sebenar banyak je masjid lain mesra kanak-kanak.
Lokasi masjid ini di Kajang, Selangor. Apa yang menarik, perkhidmatan nurseri sempena Ramadan telah disediakan di Bilik Kuliah, Masjid Bandar Seri Putra.
Ibu bapa boleh menghantar anak mereka ke nurseri ini yang sesuai bagi kanak-kanak yang berusia dari umur 1 hingga 8 tahun. Perkhidmatan seperti ini sangat memudahkan ibu bapa yang membawa anak kecil supaya mereka dapat fokus dalam beribadah.
Masjid ini juga menjadi tumpuan warga Shah Alam kerana sangat mesra kanak-kanak dan selesa bagi jemaah yang datang berkeluarga.
Disediakan playground untuk anak-anak bermain di bahagian tepi masjid. Bagi golongan wanita yang tidak selesa bersolat di ruang solat utama, mereka masih boleh bersolat di ruang luar masjid yang berbumbung dan turut disediakan kipas bagi keselesaan jemaah.
Inisiatif Biro Wanita, Masjid Hasanah ini patut dipuji atas usaha mereka menyediakan perkhidmatan nurseri percuma di dalam masjid bagi membolehkan ibu bapa ikut berjemaah sepanjang bulan Ramadan.
Penjaga di sini masih tetap berkesempatan mengerjakan solat terawih secara bergilir-gilir. Ibu bapa dinasihatkan untuk memendekkan jumlah rakaat kepada 8 sahaja demi memberi ruang kepada penjaga untuk berterawih secara berjemaah juga.
Kebanyakkan penjaga adalah terdiri daripada kalangan surirumah tangga yang akan membantu menjaga si kecil sepanjang ibu bapa mereka menunaikan ibadah
Walaupun ada masjid yang mesra kanak-kanak, ibu bapa tetap perlu mendidik anak-anak sejak kecil adab berada dalam masjid seperti, tidak melintas di hadapan orang yang tengah bersolat, tidak menjerit dan menyanyi, dan tidak mengambil hak orang lain.
Moga anak-anak kita termasuk dalam kalangan pemuda pemudi yang cintakan masjid. Sekian moga bermanfaat. Jika ada sesiapa yang tahu masjid lain mesra kanak-kanak boleh kongsikan juga ya. Pasti ada banyak lagi masjid yang mengambil inisiatif meraikan kedatangan kanak-kanak ke masjid dengan menyediakan pelbagai kemudahan buat mereka dan membantu memudahkan urusan para ibu bapa.
Sumber: FB Ummu Uwais Azizah