Umum mengetahui Pulau Pangkor telah diiktiraf sebagai pulau peranginan baru bebas cukai bermula 1 Januari 2020 yang lalu.
Namun pengisytiharan rasmi dijangka disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Ramai yang teruja dengan status baru itu dan pastinya tidak sabar untuk membeli produk bebas cukai dengan tawaran harga lebih rendah berbanding tempat lain.
Namun begitu pengunjung ke Pulau Pangkor dijangka dapat merasai penurunan harga barangan yang ketara kesan daripada pengisytiharan pulau peranginan itu sebagai Pulau Bebas Cukai dalam tempoh tiga bulan lagi.
KPDNHEP sedang menjalankan kajian bagi memantau kenaikan harga barangan, makanan dan perkhidmatan di Pulau Pangkor dan maklumat harga ini akan dijadikan panduan serta asas kepada kajian hadapan. Sebanyak 109 premis seperti pasar awam, kedai runcit, pasar raya, penyedia perkhidmatan seperti teksi, hotel, restoran dan gerai makanan di pulau itu telah diperiksa oleh pegawai penguatkuasa dan pegawai pemantau harga KPDNHEP.
**media[120818]**
**media[120819]**
Menerusi sumber Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A. Sivanesan berkata penurunan harga berkenaan akan berlaku secara berperingkat dan pemantauan akan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Masalah peniaga sekarang mereka ada stok lama yang dibeli dengan harga lama, jadi ia mengambil masa untuk menghabiskannya. Pemantauan mendapati, setakat ini harga masih sama tetapi hanya untuk jangka masa pendek," katanya