Tatkala hati dilanda resah dan mahukan ketenangan buat seketika, kunjungan ke AVANI Sepang Goldcoast Resort pastinya melegakan. Hanya 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan 90 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur tidak mengambil masa yang lama untuk anda tiba ke sini.
Penulis berkesempatan bermalam di sini bagi merasai sejauh mana ketenangan yang diperkatakan. Setelah tiba, mata leka menyaksikan vila-vila mewah yang pastinya menawarkan keselesaan buat pengunjung. Tidak kurang itu susun atur perabot serta lantai kayu klasik melengkapi gaya resort mewah ini.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Wakil media berpeluang melawat beberapa ruang bilik yang terdapat di sini dan ternyata semuanya tampil eksklusif dengan dekorasi yang menarik. Selain itu kami juga dibawa melawat ke Avani Spa yang sering dikunjungi pengunjung. Istimewanya buat kami para media turut diberi rawatan urutan kaki bagi menghilangkan rasa stres.
Ads
Panorama Avani Sepang Goldcoast Resort memang menakjubkan. Dari anjung lobi, kelihatan deretan vila mewah yang dibina di atas air. Kesemua 392 buah vila ini membentuk pokok kelapa sawit jika dilihat daripada udara. Menampilkan vila-vila atas air di Selat Melaka serta menawarkan sebuah kolam renang infiniti, spa dan pilihan restoran untuk menjamu selera.
Ads
Realitinya, ini ialah chalet terapung yang eksklusif dan memperlihatkan ciri-ciri reka bentuk Malaysia yang tersendiri. Pembangunan syurga pesisir pantai terpanjang di Asia ini meliputi kawasan muara Sepang Kecil dan Sepang Besar serta Pantai Bagan Lalang – Tanjung Rhu. Avani Sepang Gold Coast Resort juga menjanjikan sesuatu yang sangat unik dan istimewa merangkumi rumah kelab, bilik mesyuarat, pusat perniagaan, pusat rekreasi, pusat kesihatan, spa, gimnasium serta bilik penginapan yang menakjubkan di tengah laut Selat Melaka.
Nikmati bayu laut yang dingin serta pemandangan yang menakjubkan di ruang duduk luaran dan dalaman. Istimewa juga untuk ke bilik penginapan, anda dihantar dengan buggy. Jika sebagai pelawat biasa anda tidak mungkin dapat naik buggy ini apa lagi untuk meronda sekitar kawasan resort eksklusif ini.
Ads
Pengunjung boleh bersiar-siar di taman-taman berlandskap atau mendapatkan urutan yang menenangkan di spa. Manakala kemudahan-kemudahan rekreasi lain ialah seperti bicycle tour, gimnasium, smiley beach sports and activities seperti sailing, kayak, stand up paddle, windsurfing, cart sailing, speed sail, bocce ball, beach football, beach volleyball, sepak takraw, stretching, ping pong, darts dan lain-lain lagi. Disediakan juga yoga, power walk, kids club dan pelbagai pelbagai hiburan lain. Pendek kata, pengunjung tidak akan merasa rugi jika bertandang ke sini.
Menjamu selera
Bila Bila Restoran dan Buloh Bar menawarkan sajian sepanjang hari serta persekitaran yang santai untuk menjamu selera. Bagi pengalaman makan malam yang lebih intim, restoran Perahu dan restoran Stimbot menampilkan pemandangan indah bersama-sama dengan hidangan gourmet yang istimewa.
Cafe Sepoi-Sepoi pula memiliki aneka pilihan makanan dan minuman. Menunya terdiri daripada makanan Malaysia dan China. Dilihat daripada hiasan dalamannya Cafe Sepoi-Sepoi ini mengingatkan anda pada sebuah pondok besar dengan atap alang-alang rumbia. Dengan bentuk yang minimalis dan kafe ini sesuai bagi anda untuk bersantai sambil menikmati hembusan angin laut. Tentunya pengalaman bermalam di Avani Sepang Gold Coast Resort memberi memori yang sungguh bermakna buat penulis.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada yang nak melancong naik kapal terbang ke tu? Hah, sebelum kemas barang anda, cuba ambil tahu dulu apa barang terlarang yang tidak lepas untuk di bawa masuk.
Biasanya berlaku bila anda pertama kali naik flight, okay jom kutip ilmu daripada Multazimah Zaini ini dulu.
