Ala Eiffel Tower Di Paris, Rasai Pengalaman Menarik Menginap Di We Hotel, Langkawi

Share

Langkawi antara destinasi pelancongan popular di Malaysia. Pulau bebas cukai ini sudah menarik jutaan pelancong dalam dan luar negara sejak ia mula diperkenalkan pada 1987 dengan pelbagai kemudahan dan tarikan di pulau lagenda ini.

Terkini, antara tarikan baru di pelancongan di Langkawi ialah Menara MAHA yang bakal dibuka dalam masa terdekat. Dengan ketinggian 138 meter, terletak di Pekan Kuah ia pasti menjadi tumpuan.

Menara MAHA yang terletak di Pekan Kuah antara tarikan pelancongan baru di Langkawi
Pemandangan indah di sekitar Menara MAHA

Namun apa yang menariknya, berdekatan dengan Menara MAHA ini terletak hotel baru iaitu We Hotel. Lebih syok,  ada satu bilik penginapan dipanggil Towerview Room yang betul-betul mengadap menara ini dan pastinya ia menjadi tarikan bila menginap di sini.

Bermula dari harga RM150 semalam, korang boleh tengok view Menara nie siang dan malam. Waktu malam lagi cantik sebab ada lampu. Dan lebih best, dari bilik ini terasa seakan berada di Eiffel Tower, Paris kerana reka bentuknya seakan-akan sama walau ketinggian tak sama.

Ala2 di Eiffel Tower, Paris
Harga bilik ini RM150 semalam dan viewnya cukup indah

Baca perkongsian dari Irfan Danial yang berpeluang menginap di hotel ini.

Hotel baru di Langkawi. We hotel berhadapan dengan menara MAHA yang bakal dibuka tidak lama lagi. Saya berkesempatan menginap di hotel ini satu malam yang terletak di pekan Kuah. Better saya pergi dulu sebelum hotel ni viral disebabkan view dia yang mmg awesome. Macam Eiffel tower di Paris kan? Hehehe.

Bilik yang saya duduk ini berharga RM150 per night untuk berdua. Anggaran harga bilik bermula dari RM100 ke RM360. Hotel cantik, kemas dan bersih. Saya bagi 5 bintang dari segi kebersihan.

Lokasi yang strategik sangat mudah untuk di akses ke semua tempat tarikan di Langkawi. Kedai makan di kawasan hotel sangat banyak. Kalau korang nk shopping coklat dan produk Langkawi yang lain, anda boleh berjalan kaki sahaja ke gedung Haji Ismail group tu.

Taman tema baru berdekatan hotel ini
Inilah suite hotel dan harga bermula RM260 semalam
Ini suasana dalam towerview room

Sebelah hotel ini ada Oldtown White coffee yang baru juga dibuka. Boleh mengeteh kalau bosan hehe. Sebelah hotel ini juga ada water theme park yang baru dibuka. Saya tak pergi. Hanya ambil gambar dari bilik saja. Kalau ada anak, sesuai la bawa anak menginap di sini dan mandi di water theme park tu.

Overall hotel ini memang padu. Owner hotel ni pon orang Melayu. Boleh support orang local. FB Irfan Danial dalam page Hotel Review Malaysia

Oleh
almaswa Haji Che Ros