Tatkala hati dilanda resah dan mahukan ketenangan buat seketika, kunjungan ke AVANI Sepang Goldcoast Resort pastinya melegakan. Hanya 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 90 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama untuk anda tiba ke sini.
Penulis berkesempatan bermalam di sini bagi merasai sejauh mana ketenangan yang diperkatakan. Setelah tiba, mata leka menyaksikan vila-vila mewah yang pastinya menawarkan keselesaan buat pengunjung. Tidak kurang itu susun atur perabot serta lantai kayu klasik melengkapi gaya resort mewah ini.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Panorama Avani Sepang Goldcoast Resort memang menakjubkan. Dari anjung lobi, kelihatan deretan vila mewah yang dibina di atas air. Kesemua 392 buah vila ini membentuk pokok kelapa sawit jika dilihat daripada udara. Menampilkan vila-vila atas air di Selat Melaka serta menawarkan sebuah kolam renang infiniti, spa dan pilihan restoran untuk menjamu selera.
Realitinya, ini ialah chalet terapung yang eksklusif dan memperlihatkan ciri-ciri reka bentuk Malaysia yang tersendiri. Pembangunan syurga pesisir pantai terpanjang di Asia ini meliputi kawasan muara Sepang Kecil dan Sepang Besar serta Pantai Bagan Lalang – Tanjung Rhu. Avani Sepang Gold Coast Resort juga menjanjikan sesuatu yang sangat unik dan istimewa merangkumi rumah kelab, bilik mesyuarat, pusat perniagaan, pusat rekreasi, pusat kesihatan, spa, gimnasium serta bilik penginapan yang menakjubkan di tengah laut Selat Melaka.
Nikmati bayu laut yang dingin serta pemandangan yang menakjubkan di ruang duduk luaran dan dalaman. Istimewa juga untuk ke bilik penginapan, anda dihantar dengan buggy. Jika sebagai pelawat biasa anda tidak mungkin dapat naik buggy ini apa lagi untuk meronda sekitar kawasan resort eksklusif ini.
Pengunjung boleh bersiar-siar di taman-taman berlandskap atau mendapatkan urutan yang menenangkan di spa. Manakala kemudahan-kemudahan rekreasi lain ialah seperti bicycle tour, gimnasium, smiley beach sports and activities seperti sailing, kayak, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sail, bocce ball, beach football, beach volleyball, sepak takraw, stretching, ping pong, darts dan lain-lain lagi. Disediakan juga yoga, power walk, kids club dan pelbagai pelbagai hiburan lain. Pendek kata, pengunjung tidak akan merasa rugi jika bertandang ke sini.
Menjamu selera
Bila Bila Restoran dan Buloh Bar menawarkan sajian sepanjang hari serta persekitaran yang santai untuk menjamu selera. Bagi pengalaman makan malam yang lebih intim, restoran Perahu dan restoran Stimbot menampilkan pemandangan indah bersama-sama dengan hidangan gourmet yang istimewa.
Cafe Sepoi-Sepoi pula memiliki aneka pilihan makanan dan minuman. Menunya terdiri daripada makanan Malaysia dan China. Dilihat daripada hiasan dalamannya Cafe Sepoi-Sepoi ini mengingatkan anda pada sebuah pondok besar dengan atap alang-alang rumbia. Dengan bentuk yang minimalis dan kafe ini sesuai bagi anda untuk bersantai sambil menikmati hembusan angin laut. Tentunya pengalaman bermalam di Avani Sepang Gold Coast Resort memberi memori yang sungguh bermakna buat penulis.