Tip Melancong Naik Kapal Terbang
1) Alatan tajam
Tak semestinya benda biasa macam gunting kecil, pemotong kuku, pembuka botol ni senang nak bawa masuk flight. Benda ni pun boleh dijadikan senjata dan bahayakan penumpang lain. Tapi kalau nak bawa juga, boleh tapi simpan dalam checked in luggage.
2) Cecair lebih 100ml
Sebarang cecair yang lebih 100ml, anda kena simpan dalam travel pack yang lebih kecil. Macam perfume, skincare, haircare semua tetapi sama juga kalau nak bawa yang lebih 100ml, boleh tapi simpan dalam checked in luggage.
3) Spray aerosol
Ini antara benda yang senang terbakar sebab ada kandungan gas. That’s why apa apa jenis spray macam deodorant, spray rambut tu better tukar jadi cecair supaya dapat bawa masuk.
4) Powerbank lebih kuasa
Bawah 100watt-jam untuk setiap bateri sahaja boleh bawa masuk dalam cabin. Kalau lebih itu anda kena beritahu dulu pihak penerbangan sama ada boleh bawa atau tidak.
5) Ubat-ubatan
Hati hati kalau nak bawa ubat yang tak diisytiharkan. Ubat yang terlarang macam dadah, ubat illegal tak boleh bawa naik kapal terbang.
6) Barang mudah terbakar
Barang mudah terbakar ini macam cecair yang mudah terbakar macam pemetik api, asid, bunga api, bahan kimia terlarang dan banyak lagi.
Jadi anda kena sentiasa aware dengan benda yang tak boleh bawa. Kita tak mahu bahayakan diri dan orang lain sekali.
Have a safe flight to those yang nak pergi bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak ramai tahu di Kuching, Sarawak juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang.
Ada pelbagai jenis mural yang ada di Kuching seperti ikon negeri Sarawak iaitu Burung Enggang, Orang Utan, peniaga pasar malam dan si penghibur jalanan.
⭐ TRIVIA Pengguna aplikasi akan mengimbas QR-code yang ada di mural berkenaan dan informasi mengenai mural dan sejarah di kawasan tersebut akan dipaparkan
Selain daripada seni mural yang menghidupkan lagi panorama menarik di Kuching, Sarawak tampil dengan inisiatif yang lebih unik apabila bakal melancarkan satu aplikasi bagi menceritakan sejarah seni mural yang dipamerkan.
Setiap mural menarik yang dikenalpasti di Kuching akan diletakkan QR-code untuk diimbas oleh pelancong dan mereka boleh mendapatkan informasi berkenaan mural dan sejarah tempatan tempat mural itu dilukis.
Canggih Kuching sekarang. Sambil melancong sambil belajar sejarah tempatan yang ada. Jadi apa tunggu lagi? Dilancarkan saja aplikasi ini di Google Play dan Apps Store terus download dan jom selfie dekat semua mural yang ada di Kuching, Sarawak!
⭐ TRIVIA Penggunaan teknologi itu akan membantu meningkatkan nilai hartanah di kawasan Warisan Lama termasuk di Lebuh India di sini
Kalau anda memang anak jati Kuala Lumpur, sebut sahaja bandaraya ini lokasi menarik yang terbayang dalam fikiran kita untuk terjah seperti kurang rencah. Jika tidak tahu ke mana hendak dituju pasti mati kutu, dan hanya lokasi tumpuan untuk membeli-belah dan makan-makan sahaja yang dijejak. Janganlah macam tu..Kuala Lumpur banyak lokasi baru yang menarik untuk lepak ok.
Adakah anda sedar tentang kewujudan mercu tanda baru di ibu negara menerusi projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life? Dulunya lokasi ini lebih dikenali sebagai tempat pemisah Sungai Klang. Lokasinya berada betul-betul di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, dan berhampiran pula Masjid Jamek. Lokasi ini juga menjadi jolokan sebagai Kolam Biru oleh penduduk tempatan.
River of Life adalah kawasan rekreasi baru untuk beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan. Lokasi ini juga turut menjadi tumpuan jurugambar tempatan dan asing untuk merakam foto ketika senja atau malam kerana ia mempunyai panorama yang sangat menarik.
Reka bentuk moden River of Life pastinya memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan dengan dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa menjelang detik menyambut tahun 2020. Selain itu, disekeliling lokasi ini dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dan terjaga rapi..
Laluan pejalan kaki di sepanjang River Of Life boleh dipuji kerana bersih, mempunyai banyak papan tanda untuk pelancong selain menjadi destinasi terbaik bagi merakam gambar untuk menceritakan tentang banyak bangunan ikonik di Kuala Lumpur.